Tuesday, May 17, 2011

107. Memperbaiki Diri dan Terus Mengorak Langkah

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamu'alaikum and Very Good Day Mates...!

Ahlan...!

Menemuai saudara/ri pembaca sekalian. Apa khabar anda pada hari ini? Hopefully, our life went well as we planned. Insya-Allah. Semoga bertambah amal ibadah dalam usaha mencari keredhaan-Nya. So, how's life mates..?! Mencari peluang dan ruang untuk update blog. Sebenarnya jarang update lately ni sebab tak ada isu yang menarik untuk dikongsi bersama.

Mates..!

Eh kenapa ni...?!!! Bila tekan enter die tak nak turun bawah. Stress...! (iklan seminit). Hehehe. Okaylah, sebenarnya entri kali ni tak ada yang menarik. Sekadar persinggahan untuk mencoretkan sesuatu yang bermain di fikiran. Apakah..?! Nothing much act. Semalam saya bermimpi. Eh, mimpi itu kan mainan tidur. Ya tepat sekali..! Mimpi mainan tidur. Tapi sekadar nak berkongsi je.

Al-kisahnya begini, petang semalam lepas penat2 balik kelas saya tertido. Zzzzzzzzz.. Dan bermimpi. Scary... >.< Saya telah bermimpi saya... hahaha.. kenapa tak tertulis ni. Ya Allah. Perasaan sangat bercampur-baur. Ada takut, gementar, sedih, etc. Takut kalau benar mimpi itu, sudahkah saya bersedia...???!! Apakah kehidupan dan natijah selepasnya...?! Allahuakbar.. Masya-Allah. Serius saya sangat TAKUT..! =.="

Mimpi apakah agak-agaknya...???! Saya mimpi pasal 'KEMATIAN'.. Ya..! mati itu pasti. Bila dan bagaimana semuanya rahsia Allah. Yang penting adakah saya sudah bersedia...??! Astghfirullah. Ampunkanlah hamba-Mu yang kerdil lagi hina ini Ya Allah. Apa perasaan korang kalau mimpi korang mati...?! Apakah petanda ini..? Adakah peringatan DIA yang Maha Agung..?! Atau ia memang sekadar mainan tidur..?! Saya manusia yang penuh dosa. Tak tertanggung rasanya dosa yang semakin hari semakin menyesakkan. Semoga KAU ampunkan hamba-Mu ini Ya Allah.

Mates..!

Semoga kita sentiasa bersedia akan kemungkinan-kemungkinan yang tidak di jangka. Mati itu tidak mengenal usia. :) :) :)

Okay.. another things nak share. Sekarang ni banyak dapat jemputan kahwin. Tahniah.! Tahniah.! Tahniah.! Semoga Baitul-Muslim yang dibina dalam mawaddah wa rahmah. Moga redha Allah bersama anda semua. Berbahagialah kerana mampu menyempurnakan salah satu sunnah Rasulullah & agama. Semoga dapat melahirkan generasi-generasi pewaris agama kelak..! Insya-Allah.

Cakap pasal pernikahan or perkahwinan ni. How about you..! Eh sape2..? Yang tengah menaip la. Hehehe. Common answer is.... Kalau ada jodoh adalah. Betul tak..?! Hahaha. Seringkali kan orang akan tanya. Bila nak kawen..?!!! Haaaaaa... nak pengsan sikit2. Kalau lah kawen tu boleh macam beli kuih kegemaran kat pasar malam kan senang cakap. Ha petang ni. Jangan lupa datang.! Tapi, hey peeps..! It's not easy as that way. (betol ke ayat BI ambe ni..). Nak membina masjid bukannya senang kalau dalam diri belum cukup ilmu rumahtangga. Percaya atau tidak, setiap 15 minit akan ada kes perceraian berlaku. Sumber dari JAKIM ni.

