109. Isu KFC

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamu'alaikum and Very Good Day Readers...!

Ahlan..!

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk update blog. Masih dikurniakan nikmat Iman dan Islam. Moga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan dan jagaan-Nya setiap waktu dan ketika. Aminn..! Apa khabar semua..? Eh baru nak bertanya khabar setelah berbaris-baris menulis. Hehehe.. no offense.. :)

Pembaca yang dikasihi,


Tajuk untuk entri kali ini saya nak cerita pasal isu KFC. What's up..?! Okay, saya rasa isu ni sangat-sangat lah hot sebab dari dulu sampailah sekarang masih ada artikel-artikel yang mengelirukan tentang KFC ni. Ada yang cakap KFC haram di makan lah, ayam KFC tak properly sembelih la, etc. etc. Okay..! Let I quote this verse first,





Maksudnya:

Wahai sekalian manusia! Makanlah dari (makanan) yang halal dan baik yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, syaitan itu musuh yang nyata bagimu. (Al-Baqarah: 168).

Saya pasti, antum dan antunna semua sedia maklum bahawa mencari yang HALAL itu wajib bagi orang Islam. Tetapi sedikit perkongsian daripada saya yang masih kurang ilmu di dada. Kalau kita cuba selidik sedikit mengenai ayat Al-Quran di atas. 

Allah mengatakan:  "...يأيّها النّاس" , Ya Ayyuhannas....! beerti, Wahai sekalian manusia.... !

Allah tidak pula berkata:  "Ya ayyuhallazi na amanu", "Wahai orang-orang yang beriman...".

Hal ini, sudah pasti sebenarnya sudah jelas makanan yang HALAL LAGI BAIK (Halalan Toyyiban) itu adalah untuk semua manusia tidak kira bangsa, agama dan warna kulit. Tetapi kita tidak pernah sedar akan hal ini. Selalunya kalau Halal sahaja pasti dikaitkan dengan umat Islam. Sedangkan Allah telah memberitahu untuk semua umat manusia di muka bumi ini. Masya-Allah. Sungguh DIA sangat BAIK.

Okay, berbalik kepada isu KFC ini. Sebelum ini saya tidak pastilah bagaimana tetapi sekarang saya rasa terpanggil dan bertanggungjawab untuk membetulkan persepsi masyarakat tentang KFC terutamanya umat Islam. Sebenarnya saya sekarang sedang mengikuti training halal. Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menimba ilmu baru yang sangat banyak. Saya juga diberi peluang untuk melawat beberapa tempat dalam tempoh kursus ini berjalan.

Untuk makluman semua, baru-baru ini saya berkesempatan melawat kilang Ayamas Food Processing di Bandar Tenggara, Johor. Ayamas adalah syarikat pembekal ayam-ayam kepada seluruh KFC di Malaysia, Singapura, Kemboja dan Brunei. Jadi segala proses penternakan, penyembelihan, pembersihan, pemprosesan dan pembungkusan 100% dilakukan oleh Ayamas. Pihak KFC hanya menerima ayam yang sudah siap diproses. Jadi di sini tiada isu KFC sembelih ayam tak proper, KFC gunakan ayam bangkai, ayam cucuk dan sebagainya.

Saya betul-betul kagum dan impress dengan teknologi Ayamas di Bandar Tenggara, Johor. Saya menyaksikan sendiri dengan mata bagaimana proses penyembelihan di lakukan. Dan ia pasti 100% halal. Ayamas Bandar Tenggara satu-satunya rumah sembelihan yang TIDAK MENGGUNAKAN STUNNING sebelum disembelih. Satu kredit untuk Ayamas. Di mana mengikut MS 1500: 2009, penggunaan stunning TIDAK DIGALAKKAN. Tetapi ia dibenarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. 

Untuk memastikan ayam yang disembelih ini halal, Ayamas mempunyai penyembelih Muslim yang bertauliah. Setelah ayam-ayam itu disembelih, HALAL CHECKER pula dipertanggungjawabkan untuk memastikan ayam-ayam tadi putus urat marih, halkum dan wadajain. Mengikut syara' apabila putus 2 urat iaitu urat marih dan halkum, bermakna ayam itu halal di makan. Pun begitu mengikut MS (Malaysia Standard) dikehendaki putus 4 urat iaitu halkum, marih dan wadajain (arteri karotid dan vena jugular). Setelah HALAL CHECKER sudah memastikan ayam-ayam ini mati akibat disembelih barulah mereka melepaskan ayam-ayam itu untuk proses seterusnya.

Sekiranya ayam itu tidak putus urat, maka mereka akan membuang ayam tersebut. Apabila didapati ayam-ayam ini masih belum mati tetapi sudah putus 4 urat, HALAL CHECKER akan menahan ayam ini seketika sehingga ia mati barulah ia diproses. Jadi, di sini, tiada isu BANGKAI yang sering diperkatakan ramai. Banyak artikel-artikel yang mengatakan KFC itu tidak halal ataupun haram di makan oleh hal-hal sebegini. Sebagai individu yang telah menyaksikan sendiri bagaimana pemprosesan ayam ini dilakukan, saya benar-benar rasa terpanggil untuk membetulkan persepsi buruk itu.

