Posts

Showing posts from February, 2012

136. B.Eng Vs MSc.

Image
Bismillahirrahmanirrahim... Assalamu'alaikum and Very Good Day Mates...! Ahlan...! Salam Jumaat. Semoga anda berada dalam kasih sayang dan rahmat Ilahi sentiasa.  Peeps..! Sesungguhnya diri ini dalam kekeliruan identiti. Saya tak pasti macam mana mahu mencorak masa hadapan melalui kerjaya. Kekeliruan identiti berlaku sejak beberapa bulan ini.  Apa beza kalau ada degree engineering lepas tu sambung master dalam sains? Bak kata salah seorang kawan saya rugi sangat kalau dari B.Eng pastu buat MSc. Hmmm.. Kenapa ya? Untungnya pada sesiapa yang mudah jalannya dalam membina kerjaya. Sejujurnya master adalah pilihan kedua saya. Yang pertama adalah mencari kerja. Tetapi memandangkan kekangan peluang pekerjaan menyebabkan pilihan kedua itu menjadi pilihan. Pokoknya adakah saya benar-benar di atas jalan ini? Allahu Rabbi. Bantulah.. T.T Mates...! Para bijak pandai selalu cakap jangan tunggu kerja tapi create kerja. Hmm... saya keliru sebab mungkin belum ada

135. Berlapang Dada

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamu'alaikum and Very Good Day Mates...! Ahlan...! Apa khabar iman anda pada hari Jumaat yang mulia ini? Semoga semuanya baik-baik saja. Hari ini saya tak bercadang nak post panjang-panjang. Just renungan untuk diri sendiri.  Berlapang dada Tajuk entri untuk kali ini. Dua perkataan yang mudah untuk diperkatakan. Cuba buat? Hohoho.. Anda semua umat yang hebat. Mampu melakukannya. Ya saya tahu. Cuma diri saya yang tersangatlah kerdil. Serasa payah untuk melakukannya. Andai tak kena pada diri sendiri memang mudah menuturkannya semudah ABC. Tetapi andai terkena diri sendiri. Hmmm.. Allahu Rabbi. Alangkah indahnya hidup ini jika apa yang kita lakukan hanya kerana-Nya. Anggaplah apa yang orang buat pada kita itu adalah ujian dalam kehidupan, teguran daripada Allah tanpa kita sedar. Dan belajar, belajar dan terus belajar untuk berlapang dada. Insya-Allah. Hati-hati itu akan damai. Ameenn. Amanah Satu perkataan yang sering k