186. Aku Bukan Siapa-Siapa

Duhai anak-anakku
Andainya kau tahu betapa besar rasa cinta ini padamu
Pasti kau mengerti

Duhai wajah-wajah syurgaku
Andai kau tau betapa dalam rasa sayang ini
Pasti kau fahami

Duhai buah cintaku
Andai kau rasa apa yang aku rasa
Pasti kau tak ingin hadapinya untuk kesekian kali

Diamnya aku, baringnya aku, lenanya aku
Bukan kerana aku tidak berguna
Itu kerana aku menahan rasa, menahan sakit dan menahan emosii

Duduknya aku, bisunya aku, pejamnya mataku
Bukan kerana aku tidak mahu
Tapi kerana aku memendam rasa yang tak pernah dikau alami

Sungguh aku juga manusia
Aku seorang anak, aku seorang ibu
Tipu kalau kau katakan aku tidak mahu yang terbaik untuk anak-anakku
Tidak ada seorang ibu mahu melihat kegagalan anak-anaknya
Cuma kini mungkin aku tidak berdaya
Menahan sakit yang mencengkam jiwa

Duhai anak-anakku
Suatu hari dikau akan mengerti
Tidak mahu aku senaraikan apa pun
Biarlah ianya menjadi rahsia antara aku dan TuhanMu

28 Disember 2017
8:11 pm
Tinta ibu

Comments

Most Favor

109. Isu KFC

119. Khalidu Bil Quran

163. Panduan Temuduga DPLI-SR j-QAF Ambilan 2013

115. Pig and Its Derivatives

182. Ahmad Nusairi Wildan Syurga Abi dan Ummi :')