115. Pig and Its Derivatives
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamu'alaikum and Very Good Day Mates...!
Ahlan...!
First of all, wish all of you Ramadhan Kareem. May everyone has a blessed Ramadhan. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada Ramadhan yang lalu. Ayuh tingkatkan amalan dan istiqamah dengan peningkatan itu. Ameen.!
Hari ni, terasa nak update blog dan nak kongsi sesuatu. Dah lama nak share tapi kekangan masa jadi asyik tertangguh je. Hehe. Minta maaf semua. Masa kelas 3 bulan belajar pasal halal haram ni banyak sangat ilmu yang telah dipelajari. Sebelum ni hanya pandang ringan atau pun ambil mudah dalam sesetengah perkara. Tetapi atas kesedaran yang Allah kurniakan sekarang sangat berhati-hati dalam memilih sesuatu. Alhamdulillah.
Semua orang sedia maklum bahawa penggunaan khinzir dan keturunannya sangat berleluasa dalam apa jua produk tak kira sebagai ingredients, precessing aids, equipments and etc.
Sahabat yang saya kasihi sekalian,
Sahabat yang saya kasihi sekalian,
Sama-samalah kita fahami dan renungi ayat Al-Quran di bawah ini. Surah Al-Baqarah ayat 173. Ayat ini menyatakan larangan kepada memakan daging khinzir.
"Sesungguhnya Dia hanya mengharamkan atasmu bangkai, darah, daging babi, dan (daging) haiwan yang disembelih dengan (menyebut nama selain Allah). Tetapi siapa yang terpaksa (memakannya), bukan karena menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sungguh Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang."(Al-Baqarah: 173).
Untuk makluman semua, lebih kurang 185 produk dapat dihasilkan daripada seekor khinzir. Bayangkanlah daripada seekor khinzir kita dapat hasilkan begitu banyak sekali produk, tetapi Allah mengharamkannya kepada kita umat Islam. Antara sebabnya untuk DIA mahu melihat sejauh mana ketaatan serta keimanan kita terhadap-Nya. Selain itu, berpandukan prinsip yang ke-3 halal haram dalam Islam menurut Yusuf Qardhawi iaitu: sebab asas kepada larangan tersebut adalah kerana ketidak sucian dan kemudharatan.
Bersesuaian dengan firman Allah yang bermaksud:
"Allah mengetahui mana yang merusak dan mana yang membawa mashlahat. Kalau Allah mengehendaki, tentu Ia telah membuat kesulitan bagimu. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (Al-Baqarah: 220).
Readers yang dihormati sekalian
Apa yang telah Allah haramkan itu adalah kerana kemudharatnnya kepada kita. Ya! memang benar seekor khinzir boleh menghasilkan 185 produk tetapi kemudharatannya lebih besar dan berat berbanding 185 produk yang dapat dihasilkan.
Menurut kajian:
“Cacing babi akan menyebabkan peningkatan kandungan kolesterol dan melambatkan proses penguraian protein dalam tubuh dan boleh menyebabkan kanser.” Dr. Murad Hoffman.
Untuk makluman pembaca yang dikasihi, dalam khinzir terdapat sejenis cacing yang sangat berbahaya untuk manusia. Oleh yang demikian, pengharaman terhadap khinzir ini adalah disebabkan kemudharatannya kepada manusia itu sendiri.
Allah sentiasa menguji keimanan hamba-hamba-Nya. Biarpun khinzir ini diharamkan, tetapi productivity pig ni sangat banyak. Sekali melahirkan banyak anak khinzir dilahirkan, kos penternakan yang murah dan kuantiti yang senang diperolehi ini yang membuatkan manusia alpa dan leka atas pengharamannya. Anda semua umat teknorat, manusia intelek serta tinggi tahap kesedarannya. Jadi sama-samalah kita renungi. tepuk dada tanyalah iman.
Saya tak bercadang untuk post panjang-panjang. Jadi saya kongsikan gambar-gambar di bawah ini untuk kita sedar dan bangun dari mimpi. Saya kongsikan gambar-gambar di bawah ini agar sama-sama kita dapat manfaatkan. Insya-Allah.
Mates...!
semoga perkongsian ini dapat lah sdikit sebanyak menyedarkan kita. Awas dan waspadalah dengan apa yang kita guna, pakai, makan dan sebagainya. Moga perkongsian yang sedikit ini dapat kita manfaatkan bersama. Maaf atas kekurangan diri yang tidak pandai mengolah post ini. Asif jiddan.
Sampai di sini post saya untuk kali ini. Moga bertemu di lain lapangan dan ruangan. Insya-Allah. Till we meet again. Selamat beramal semua. :)
Thanks for reading,
Take care...(^.^)
Ma'assalamah wa ilal liqa'...:)
Comments