136. B.Eng Vs MSc.
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamu'alaikum and Very Good Day Mates...!
Ahlan...!
Salam Jumaat. Semoga anda berada dalam kasih sayang dan rahmat Ilahi sentiasa.
Peeps..!
Sesungguhnya diri ini dalam kekeliruan identiti. Saya tak pasti macam mana mahu mencorak masa hadapan melalui kerjaya. Kekeliruan identiti berlaku sejak beberapa bulan ini.
Apa beza kalau ada degree engineering lepas tu sambung master dalam sains? Bak kata salah seorang kawan saya rugi sangat kalau dari B.Eng pastu buat MSc. Hmmm.. Kenapa ya?
Untungnya pada sesiapa yang mudah jalannya dalam membina kerjaya. Sejujurnya master adalah pilihan kedua saya. Yang pertama adalah mencari kerja. Tetapi memandangkan kekangan peluang pekerjaan menyebabkan pilihan kedua itu menjadi pilihan. Pokoknya adakah saya benar-benar di atas jalan ini? Allahu Rabbi. Bantulah.. T.T
Mates...!
Para bijak pandai selalu cakap jangan tunggu kerja tapi create kerja. Hmm... saya keliru sebab mungkin belum ada keberanian dalam mencuba sesuatu. Mungkinkah saya dilahirkan begitu. Oh..adakah ini alasan. Hohoho. Saya tak ada jawapan. Sebenarnya kalau keberanian dan tekad yang bulat kita pasti boleh mencuba sesuatu yang baru untuk mencipta kerja. Sigh.. =.='
Berbalik pada tajuk entri saya pada kali ini. B.Eng Vs MSc.
Kalau ada degree engineering pun tapi masih tak ada kerja apa gunanya?
Kalau pursue Master Science pun ada ke kerja? Huaarggghhh..
Oh...bila agaknya government nak bukak peluang kerja lagi ye. Hmmm..
Eh bukan salah gomen ok. hoho. Whatever la.
Pokoknya macam mana ni......... Ya Allah bantulah hambamu ini.
Terkadang serasa macam dah putus asa. Tapi apa faedah dari putus asa? Naa.. nothing.
Cuma kuatkah hati ini dalam menjalani ujian ini...Allah.
Readers yang dihormati,
Apa pandangan anda? Macam mana ye. Kekeliruan identiti. hmmm.
Apa pun saya percaya rezeki semuanya Allah yang beri. Mungkin saya masih belum cukup sabar. Jadi ujian ini adalah satu tarbiyyah dalam mendidik diri ini untuk belajar sabar dan redha. Moga dikuatkan diri ini Ya Allah. Masih mencari dan terus mencari.
Owh...penat fikir ni. Betul kah mahu menyambung Master? Kalau betul Master dalam apa?
apa kaitan?? hmm kedamaian. rinduku pada kampung halaman.. :') |
That's it.
Salam ukhwah.
Thanks for reading,
Take care...(^.^)
Ma'assalamah wa ilal liqa'...:)
Comments
@bukulatihan: gambar padi melambangkan kerinduan pd kg halaman.huwaa...hehe.. insyaAllah. terima kasih sahabat.cptla update ur blog tu k.. :) if sambung sambil keje.lg pn keje kite ni kontrak je 2 thn.pasni xtau cne lg.dlm dilema.apa2 pn doakan ye.miss u sahabat.