Posts

Showing posts from December, 2017

186. Aku Bukan Siapa-Siapa

Duhai anak-anakku Andainya kau tahu betapa besar rasa cinta ini padamu Pasti kau mengerti Duhai wajah-wajah syurgaku Andai kau tau betapa dalam rasa sayang ini Pasti kau fahami Duhai buah cintaku Andai kau rasa apa yang aku rasa Pasti kau tak ingin hadapinya untuk kesekian kali Diamnya aku, baringnya aku, lenanya aku Bukan kerana aku tidak berguna Itu kerana aku menahan rasa, menahan sakit dan menahan emosii Duduknya aku, bisunya aku, pejamnya mataku Bukan kerana aku tidak mahu Tapi kerana aku memendam rasa yang tak pernah dikau alami Sungguh aku juga manusia Aku seorang anak, aku seorang ibu Tipu kalau kau katakan aku tidak mahu yang terbaik untuk anak-anakku Tidak ada seorang ibu mahu melihat kegagalan anak-anaknya Cuma kini mungkin aku tidak berdaya Menahan sakit yang mencengkam jiwa Duhai anak-anakku Suatu hari dikau akan mengerti Tidak mahu aku senaraikan apa pun Biarlah ianya menjadi rahsia antara aku dan TuhanMu 28 Disember 2017 8:11 pm Tinta ib...