170. First

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum and Very Good Day Mates!

Ahlan!

Salam perpaduan semua. Semoga anda dalam restu Ilahi hendaknya. 'Ala kulli hal, Alhamdulillah. Masih dikurniakan nikmat hidup dalam tahun baru ini.

First.

Merupakan entri pertama untuk tahun 2013 ini. Tidak ada yang istimewa pada kali ini. Seperti tahun-tahun sebelumnya jua. Pasti pada setiap kali tahun baru kita mengharapkan beberapa perubahan yang positif dari tahun-tahun yang lepas. Itu lumrah. Kerana manusia sifatnya itu cinta akan perkara yang indah-indah dan baik-baik sahaja. Makanya itu, setiap tahun baru pasti ada harapan dan impian yang diiringi usaha untuk mempertingkatkan lagi kualiti hidup. Dan segalanya berlaku dengan izin-Nya.

Kullu 'am wa antum bi khayr :)

Bagi diriku pasti ada sesuatu yang ingin aku capai. Tapi mungkinkah menjadi kenyataan? Nah! Itu kerja DIA di atas sana. Jika DIA izinkan maka tercapailah. Yang penting usaha tanpa kenal erti putus asa, berdoa dan akhirnya bertawakal. Kalau bukan untuk kita pasti sekeras mana pun usahanya tetap bukan milik kita. Benar?

Peeps!

Whats yours?

Mesti setiap orang ada matlamat dan target bukan? Hrmm thats great! Bermakna anda tahu apa yang anda inginkan dalam hidup ini.

Tapi bagiku, terasa macam agak kosong. Tahun baru sudah? Apa impian dan matlamatku? Mungkin tidak segah manusia jagat yang sangat bersemangat menulis segala impian di dalam diari, buku, blog dan lain-lain. Mine is in my heart. Rasa tak mampu untuk dilakarkan atau di potretkan di mana-mana. Hanya bermain di minda. Honestly, impianku mungkin terlalu besar, terlalu banyak dan mungkin terlalu mustahil untuk digapai. Okay sounds great! Tapi great kah? Huhuhu.

Namun, biarku coretkan di sini sekadar perkongsian atau mungkin sebagai kenangan di hari tua.

Cukuplah, aku menjadi insan yang lebih baik pastinya dari segala segi memandangkan usiaku bukanlah semakin muda malah semakin hari semakin bertambah.

Cukuplah Allah bagiku, Rasul sebagai contoh tauladan buatku dalam menjalani kehidupan sehari-harian. Moga aku sentiasa berada atas jalan Rabbku. Moga aku mati dalam husnul khatimah.

Cukuplah, aku menjadi insan yang sentiasa bersyukur apa adanya, berbakti kepada kedua orang yang aku cintai sepenuh hati tidak lain tidak bukan, IBUBAPA ku, adik-beradikku, saudara-saudaraku seterusnya kepada ummah, bangsa dan negara. Tinggi impianku ini, jika tidak tertunai maka cukuplah aku ini tidak menjadi insan yang membebankan orang lain.

Cukuplah, aku layak bergelar hamba kepada Pencipta, anak yang solehah, wanita yang mampu mempertahankan maruah dan agamanya.

The list goes on.

:)
Namun biarlah senarai itu ada di dalam hati ini. Dan biarlah ianya tertunai tanpa perlu dibicarakan. Mungkin perbuatan dan usaha itu lebih dituntut dari menulis berjela-jela. Kerana tanpa usaha yang gigih kita tidak mungkin mencapai apa yang kita impikan. Dan semestinya tidak dilupakan adalah dengan izin Allah yang Maha Pemurah. 


Mates!

Apa anda rasa? Saya tidak melarang atau mengecam mana-mana orang yang mahu menulis azam dan impian mereka. Mungkin itu salah satu cara atau usaha mereka dalam memburu matlamat itu. Yalah siapa tahu dengan menulis mampu mengingatkan mereka setiap masa. Manusia itu memang mudah lupa. Dan kerana itulah kita seharusnya saling ingat-mengingati, nasihat- menasihati dan saling bantu-membantu sesama manusia. Barulah ada ketenangan di dalam jiwa. ;)

Jadi tiada salah untuk anda berkongsi apa yang anda mahu bukan. Supaya jika anda lupa ada insan dan sahabat yang boleh memperingati anda. :)

My dear friends

Saya rasa belum terlambat untuk saya ucapkan SELAMAT TAHUN BARU untuk anda semua. Terutamanya kepada sahabat yang sudi membaca blog saya, menyokong dan memberi segala buah fikiran anda, menasihati dan menegur saya. Terima kasih saya ucapkan pada kalian. Moga tahun baru ini lebih banyak idea/nasihat/entri yang lebih bermanfaat dapat saya kongsikan untuk anda semua. In syaa Allah. Semoga anda tidak jemu menasihati saya. Terima kasih atas segalanya. :)

Akhir kalam, saya doakan semoga impian serta cita-cita anda dan saya tercapai dengan izin-Nya. Moga apa yang dihajatkan menjadi kenyataan. Dan sekiranya masih belum terlambat untuk saya ucapkan:

SELAMAT TAHUN BARU 2013
SEMOGA ANDA DILIMPAHKAN TAUFIQ DAN HIDAYAH ALLAH
SEMOGA BERTAMBAH AMALAN SEIRING USIA
SEMOGA BERTAMBAH KEIMANAN DAN KETAQWAAN KEPADA ALLAH
SEMOGA HIDUP LEBIH DIBERKATI DUNIA AKHIRAT
SEMOGA KEHIDUPAN ANDA MENJADI LEBIH BAIK DAN TERCAPAI SEGALA IMPIAN
SEMOGA UMAT ISLAM SENTIASA TERBELA WALAU DI MANA BERADA
SEMOGA ALLAH MEMBERKATI HIDUP KITA SEMUA
SEMOGA SEMUANYA BAIK-BAIK BELAKA
SELAMAT TAHUN BARU :)

Ameeennnnnn!

 Ma'assalamah wa ilal liqa' :)

P/S: Minta izin kongsi gambar ye pd tuan empunya
Saya ambil dr goole. Harap dihalalkan. :)

Comments

Most Favor

109. Isu KFC

119. Khalidu Bil Quran

163. Panduan Temuduga DPLI-SR j-QAF Ambilan 2013

115. Pig and Its Derivatives

182. Ahmad Nusairi Wildan Syurga Abi dan Ummi :')