Posts

Showing posts with the label Heartfelt

185. Kerinduan Tiada Akhirnya

Image
Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum and Very Good Day Readers! Salam Ramadhan Di saat orang lain bergembira menanti kehadiran Syawal, hati ini terasa sayu, mata ini terus-terusan berkaca-kaca. Kerinduan itu tiada akhirnya. Sayangku, andainya ummi mampu menghindarkan rasa rindu ini ingin ummi cuba, bukan bermaksud tiada kerinduan langsung buatmu, bukan bernakna tiada kasih dan sayang untukmu yang tersisa, namun ia hanya sementara agar ummi mu ini terus kuat meniti hari-hari mendatang tanpamu di sisi. Ahmad Nusairi, Kehadiranmu biarpun seketika sudah cukup buat ummi mu ini rindu akan mu, wajahmu yang tenang seperti tidur itu tidak akan ummi lupa sampai bila-bila. Hari-hari yang ummi lalui amat perit sekali. Bukan tidak redha, tetapi rasa sunyi tanpa kehadiranmu membuatkan ummi semakin hari semakin rindu. Terlalu banyak yang ummi ingin lakukan bersamamu sayangku. Pedih! Ya itu tidak ummi nafikan. Hanya Tuhan saja yang tahu apa yang ummi mu ini rasakan. Bibir me...

184. Bonding

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum and Very Good Day Readers! Salam Ramadhan. Apa khabar Iman kita pada hari ini? Apa khabar amalan kita pada saat ini? Adakah sudah meningkat atau masih di takuk yang lama? Saya doakan semoga semuanya baik-baik sahaja. Semoga amalan kita lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Peeps! Sedar tak sedar hari ini sudah 5 hari kita berpuasa. Semalam, Ahad 21 Jun 2015 merupakan kali pertama saya melewati pusara anak syurga kami. Demi Allah sebaknya di dada ini hanya Tuhan saja yang tau. Puas diri ini menahan air mata dari mengalir namun apa kan daya sungguh diri ini masih lemah, masih kuat kerinduan ini padamu sayangku. Biarpun ummi tahu awak memang sudah bahagia di sana tapi kerinduan ummi terhadapmu tiada bertepi. Biar hanya beberapa ketika kita berjumpa, tapi hampir 9 bulan 10 hari kita bersama. Ummi senang dengan kehadiranmu sayang. :') Sayangku Nusairi, Ummi iklas dan ummi redha akan pemergianmu. Ummi tahu Allah juga lebih men...

183. Ramadhan Tanpamu Sayangku

Image
Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum and Very Good Day Mates! Salam Ramadhan, Alhamdulillah. Allah masih beri peluang untuk kita berjumpa lagi dengan bulan yang penuh keberkatan. Sayangku, Impian ummi untuk menyambut Ramadhan bersamamu tidak kesampaian. Tuhan itu lebih mengetahui. Sungguh ummi rindu akanmu wahai putera kesayangan ummi. Terawikh semalam adalah terawikh pertama ummi dan abi di masjid tempat bersemadinya kamu duhai anak syurga. Demi Allah, ummi mu ini rupanya masih lemah. Berjujuran air mata ummi mengalir setiap saat. Puas cuba ummi bertahan namun akhirnya ummi tewas juga. Sayangku, Maafkan ummi nak. Bukan ummi tidak redha cuma ummi masih perlukan lebih banyak masa. Kehilanganmu dalam sekelip mata cukup membuatkan ummi benar-benar tersentak. Tapi ummi tahu kamu bahagia di sana. Ummi berharap ummi mampu terus berdiri dan bersabar. Biar air mata menjadi peneman ummi buat seketika. Tenang dan damailah dikau di sana Ahmad. Ummi sayang Ahmad samp...