Premis Ayamas ini bukan sahaja halal tetapi juga TOYYIBAN. Kilang ini mengikut GMP (Good Manufacturing Practice) ataupun Amalan Pengilangan Baik. Selain itu, mereka juga mengikut HACCP yang telah ditetapkan. Dari segi kebersihan, keselamatan dan hygine kilang Ayamas sangat particular. Bahkan, dari ladang penternakan ayam juga, mereka memberi makanan yang halal dan baik untuk ayam-ayam ini. Apa yang paling menakjubkan adalah mereka mewujudkan JABATAN SYARIAH yang dinaungi oleh orang-orang yang berpengalaman dan berkelayakan bagi memastikan semua produk mereka halal lagi baik. Jadi di sini, saya ingin anda di luar sana bukalah mata dan minda. Ubahlah persepsi bahawa KFC itu adalah HALALAN TOYYIBAN.

Isu BOIKOT kerana PRODUK US

Okay, apabila sebut boikot selalu yang terbayang KFC, McD etc. etc. Apa yang telah didedahkan kepada peserta tentang isu ini adalah KFC di Malaysia tidak menyumbang atau memberi profit mereka kepada US dan sebagainya. Hal ini kerana KFC telah dibeli dan ia milik Johor Corp sepenuhnya. Jadi di sini tiada isu membantu Yahudi. Kerana KFC di MALAYSIA, telah membeli brand dari US. Selepas membeli brand, segala perniagaan selepasnya adalah milik Johor Corp. sahaja. Tiada kena mengena lagi dengan US. 

Untuk itu, sama-samalah kita fikirkan. Apa yang saya tulis adalah apa yang saya tahu, saya rasa dan saya lihat. Saya tidak memaksa atau menidakkan hak kepenggunaan anda semua di luar sana. Sekiranya anda di luar sana masih ragu-ragu dan masih mahu berpegang kepada pendirian masing-masing, itu terpulang. Tetapi kalau isu halal atau tidak, ianya sudah jelas lagi terang. KFC di seluruh Malaysia ini 100% HALALAN TOYYIBAN buat masa sekarang. Apa yang HALAL kita tidak boleh katakan ianya HARAM dan begitulah sebaliknya. Ini tertulis dalam Prinsip ke 3 Halal Haram mengikut Dr. Yusuf Al-Qardhawi dalam bukunya Al-Halal wal Haram fil Islam.

Pembaca sekalian,

Saya bukanlah mahu mempromosi KFC. Cuma saya ingin kongsikan apa yang saya tahu. Saya mahu membetulkan persepsi yang pelbgai di luar sana. Kalau kita sedar macam-macam artikel yang kita baca mengenai KFC ni. Saya sendiri akui, suatu masa dahulu saya sendiri jadi confuse dengan status KFC. Tetapi sekarang Alhamdulillah saya sudah jelas serta yakin akan status halalnya. Apa pun, perlu diingat, biarpun KFC itu halal untuk di makan perlulah berpada-pada. Dari perspektif kesihatan pula, makanan yang bergoreng itu tidak baik untuk kesihatan. Tetapi seperti yang kita sedia maklum, bersederhanalah dalam semua perkara. Termasuklah dalam bab-bab makan. Berhentilah sebelum kenyang. Anda semua bijak, jadi sama-samalah kita fikirkan mana yang baik dan yang tidak baik. 

Wah..! Post kali ini panjang pula. Apa pun harapan saya apa yang ingin saya sampaikan dapatlah disampaikan dengan jelas. Apa yang baik itu datangnya daripada Pencipta dan yang tidak baik itu dari yang dicipta. Sama-samalah kita bermuhasabah kembali. Wallahu'alam.

Setakat ini dulu perkongsian saya untuk kalian semua. Kalau ada info-info yang menarik untuk dikongsi akan saya post kan kelak. Insya-Allah. Hidup baik-baik semua. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Salam juang semua..! :)
 
Credit to: Huzaifah Ahmad for the nice pic.. :)

Thanks for reading,
Take care... (^.^)

Ma'assalamah wa ilal liqa'... :)

Comments

Nurul K said…
thanks im. info yang sangat-sangat berguna.
Little Caliph said…
most welcome..! sharing is caring.. :)
Syaheera My said…
Salam. Imtinan, artikel ini sangat2 menarik dan berguna..promote lah di FB awk. InsyaAllah sgt2 mmbantu...ramai yg kt luar sana xtahu...
Little Caliph said…
hehehe.. syera sy segan la. tak ramai pun tau sy tulis blog. kalau awak nak share or panjangkan kat blog awak or fb silakanlah. hehehe.. ;)
AiSyAh HuMaIrAh said…
Alhamdulillah, dapat menghilangkan segala keraguan umat2 Islam yang berada di luar sana.. Thanks 4 this info..
Little Caliph said…
tiqah: most welcome.. sedikit perkongsian apa yg km tau. semoga memberi manfaat la ye. hehe.. :)
abyadh said…
imtinan!!! sngt2 suka!! penulisan ko pun best, pro!! aku nak share kat fb, tapi nak tanya KFC kat singapore pun halal la kan? lagi, ko ikut halal training under uia tu ek? congratz!! share lagi ape2 ko dapt kat training tu!! :)
Little Caliph said…
hehe.. sekadar perkongsian bersama je farah. aku budak baru belajar maa.. byk lg kene improve ni. anyway thanQ very much. ok, silekan share. :) yup. singapore punya KFC insya-Allah halal. sebab yg supply ayam kat diaorg ayamas m'sia. aah.. aku join training yg aku ckp dgn ko dulu tu. insya-Allah ada kesempatan and info menarik aku share lg. doakan aku ye farah. thanx again.. :)
Anonymous said…
imtinan..good job..teruskan usaha..:)

-anim-

Most Favor

119. Khalidu Bil Quran

163. Panduan Temuduga DPLI-SR j-QAF Ambilan 2013

115. Pig and Its Derivatives

182. Ahmad Nusairi Wildan Syurga Abi dan Ummi :')