Posts

Showing posts from June, 2015

184. Bonding

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum and Very Good Day Readers! Salam Ramadhan. Apa khabar Iman kita pada hari ini? Apa khabar amalan kita pada saat ini? Adakah sudah meningkat atau masih di takuk yang lama? Saya doakan semoga semuanya baik-baik sahaja. Semoga amalan kita lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Peeps! Sedar tak sedar hari ini sudah 5 hari kita berpuasa. Semalam, Ahad 21 Jun 2015 merupakan kali pertama saya melewati pusara anak syurga kami. Demi Allah sebaknya di dada ini hanya Tuhan saja yang tau. Puas diri ini menahan air mata dari mengalir namun apa kan daya sungguh diri ini masih lemah, masih kuat kerinduan ini padamu sayangku. Biarpun ummi tahu awak memang sudah bahagia di sana tapi kerinduan ummi terhadapmu tiada bertepi. Biar hanya beberapa ketika kita berjumpa, tapi hampir 9 bulan 10 hari kita bersama. Ummi senang dengan kehadiranmu sayang. :') Sayangku Nusairi, Ummi iklas dan ummi redha akan pemergianmu. Ummi tahu Allah juga lebih men...

183. Ramadhan Tanpamu Sayangku

Image
Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum and Very Good Day Mates! Salam Ramadhan, Alhamdulillah. Allah masih beri peluang untuk kita berjumpa lagi dengan bulan yang penuh keberkatan. Sayangku, Impian ummi untuk menyambut Ramadhan bersamamu tidak kesampaian. Tuhan itu lebih mengetahui. Sungguh ummi rindu akanmu wahai putera kesayangan ummi. Terawikh semalam adalah terawikh pertama ummi dan abi di masjid tempat bersemadinya kamu duhai anak syurga. Demi Allah, ummi mu ini rupanya masih lemah. Berjujuran air mata ummi mengalir setiap saat. Puas cuba ummi bertahan namun akhirnya ummi tewas juga. Sayangku, Maafkan ummi nak. Bukan ummi tidak redha cuma ummi masih perlukan lebih banyak masa. Kehilanganmu dalam sekelip mata cukup membuatkan ummi benar-benar tersentak. Tapi ummi tahu kamu bahagia di sana. Ummi berharap ummi mampu terus berdiri dan bersabar. Biar air mata menjadi peneman ummi buat seketika. Tenang dan damailah dikau di sana Ahmad. Ummi sayang Ahmad samp...

182. Ahmad Nusairi Wildan Syurga Abi dan Ummi :')

Image
Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum and Very Good Day Saat bait-bait ini ditulis hanya Tuhan saja yang maha mengetahui apa yang bermain di hati ini. Hanya Tuhan saja yang tau betapa peritnya jiwa ini. Namun saya sedar setiap yang berlaku ada hikmahnya. Terkadang diri ini terasa berdosa kerana terlalu merintih. Ya Allah bukan itu maksud hamba-Mu yang lemah lagi tak berdaya ini. Hamba-Mu memohon keampunan daripada-Mu. Sayangku,  Ummi tau awak bahagia di sana  Ummi tau awak gembira di sana  Ummi tau awak adalah penyelamat ummi dan abi  Ummi tau awak adalah anugerah yang sangat tak ternilai  Ummi tau awak adalah pinjaman dari PenciptaMu  Ummi tau awak adalah wildan syurga  Sayangku Ahmad,  Ummi sedar awak telah menjadi aset kami di sana  Ummi sedar awak milik PenciptaMu yang hanya pinjaman dalam hidup kami  Ummi sedar awak tidak sempat mengenal kami di sini  Ummi akur awak telah tiada di si...