163. Panduan Temuduga DPLI-SR j-QAF Ambilan 2013
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum and Very Good Day Readers!
Ahlan!
Kaifa ahwal ya akhun wa ukhtun? Semoga sentiasa berada dalam redha Allah selalu hendaknya. Beberapa minggu sudah berlalu barulah berkesempatan untuk meng'update' blog untuk kesekian kalinya. :) Alhamdulillah 'ala kulli hal. Penyepian bukan sengaja di buat-buat ye, tetapi atas beberapa kekangan yang datang. Memerlukan lebih komitmen pada yang awla. ;) Wah macam banyak saja perkataan-perkataan atau ayat berunsur arab ini. Apakah? hehehe. Saja ja mengasah bakat. Kalau salah minta tolong jasa baik sahabat sekalian untuk membetulkan ye. Maklumlah, saya budak baru belajar. ;)
Mates!
Perkongsian entri kali ini adalah...... jeng...jeng...jeng..hehehe. Nothing special to share off but may be something might be useful to somebody. Who knows. ;D
Okaylah. Straight to the point saja la ye. If you are alert with the things happens this week, for those who are passed the M-test examination for DPLI-SR j-QAF last month (20/10/2012), they are worthy to attend for an interview session. This is commenced yesterday and take a whole week for the interview session all around the states.
As for me, is nothing to do. This position actually specifically for the Islamic studies background. But, still open for others than Islamic studies background such as, economics, physiology, human sciences etc. Maybe based on the individual's knowledge about religion.
Peeps!
Nak tau tak apa yang perlu anda prepare sebelum temuduga? Hehehe. Meh sini nak tolong bagi tips sekadar yang mampu. Opps, mana tuan blog ni tau sedangkan tadi cakap nothing to do with me? Jawapannya adalah rahsia. Hoho. Apa yang saya bakal tulis nanti melalui sumber yang boleh dipercayailah. Tetapi bared in mind! mungkin lain penemuduga lain lah caranya okay! Just wanna share something general and just a guideline for the last minute preparation maybe. ;)
The list are goes down! Selamat membaca!
KOMPONEN TEMUDUGA AMBILAN 2013
KOMPONEN PERTAMA: Ujian Bertulis
- Ujian ini merangkumi Bahasa Arab dan Jawi. Kertas Bahasa Arab dalam 10-12 soalan dalam masa 20 minit. Antara yang ditanya adalah berkaitan I'rab ayat (mubtadak dan khabar),sila ingat-ingat balik ye ;P, buat soalan daripada jawapan yang dah sedia ada, jawab soalan petikan dan bina ayat dari pernyataan. Lebih kurang macam tu la.
- Ujian untuk Jawi pula, dalam 7-10 soalan selama 10 minit. Kena tulis dalam Jawi la ayat-ayat yang dia bagi tu. Senang saja bagi graduan-graduan pengajian Islam ni. All the best!
KOMPONEN KEDUA: Temuduga BerkumpulanKomponen ini calon telah dibahagikan kepada kumpulan. Dalam satu kumpulan terdapat 7-10 orang. Kalau semua calon datang mungkin la 10. Kalau kumpulannya ramai calon yang tak hadir mungkin la 5,6,7 atau 8. Dalam temuduga berkumpulan, mereka diberi satu topik untuk dibincangkan di dalam kumpulan. Dalam sesi ini, pemarkahana diberi pada individu dan pelbagai aspek akan dinilai. Antaranya adalah cara percakapan, kefahaman terhadap topik, cara menyampaikan pendapat, keyakinan, suara, intonasi dan beberapa aspek berkaitan untuk menjadi seorang guru.Cadangan saya, banyakkanlah membaca ye.hehe. Terutama isu-isu semasa. Antara contoh tajuk:
- Faedah Membaca
- Pengangguran
- Isu Pendidikan
- Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan
- 1 Malaysia
- Kualiti guru yang perlu ada
Yang penting bercakap lah apa pun. Sebabnya saya rasa diaorang nak tengok kita bercakap saja. Bukan duduk diam. hehehehe. ;)
KOMPONEN KETIGA: Temuduga individuNi kira last stage dah. Temuduga individu ni macam biasalah. Temuduga mana-mana pun samalah. Isu-isu semasa, isu pendidikan, sahsiah dan paling penting of course la subjek yang dipohon tu kan. Antara format yang ditanya:
- Cakap dalam Bahasa Inggeris
- Cakap dalam Bahasa Arab
- Baca potongan ayat yang diberi dengan tajwid yang betul
- Cari tajwid yang ada dalam ayat yang dibaca dan nyatakan
- Membaca teks arab tanpa baris
- Membaca teks jawi lama.
TAMAT
Hehehe,mudahkan. Pada mereka yang memang ada kelayakan pasti mudah saja. Cuma bila berdepan dengan temuduga tu mesti ada perasaan gementar, gugup atau darah gemuruh. Itu menyebabkan kita jadi tak tau, tak ingat, lupa dan sebagainya.
Jadi, saya rasa kena banyak bertenang, berselawat dan berdoa. Usaha juga penting. Banyakkan membaca dan mengulangkaji. Persiapan yang cukup pasti menambahkan keyakinan diri kita kan. In Syaa Allah. Dah abis berusaha, bertawakkal dan berserah pada-Nya. Segalanya terletak pada rezeki dan takdir-Nya. DIA Maha Mengetahui atas segalanya kan. Kita sebagai hamba hanya perlu berusaha dan berdoa. Kenalah redha dengan apa saja natijahnya selepas dah berusaha. ;)
PENTING JUGA!
DOKUMEN:
Sila bawa bersama dokumen ASAL dan SALINAN yang telah DISAHKAN. Susun dokumen mengikut SUSUNAN YANG DIMINTA. ;)
Sahabat yang dirahmati sekalian,
Saya rasa itu saja perkongsian saya untuk kali ini. Sekali lagi saya ingatkan bahawasanya apa yang saya beritahu ini berdasarkan pengalaman dan cerita-cerita dari sumber yang boleh dipercayai. Namun begitu, semuanya tertakluk pada penemuduga kalau-kalau di saat akhir nak tukar format kan. Tapi apa yang saya tahu beginilah antara formatnya.
Saya hanya sekadar nak berkongsi sahaja. Semoga ianya dapat membantu sedikit sebanyak yang saya boleh sumbangkan. Kerana saya semakin bimbang dengan dunia hari ini. Gejala sosial makin menjadi-jadi. Para alim ulama pernah mengatakan;
"Jika mahu melihat masa depan sesebuah negara itu lihatlah pada generasi muda mereka."
Nah! Lihatlah generasi muda kita. Masa depan negara kita terletak pada mereka dengan izin dan kehendak Allah jua. Merekalah bakal pemimpin kelak. Jadi, cara yang mampu, dengan mendidik mereka dari kecil lagi mengenal dan menghayati agama serta berakhlak mulia. Jika baik didikan baik jugalah masa depannya. Apa pun semuanya adalah milik yang Esa. Dengan kehendak-Nya apa sahaja boleh terjadi. Sebagai hamba sama-samalah kita berusaha menjadi khalifah yang baik atas muka bumi ini.
Semoga bermanfaat pada anda. Mana yang tidak baik itu saya mohon abaikan. Sekadar penyedap ayat atau cerita sahaja. Sebab yang baik itu dari Pencipta dan yang tak baik itu atas kelemahan diri saya sendiri. Wallahu'alam. ;)
Ma'assalamah wa ilal liqa'...:)
Comments