182. Ahmad Nusairi Wildan Syurga Abi dan Ummi :')

Image
Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum and Very Good Day Saat bait-bait ini ditulis hanya Tuhan saja yang maha mengetahui apa yang bermain di hati ini. Hanya Tuhan saja yang tau betapa peritnya jiwa ini. Namun saya sedar setiap yang berlaku ada hikmahnya. Terkadang diri ini terasa berdosa kerana terlalu merintih. Ya Allah bukan itu maksud hamba-Mu yang lemah lagi tak berdaya ini. Hamba-Mu memohon keampunan daripada-Mu. Sayangku,  Ummi tau awak bahagia di sana  Ummi tau awak gembira di sana  Ummi tau awak adalah penyelamat ummi dan abi  Ummi tau awak adalah anugerah yang sangat tak ternilai  Ummi tau awak adalah pinjaman dari PenciptaMu  Ummi tau awak adalah wildan syurga  Sayangku Ahmad,  Ummi sedar awak telah menjadi aset kami di sana  Ummi sedar awak milik PenciptaMu yang hanya pinjaman dalam hidup kami  Ummi sedar awak tidak sempat mengenal kami di sini  Ummi akur awak telah tiada di si...

181. Langit Tak Selalunya Cerah

Image
Bismillahirrahmanirrahim Assalamu'alaikum and Very Good Day Mates! Ahlan! Warning! Update untuk hari ini. Sekadar coretan hati. Minta abaikan kalau tiada manfaat. Terima kasih. :) Hidup tidak selalunya indah Langit tak selalu cerah Suram malam tak berbintang Itulah lukisan alam Begitulah aturan Tuhan. Nah! potongan lagu lukisan alam nyanyian Hijjaz. Hidup memang tak selalunya indah. Jadi kalau terasa hari-hari yang anda lalui itu indah nikmatilah ia sepuas-puasnya. Rebahkanlah diri menghadap Pencipta-Mu tanda kesyukuran atas kurniaan keindahan hari-hari yang anda lalui. Langit memang tak selalu cerah kerana kadang-kadang hujan ribut melanda. Hidupku juga begitu. Begitu jualah kehidupan anda. Perasaan sendiri? Atau realiti? Itu ku tak punya jawapan. Suram malam tak berbintang adalah kiasan dari diriku yang suram dalam menjalani kehidupan sehari-harian. Oh sungguh ku tak mengerti. Lain yang kuharapkan lain pula yang ku terima. Itulah kehidupan....

179. So Sad

Image
Bismillahirrahmanirrahim Assalamu'alaikum and Very Good Day Mates Ahlan! Ramadhan Kareem!  How are you dear? Hopefully everything goes well. Again, it has been ages from the last post. Nak kata busy tak la busy tapi minat dan keinginan untuk menulis semakin hari semakin menipis. Tak tau topik apa nak share sedangkan berlambak-lambak topik yang hangat diperkatakan lewat hari ini. Dari isu peduli agama seinggalah hiburan-hiburan di sekeliling kita. Still, I have no mood to update anything. So sad.... :( Peeps! I hope it's not too late to wish you Ramadhan Kareem. 10 days has passed already. The second phase of Ramadhan commenced. Hopefully, we will fully utilized the remaining days of this blessing month. Bulan penuh kerahmatan dan keberkatan di mana pintu-pintu keampunan dibuka luas. Allah. Semoga amalan kita diterima Allah. Aameen. The feeling that I feel right now is unstable due to several things. But, I do not know how to express it, how to sh...

178. Tudung Oh Tudung!

Image
Bismillahirrahmanirrahim Assalamu'alaikum and Very Good Day Mates! Ahlan! Mulakankanlah harimu dengan lafaz Bismillah. Tebarkanlah salam dan maniskan senyumanmu pasti harimu lebih indah dan damai. Pagi Jumaat yang tenang dan permai. Semoga di penghulu segala hari ini kita berada di bawah keberkatan Ilahi hendaknya. :) Wah! Intro saja dah banyak kan3x. Hehehe. Bila mood nak menulis dan otak berjalan boleh la dimulakan dengan intro berjela. Cuba kalau idea tak menjelma. Oucchhh. >_< Peeps! Tajuk post mengenai tudung.  Tudung apakah itu? Tudung saji? Tudung kepala? Anak tudung? Ibu tudung?   Hrmmmmm...... Jom kita baca terjemahan ayat 31 daripada Surah An-Nur; "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup bel...

