Posts

Showing posts from January, 2013

172. Bingkisan Buat Teman :)

Image
Bismillahirrahmanirrahim Assalamu'alaikum and Very Good Day Mates! Ahlan! Salam sayang untuk semua.Selawat dan salam ke atas Rasulullah, junjungan yang Mulia. Bersamalah kita menghayati setiap perjuangan baginda S.A.W. menyebarkan agama Islam. Moga kita terus berada di atas jalan kebenaran. Subhanallah.  Mari perbanyakkan selawat ke atas junjungan baginda yang tercinta Terasa kerdil diri ini, terlalu banyak dosa dan maksiat yang dilakukan, terlalu besar kesalahan dan kerosakan yang terjadi. Moga diberi keampunan atas khilaf dan dosa yang pernah dilakukan. Dapatkah kita bertemu pencipta dan Nabi dalam keadaan yang gembira? Atau kita kembali dalam keadaan penuh duka? Nah! Sama-samalah kita renung kembali. Astaghfirullah. T_T Pembaca yang dihormati, Lama juga blog ni tidak diisi dengan entri baru kan? Hehehe. Biasa la. Alasan yang sama juga berkali-kali. Allahuakbar. Niat di hati memang nak update tapi tiada idea-idea yang menarik untuk dikongsikan bersama...

171. Cantik

Image
Bismillahirrahmanirrahim Assalamu'alaikum and Very Good Day Mates! Ahlan! Okay update lagi untuk sekian kalinya. Post ni agak tak bermanfaat. Abaikan please! Sekadar menghilangkan stress. Saya suka tengok perempuan yang cantik2. Okay statement sangat menyukarkan akal untuk menerima. huhu Seriously, tak tau macam mana nak cakap tapi sangat suka tengok perempuan cantik. Best kan kalau dikurniakan wajah yang cantik ni. Part yang tak best bila compare dengan diri sendiri. Mesti rasa rendah diri. Astaghfirullah! :( Sepatutnya kena la sentiasa bersyukur dengan apa saja yang kita ada. Bersyukur masih lagi sempurna. Okay tu ja nak cakap. Kalau perempuan pun suka tengok perempuan cantik apatah lagi lelaki kan? Huhu. Okay abaikan post ini. Sekadar coretan suka-suka. Jaga diri, hiasi peribadi. :)   Ma'assalamah wa ilal liqa' :) p/s: post tak da motif. phew! T_T

170. First

Image
Bismillahirrahmanirrahim Assalamu'alaikum and Very Good Day Mates! Ahlan! Salam perpaduan semua. Semoga anda dalam restu Ilahi hendaknya. 'Ala kulli hal, Alhamdulillah. Masih dikurniakan nikmat hidup dalam tahun baru ini. First. Merupakan entri pertama untuk tahun 2013 ini. Tidak ada yang istimewa pada kali ini. Seperti tahun-tahun sebelumnya jua. Pasti pada setiap kali tahun baru kita mengharapkan beberapa perubahan yang positif dari tahun-tahun yang lepas. Itu lumrah. Kerana manusia sifatnya itu cinta akan perkara yang indah-indah dan baik-baik sahaja. Makanya itu, setiap tahun baru pasti ada harapan dan impian yang diiringi usaha untuk mempertingkatkan lagi kualiti hidup. Dan segalanya berlaku dengan izin-Nya. Kullu 'am wa antum bi khayr :) Bagi diriku pasti ada sesuatu yang ingin aku capai. Tapi mungkinkah menjadi kenyataan? Nah! Itu kerja DIA di atas sana. Jika DIA izinkan maka tercapailah. Yang penting usaha tanpa kenal erti putus asa, berdoa...