172. Bingkisan Buat Teman :)

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum and Very Good Day Mates!

Ahlan!

Salam sayang untuk semua.Selawat dan salam ke atas Rasulullah, junjungan yang Mulia. Bersamalah kita menghayati setiap perjuangan baginda S.A.W. menyebarkan agama Islam. Moga kita terus berada di atas jalan kebenaran. Subhanallah. 

Mari perbanyakkan selawat ke atas junjungan baginda yang tercinta

Terasa kerdil diri ini, terlalu banyak dosa dan maksiat yang dilakukan, terlalu besar kesalahan dan kerosakan yang terjadi. Moga diberi keampunan atas khilaf dan dosa yang pernah dilakukan. Dapatkah kita bertemu pencipta dan Nabi dalam keadaan yang gembira? Atau kita kembali dalam keadaan penuh duka? Nah! Sama-samalah kita renung kembali. Astaghfirullah. T_T


Pembaca yang dihormati,

Lama juga blog ni tidak diisi dengan entri baru kan? Hehehe. Biasa la. Alasan yang sama juga berkali-kali. Allahuakbar. Niat di hati memang nak update tapi tiada idea-idea yang menarik untuk dikongsikan bersama. Memandangkan bulan Januari sudah sampai ke penghujung, tak boleh jadi ni. Gagahkan diri untuk update. Hehehehe. ;)

Jadi, apa cerita rakan-rakan bloggers dan manusia sejagat sekalian? Dah hampir sebulan berada dalam tahun baru ni apa pencapaian dan perubahan? Masih istiqamah dengan perubahan? Atau sudah ada yang tergelincir? Tak perlu risau. Saya tak perlu jawapan anda. Anda tanya pada diri anda dan anda pastinya ada jawapan tersendiri bukan? Ya! Itulah jawapannya. Tepuk dada tanyalah Iman. :) Saya mendoakan bahawa apa saja yang anda ingin lakukan, sedang lakukan atau akan lakukan menjadi realiti dan diberkati Allah hendaknya. Ameeennn!

Sahabat,

Hidup ini hanyalah sementara. Akhirat jualah pengakhirannya. Malah di akhirat kelak adalah permulaan kehidupan kita yang sebenar-benarnya. Sungguh saya cinta akan saudara-saudara saya. Sungguh saya rindu pada anda semua. Saya mahu bersama-sama kita berpimpin tangan menuju ke syurga Allah. Namun, saya juga manusia biasa, selain berusaha supaya menjadi lebih baik saya hanya mampu berdoa. Dengan kehendak Allah jualah apa jua yang terjadi. Saya benar-benar berharap agar hati-hati kita semua sentiasa thabat atas jalanNya. Sesungguhnya Allah yang membolak-balikkan hati manusia, tetapkanlah hati-hati kami ini Ya Allah atas jalan-Mu. :')

Bersamalah berusaha memperbaharui Iman kita semua selalu..........

Secebis peringatan dan hanya sedikit perkongsian yang mampu saya kongsikan bersama anda semua, sahabat tercinta. Saya bermohon agar Allah kuatkan hati-hati kita dalam menyampaikan dakwah. Sesungguhnya tiada daya dan upaya tanpa bantuan dan izinNya. 

Sahabat-sahabatku,

Dalam langkah, terkadang kaki kita akan tertusuk sembilu duka. Begitu jualah jalan ke syurga. Dalam kehidupan ini terlalu banyak dugaan dan godaan. Iman yang semakin hari semakin menipis tidak mampu menepis cubaan demi cubaan. Tapi saya percaya, biar hati semakin rapuh anda semua masih mampu meneruskan langkahan hingga ke hari-hari seterusnya. Ingatlah sahabatku, Allah itu tidak akan membebankan hamba-hambaNya dengan apa yang dia tidak mampu. Jadi sentisalah bersangka baik padaNya. Saya percaya pada sahabat-sahabat saya. Anda umat yang hebat! Jagalah Iman dan tingkatkanlah taqwa. In Sya Allah anda akan bahagia.

Sahabat yang dicintai kerana Allah,

Nasihat dan bingkisan ini hanyalah semata-mata untuk memperingati diri saya sendiri. Tidak ada niat untuk saya guriskan hati-hati suci anda semua. Sekadar coretan dan peringatan saya, sebagai pedoman dan kenangan untuk hari mendatang. Saya juga tidak tahu, sampai berapa detik lagi hidup saya yang Allah beri pinjam ini. Sesungguhnya, saya sendiri terlalu banyak kelemahan dan maksiat yang dilakukan. Ampunkanlah segala kertelanjuran hamba-Mu yang hina dan lemah ini Ya Allah. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang ada dalam hati ini. :')

Sahabatku,

Sebelum diakhiri bingkisan ini, saya memohon maaf andai ada yang tidak senang. Saya menulis dari hati dan ingin sampai ke hati. Harapan saya agar ambillah yang baik dan tinggalkanlah yang tidak baik. Matlamat kita semua sama adalah ingin mencari keredhaan Allah. 

Sama-samalah kita berusaha. Saya juga masih berusaha untuk menjadi lebih baik. Ingatlah, semakin kita berusaha semakin banyak dugaan yang tiba. Ini kerana Allah mahu menguji kesungguhan dan keazaman kita. Sabarlah dan teruslah berusaha. Tingkatkan keazaman agar kita mampu harunginya dengan tabah. Berjuang itu pahit namun syurga itu manis. Semoga kita semua tabah sahabatku. :)



"Semoga hari esok lebih baik dari semalam. Salam sayang dari saya untuk anda semua. :)"

Ma'assalamah wa ilal liqa' :)


p/s: terima kasih pada pemilik gambar-gambar ye. 
Mohon izin share. :)

Comments

Most Favor

109. Isu KFC

119. Khalidu Bil Quran

163. Panduan Temuduga DPLI-SR j-QAF Ambilan 2013

115. Pig and Its Derivatives

182. Ahmad Nusairi Wildan Syurga Abi dan Ummi :')