Jadi, sebelum melangkah ke alam pernikahan, sebagai individu kita kenalah betul-betul bersedia. Cukupkan diri dengan ilmu. Fahamkanlah sebenar-benar erti dan matlamat berkeluarga. Kerana pernikahan itu bukan untuk sehari dua, bukan berkahwin kerana orang lain dah berkahwin, bukan sekadar suka-suka tetapi perkahwinan itu adalah satu ibadah, ia adalah satu sunnah dan perkahwinan itu adalah untuk selama-lamanya. Berkongsi hidup bukan hanya dengan suami/isteri tetapi seluruh ahli keluarganya. It's take lots of commitment. Dah berkahwin pasti akan mempunyai anak. Lagi, ilmu keibu-bapaan (ada ke word ni??) perlu dipelajari dan dihadami. Bagaimana mahu mendidik anak-anak menjadi insan yang baik budi pekerti dan mengamalkan Islam dalam kehidupan seharian. Tambahan pula dalam era yang sangat mencabar iman. Sejujurnya, saya sendiri masih lagi terkadang lalai dan leka. Lalu bagaimana mahu mendidik dan mengajar anak..? Tepuk dada tanyalah iman.

Wah.. panjanglah pula tulis bab-bab macam ni. Hehehe. Ini sekadar perkongsian. Masih banyak lagi yang perlu dipelajari. Ilmu di dada masih tak cukup. Diri sendiri masih belum kuat dalam menghadapi mehnah ujian. Mungkin sebab ni lah belum kawhin lagi. Hehehe.. Sape la tak nak kawhin kan. Semua orang pasti ada keinginan untuk berkeluarga. Itu fitrah. ! Jadi dalam masa masih single ni lah kena bersiap sedia dulu. Haa.. no komen lah. Hehehe.. :)

Mates..!

Next, nak cakap pasal ilmu plak. Rasa regret sangat sebab masa time belajar dulu tak betul-betul faham. Serius cakap belajar sebab nak exam. Astaghfirullah. Betapa ruginya. Sangat rugi..! Serius la. Tapi masa lalu dah tak boleh nak datang balik. Menyesal macam mana pun dah tak guna. Sebab itulah niat itu penting. Belajar seharusnya niat ikhlas kerana Allah, nak tambah ilmu, nak dapat pahala berjihad, nak gunakan untuk bantu diri sendiri, keluarga, masyarakat, ummah dan yang penting nak bantu agama. Tapi...! Allah. Allah. Allah. Sangat sedih dengan diri sendiri.. :'(

Cakap ni sebab sekarang terpaksa baca balik nota-nota yang dah belajar pun. Sepatutnya kalau dah belajar and orang tanya dah boleh jawab tapi ni diam je. Tu maknanya belajar dulu main-main. Sepatutnya sekarang ni tambah ilmu lagi bagi banyak, bukan baca balik nota lama. Tapi bukanlah tak boleh tengok nota langsung. Boleh. Tapi sekurang-kurangnya bila orang tanya taula nak explain the very basic thing. Tak de lah diam macam tak pernah belajar. Contohnya, kalau org tanya dan sebut pasal E.coli, Salmonella sp., staphylococcus sp., etc, sebagai graduan Biotechnology, mestilah kena tau basic2 thing pasal ni. Tapi....... Kesiannye dekat lecturer-lecturer yang susah payah mengajar. Waa... sedih lagi.. Malunya dengan diri sendiri. :'(

Apa pun, selagi diberi peluang untuk belajar, jangalah lepaskan peluang ini. Dulu masa time sekolah ustaz selalu perli-perli kita orang. 'Al-'ilm fil kutub'. Huhuhu. Tak insaf lagi. Sekarang memang betol la jadi. Ilmu semua dalam buku. Asal orang tanya selak notes, selak buku. Ish ish ish. Apa nak jadi ni...!

So, kepada pembaca di luar sana, janganlah jadi seperti saya. Hargailah masa-masa belajar anda. Hadam lah ilmu sebaik-baiknya. At least benda-benda basic kena hujung jari je. Kalau tak rugi sangat. Apa pun Alhamdulillah, sebab dapat kesedaran. Semoga selepas ni tak berulang lagi perkara-perkara sebegini. Insya-Allah.

Rasa macam entri kali ni panjang. Hehehe. Minta maaf semua kalau ada isi dan pendapat yang tidak boleh diterima. Sekadar berkongsi dan lebih kepada peringatan untuk diri sendiri. At last, nak quote ni:

"Ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah."

Sama-samalah kita renungkan. :) That's it. Semoga bertemu lagi di lain entri jika diizin-Nya.

Thanks for reading,
Take care... (^.^)

Ma'assalamah wa ilal liqa'... :)

Thanks for reading. Take care (^_^)

2 comments:

abyadh said...

eh, jom kawen!!! haha

Little Caliph said...

haaa.. jom3.. esok jugak..!!! hahaha ;D