Posts

186. Aku Bukan Siapa-Siapa

Duhai anak-anakku Andainya kau tahu betapa besar rasa cinta ini padamu Pasti kau mengerti Duhai wajah-wajah syurgaku Andai kau tau betapa dalam rasa sayang ini Pasti kau fahami Duhai buah cintaku Andai kau rasa apa yang aku rasa Pasti kau tak ingin hadapinya untuk kesekian kali Diamnya aku, baringnya aku, lenanya aku Bukan kerana aku tidak berguna Itu kerana aku menahan rasa, menahan sakit dan menahan emosii Duduknya aku, bisunya aku, pejamnya mataku Bukan kerana aku tidak mahu Tapi kerana aku memendam rasa yang tak pernah dikau alami Sungguh aku juga manusia Aku seorang anak, aku seorang ibu Tipu kalau kau katakan aku tidak mahu yang terbaik untuk anak-anakku Tidak ada seorang ibu mahu melihat kegagalan anak-anaknya Cuma kini mungkin aku tidak berdaya Menahan sakit yang mencengkam jiwa Duhai anak-anakku Suatu hari dikau akan mengerti Tidak mahu aku senaraikan apa pun Biarlah ianya menjadi rahsia antara aku dan TuhanMu 28 Disember 2017 8:11 pm Tinta ib

185. Kerinduan Tiada Akhirnya

Image
Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum and Very Good Day Readers! Salam Ramadhan Di saat orang lain bergembira menanti kehadiran Syawal, hati ini terasa sayu, mata ini terus-terusan berkaca-kaca. Kerinduan itu tiada akhirnya. Sayangku, andainya ummi mampu menghindarkan rasa rindu ini ingin ummi cuba, bukan bermaksud tiada kerinduan langsung buatmu, bukan bernakna tiada kasih dan sayang untukmu yang tersisa, namun ia hanya sementara agar ummi mu ini terus kuat meniti hari-hari mendatang tanpamu di sisi. Ahmad Nusairi, Kehadiranmu biarpun seketika sudah cukup buat ummi mu ini rindu akan mu, wajahmu yang tenang seperti tidur itu tidak akan ummi lupa sampai bila-bila. Hari-hari yang ummi lalui amat perit sekali. Bukan tidak redha, tetapi rasa sunyi tanpa kehadiranmu membuatkan ummi semakin hari semakin rindu. Terlalu banyak yang ummi ingin lakukan bersamamu sayangku. Pedih! Ya itu tidak ummi nafikan. Hanya Tuhan saja yang tahu apa yang ummi mu ini rasakan. Bibir me

184. Bonding

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum and Very Good Day Readers! Salam Ramadhan. Apa khabar Iman kita pada hari ini? Apa khabar amalan kita pada saat ini? Adakah sudah meningkat atau masih di takuk yang lama? Saya doakan semoga semuanya baik-baik sahaja. Semoga amalan kita lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Peeps! Sedar tak sedar hari ini sudah 5 hari kita berpuasa. Semalam, Ahad 21 Jun 2015 merupakan kali pertama saya melewati pusara anak syurga kami. Demi Allah sebaknya di dada ini hanya Tuhan saja yang tau. Puas diri ini menahan air mata dari mengalir namun apa kan daya sungguh diri ini masih lemah, masih kuat kerinduan ini padamu sayangku. Biarpun ummi tahu awak memang sudah bahagia di sana tapi kerinduan ummi terhadapmu tiada bertepi. Biar hanya beberapa ketika kita berjumpa, tapi hampir 9 bulan 10 hari kita bersama. Ummi senang dengan kehadiranmu sayang. :') Sayangku Nusairi, Ummi iklas dan ummi redha akan pemergianmu. Ummi tahu Allah juga lebih men