177. Al-Fatihah Untuk Bonda

Image
Bismillahirrahmanirrahim Assalamu'alaikum and Very Good Day Mates! Ahlan! How's life dear? Hopefully everything goes well. Aminn! May our life full with His bless.  It's been ages (okay over exaggerate) tak menulis. Sebenarnya teringin nak menulis. Tapi memang sejak kebelakangan ni idea makin haus umpama air laut yang menghakis pasir. Peribahasa apakah ini? Adik-adik nak SPM jangan guna ya. Nanti markah kurang. Lots of things disorder. Faham dok? Buat-buat faham sudah. Hidup masih lagi perlu disusun atur agar lebih bermanfaat untuk diri, keluarga, agama dan ummah. Allahu akbar! Besar harapanku. Banyak perkara berlaku di sekeliling kita lewat hari ini bukan. Dan ibrahnya sama-samalah kita kutip. Yang mana baik jadikan panduan dan yang mana tidak baik wajiblah ditinggalkan. Sahabatku, Hari minggu yang lalu saya dikejutkan dengan pemergian seseorang yang cukup saya hormati. Biarpun hanya setahun saya sempat berada di bawah acuannya namun setahun i...

174. Keep Moving On

Image
Bismillahirrahmanirrahim Assalamu'alaikum and Very Good Day Mates! Ahlan! How are you my dear friends? I'm here again for a short update. Sometimes I wonder how could I control myself, purify my heart and kept being a positive person. It was hard. But it's only a reason. I must be calm and accept all the path that Allah gives to me. Because everyone has different path in his or her life. I do keep moving on. By the time I heard something about others successful, I attempt to compared to myself. I asked so many questions that I realized I can't do that. When is my turn? How is my future? Why I hard to achieve something better? Why, where, when, how...... The questions keep coming out every moment. That's hurt so much. Really! But then, when my Imaan coming back to me, I realizes everything is on His wills. I must believe that everything happens around is my fate and my destiny that already written by Him properly. I just need to be patient, s...

173. Dilema Hidup: Antara Dua :)

Image
Bismillahirrahmanirrahim Assalamu'alaikum and Very Good Day Mates! Ahlan! "I sometime hate this kind of feeling" Nah! Terkeluarlah status macam orang tak menghargai sesuatu dugaan. Padahal dugaan itu tanda kasih sayang dari-Nya. Astaghfirullah. Sesungguhnya aku memohon ampun dari-Mu Ya Rab. Sungguh bukan niatku begitu cuma kadang-kadang hamba-Mu ini tidak cukup kuat menanggung perasaan. Ibrah! Kalau kita nak Allah sentiasa membantu kita, maka kita sendiri janganlah lupakan DIA tika kita senang. Hanya bila susah baru nak cari DIA. Jadi sentiasalah mengingati-Nya tika susah mahupun senang. Selangkah kau rapat pada-Nya, seribu langkah DIA rapat padamu. :') Insaf!  I Love Allah :) Apa sebenarnya? Mahu tahu? Hehehe... Tak penting pun. Cuma mahu mencoretkan di sini sebagai kenangan di hari tua. Jika masih diizinkan Allah untuk panjang umur kan. Ameeen! :) Sekadar perkongsian saja tau. ;) Pilihan A: Sekarang ni saya kerja RA untuk satu ...

