135. Berlapang Dada
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamu'alaikum and Very Good Day Mates...!
Ahlan...!
Apa khabar iman anda pada hari Jumaat yang mulia ini? Semoga semuanya baik-baik saja. Hari ini saya tak bercadang nak post panjang-panjang. Just renungan untuk diri sendiri.
Berlapang dada
Tajuk entri untuk kali ini. Dua perkataan yang mudah untuk diperkatakan. Cuba buat?
Hohoho.. Anda semua umat yang hebat. Mampu melakukannya. Ya saya tahu. Cuma diri saya yang tersangatlah kerdil. Serasa payah untuk melakukannya. Andai tak kena pada diri sendiri memang mudah menuturkannya semudah ABC. Tetapi andai terkena diri sendiri. Hmmm.. Allahu Rabbi.
Alangkah indahnya hidup ini jika apa yang kita lakukan hanya kerana-Nya. Anggaplah apa yang orang buat pada kita itu adalah ujian dalam kehidupan, teguran daripada Allah tanpa kita sedar. Dan belajar, belajar dan terus belajar untuk berlapang dada. Insya-Allah. Hati-hati itu akan damai. Ameenn.
Amanah
Satu perkataan yang sering kita dengar. Tetapi dalam memikulnya sebenarnya adalah sangat berat. Andai kita lemah pasti tidah tertanggung amanah yang diberikan. Apatah lagi bisikan-bisikan syaitan di keliling anda membuatkan anda rasa ia adalah perkara remeh.
Tidak...! Jangan anggap amanah itu ringan. Sebaliknya ia adalah sesuatu yang sangat berat untuk dipikul. Apatah lagi melibatkan kehidupan orang lain, periuk nasi orang lain dan juga keberkatan dalam hidup kita sehari-harian. Oh! berat sungguh apa yang ku tanggung. Di mana jalan penyelesaiannya?
Serba-salah
Oh...situasi yang ku hadapi kini. Pengalaman dan ilmu yang terlalu sedikit dapat ditimba lewat hari-hari yang lalu merupakan sesuatu yang 'confidential'. Adakah ilmu yang confidential? Ah susahnya mahu dibicarakan. Ilmu itu luas. Segalanya milik pencipta. Mana mungkin kita simpan untuk diri sendiri. Ia adalah untuk disebarkan dan diamalkan. Kerana ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah.
Persoalannya, kenapa perlu sulit? Bagaimana mahu berkongsi? Macam mana nak membantu. Oh sesungguhnya diri ini sangat serba-salah. Apakah solusinya? Semoga Allah memberi petunjuk. T_T
Kerja
Rasa macam banyak. Eh tapi kenapa update blog? Tengok.. baru cakap pasal amanah. Huaa! Sebenarnya agak keliru dengan beberapa perkara. Abaikan! Berbalik pada kerja. Macam mana nak mula? Dari mana? Bertenang dan bertenang. Insya-Allah ada caranya andai dirancang sepenuhnya kerana semua orang sama rata diberi 24 jam sehari. Allah maha Adil.
Penutup
Akhirul kalam, selamat menyambung kerja pada yang bekerja, belajar pada yang masih belajar. Maaf andai tiada manfaat. Sekadar berkongsi rasa di jiwa. Ya Allah damaikanlah hatiku dan berilah ketenangan, kesabaran serta ketabahan dalam ku mengharungi hari-hari mendatang.
Hidup baik-baik semua. Selamat beramal. Hidup ini indah jika kerana Allah.
"Beramallah dengan sebaik-baiknya bagai kita akan mati esok hari dan bekerjalah dengan sebaik-baiknya bagai kita akan hidup untuk selama-lamanya". Salam sayang! :)
Thanks for reading,
Take care...(^.^)
Ma'assalamah wa ilal liqa'...:)
Comments