183. Ramadhan Tanpamu Sayangku

Image
Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum and Very Good Day Mates! Salam Ramadhan, Alhamdulillah. Allah masih beri peluang untuk kita berjumpa lagi dengan bulan yang penuh keberkatan. Sayangku, Impian ummi untuk menyambut Ramadhan bersamamu tidak kesampaian. Tuhan itu lebih mengetahui. Sungguh ummi rindu akanmu wahai putera kesayangan ummi. Terawikh semalam adalah terawikh pertama ummi dan abi di masjid tempat bersemadinya kamu duhai anak syurga. Demi Allah, ummi mu ini rupanya masih lemah. Berjujuran air mata ummi mengalir setiap saat. Puas cuba ummi bertahan namun akhirnya ummi tewas juga. Sayangku, Maafkan ummi nak. Bukan ummi tidak redha cuma ummi masih perlukan lebih banyak masa. Kehilanganmu dalam sekelip mata cukup membuatkan ummi benar-benar tersentak. Tapi ummi tahu kamu bahagia di sana. Ummi berharap ummi mampu terus berdiri dan bersabar. Biar air mata menjadi peneman ummi buat seketika. Tenang dan damailah dikau di sana Ahmad. Ummi sayang Ahmad samp

182. Ahmad Nusairi Wildan Syurga Abi dan Ummi :')

Image
Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum and Very Good Day Saat bait-bait ini ditulis hanya Tuhan saja yang maha mengetahui apa yang bermain di hati ini. Hanya Tuhan saja yang tau betapa peritnya jiwa ini. Namun saya sedar setiap yang berlaku ada hikmahnya. Terkadang diri ini terasa berdosa kerana terlalu merintih. Ya Allah bukan itu maksud hamba-Mu yang lemah lagi tak berdaya ini. Hamba-Mu memohon keampunan daripada-Mu. Sayangku,  Ummi tau awak bahagia di sana  Ummi tau awak gembira di sana  Ummi tau awak adalah penyelamat ummi dan abi  Ummi tau awak adalah anugerah yang sangat tak ternilai  Ummi tau awak adalah pinjaman dari PenciptaMu  Ummi tau awak adalah wildan syurga  Sayangku Ahmad,  Ummi sedar awak telah menjadi aset kami di sana  Ummi sedar awak milik PenciptaMu yang hanya pinjaman dalam hidup kami  Ummi sedar awak tidak sempat mengenal kami di sini  Ummi akur awak telah tiada di sisi kami Wahai Anak Syurga, Saat dikhabarkan

181. Langit Tak Selalunya Cerah

Image
Bismillahirrahmanirrahim Assalamu'alaikum and Very Good Day Mates! Ahlan! Warning! Update untuk hari ini. Sekadar coretan hati. Minta abaikan kalau tiada manfaat. Terima kasih. :) Hidup tidak selalunya indah Langit tak selalu cerah Suram malam tak berbintang Itulah lukisan alam Begitulah aturan Tuhan. Nah! potongan lagu lukisan alam nyanyian Hijjaz. Hidup memang tak selalunya indah. Jadi kalau terasa hari-hari yang anda lalui itu indah nikmatilah ia sepuas-puasnya. Rebahkanlah diri menghadap Pencipta-Mu tanda kesyukuran atas kurniaan keindahan hari-hari yang anda lalui. Langit memang tak selalu cerah kerana kadang-kadang hujan ribut melanda. Hidupku juga begitu. Begitu jualah kehidupan anda. Perasaan sendiri? Atau realiti? Itu ku tak punya jawapan. Suram malam tak berbintang adalah kiasan dari diriku yang suram dalam menjalani kehidupan sehari-harian. Oh sungguh ku tak mengerti. Lain yang kuharapkan lain pula yang ku terima. Itulah kehidupan.

180. No Feeling

Image
Bismillahirrahmanirrahim Assalamu'alaikum and Very Good Day Mates! Ahlan! Apa khabar semua. Again and again after a long period dah lama tak update blog. Kesibukan duniawi melanda. Huuuu Tiada yang menarik untuk dikongsi. Cumanya beberapa perkara telah berlaku dalam hidupku ini. Percaya atau tak hamba Allah ini telah pun genap sebulan menjadi isteri orang. It's unbelievable. Perasaan? Gambar sekadar hiasan. Promo Perhentian.;p As title on top of this entry. Tak de perasaan. Huuuu. Again unexpected. Sigh! =_=" Tunggu la lagi lama sikit kot2 ada perasaan nak muncul. Okay weirdo! Ok la dah tak tau nak update apa. Walaupun sebenarnya banyak nak menulis. Tunggu la sikit hari lagi kalau2 ada ilham untuk menulis dan kudrat untuk menaip. ngeee.. :D Asif jiddan. Post ni tak bermanfaat. Sekadar coretan. Hehehehehe. Wait for the next entry bila dapat hidayah nak menulis lagi. Pray for me guys, pray for Syria, Mesir and semua umat Islam walau