172. Bingkisan Buat Teman :)

Image
Bismillahirrahmanirrahim Assalamu'alaikum and Very Good Day Mates! Ahlan! Salam sayang untuk semua.Selawat dan salam ke atas Rasulullah, junjungan yang Mulia. Bersamalah kita menghayati setiap perjuangan baginda S.A.W. menyebarkan agama Islam. Moga kita terus berada di atas jalan kebenaran. Subhanallah.  Mari perbanyakkan selawat ke atas junjungan baginda yang tercinta Terasa kerdil diri ini, terlalu banyak dosa dan maksiat yang dilakukan, terlalu besar kesalahan dan kerosakan yang terjadi. Moga diberi keampunan atas khilaf dan dosa yang pernah dilakukan. Dapatkah kita bertemu pencipta dan Nabi dalam keadaan yang gembira? Atau kita kembali dalam keadaan penuh duka? Nah! Sama-samalah kita renung kembali. Astaghfirullah. T_T Pembaca yang dihormati, Lama juga blog ni tidak diisi dengan entri baru kan? Hehehe. Biasa la. Alasan yang sama juga berkali-kali. Allahuakbar. Niat di hati memang nak update tapi tiada idea-idea yang menarik untuk dikongsikan bersama...

171. Cantik

Image
Bismillahirrahmanirrahim Assalamu'alaikum and Very Good Day Mates! Ahlan! Okay update lagi untuk sekian kalinya. Post ni agak tak bermanfaat. Abaikan please! Sekadar menghilangkan stress. Saya suka tengok perempuan yang cantik2. Okay statement sangat menyukarkan akal untuk menerima. huhu Seriously, tak tau macam mana nak cakap tapi sangat suka tengok perempuan cantik. Best kan kalau dikurniakan wajah yang cantik ni. Part yang tak best bila compare dengan diri sendiri. Mesti rasa rendah diri. Astaghfirullah! :( Sepatutnya kena la sentiasa bersyukur dengan apa saja yang kita ada. Bersyukur masih lagi sempurna. Okay tu ja nak cakap. Kalau perempuan pun suka tengok perempuan cantik apatah lagi lelaki kan? Huhu. Okay abaikan post ini. Sekadar coretan suka-suka. Jaga diri, hiasi peribadi. :)   Ma'assalamah wa ilal liqa' :) p/s: post tak da motif. phew! T_T

170. First

Image
Bismillahirrahmanirrahim Assalamu'alaikum and Very Good Day Mates! Ahlan! Salam perpaduan semua. Semoga anda dalam restu Ilahi hendaknya. 'Ala kulli hal, Alhamdulillah. Masih dikurniakan nikmat hidup dalam tahun baru ini. First. Merupakan entri pertama untuk tahun 2013 ini. Tidak ada yang istimewa pada kali ini. Seperti tahun-tahun sebelumnya jua. Pasti pada setiap kali tahun baru kita mengharapkan beberapa perubahan yang positif dari tahun-tahun yang lepas. Itu lumrah. Kerana manusia sifatnya itu cinta akan perkara yang indah-indah dan baik-baik sahaja. Makanya itu, setiap tahun baru pasti ada harapan dan impian yang diiringi usaha untuk mempertingkatkan lagi kualiti hidup. Dan segalanya berlaku dengan izin-Nya. Kullu 'am wa antum bi khayr :) Bagi diriku pasti ada sesuatu yang ingin aku capai. Tapi mungkinkah menjadi kenyataan? Nah! Itu kerja DIA di atas sana. Jika DIA izinkan maka tercapailah. Yang penting usaha tanpa kenal erti putus asa, berdoa...

169. Take It Or Leave It

Image
Bismillahirrahmanirrahim Assalamu'alaikum and Very Good Day Mates! Ahlan! Hi there! How was your Iman today? Hopefully everything is doing well. Ameen! As for me, still trying harder to be good from yesterday. May Allah shower His blessing. Ameen! Mates! December is towards the end of 2012. Many things happened during a year. Life is full of ups and downs. Everybody will sense difference way of flavor in his or her own life. As for me, lots of circumstances occurs. Bad and good both did appeared. That's the taste of my own life.  Peeps! Tomorrow I'm gonna homeward to my small tiny place that I belongs to. Even lots of people says bad things about my hometown, I still love it. Because at the small tiny state I was grown up. I first opened up my eyes with the green scenery, good smells of fresh air, gentle wind blows, the warm hearted neighbors and it's so halcyon. The most important is where the parents be, that the precious place to go in this ...