184. Bonding
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum and Very Good Day Readers!
Salam Ramadhan.
Apa khabar Iman kita pada hari ini? Apa khabar amalan kita pada saat ini? Adakah sudah meningkat atau masih di takuk yang lama? Saya doakan semoga semuanya baik-baik sahaja. Semoga amalan kita lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.
Peeps!
Sedar tak sedar hari ini sudah 5 hari kita berpuasa. Semalam, Ahad 21 Jun 2015 merupakan kali pertama saya melewati pusara anak syurga kami. Demi Allah sebaknya di dada ini hanya Tuhan saja yang tau. Puas diri ini menahan air mata dari mengalir namun apa kan daya sungguh diri ini masih lemah, masih kuat kerinduan ini padamu sayangku. Biarpun ummi tahu awak memang sudah bahagia di sana tapi kerinduan ummi terhadapmu tiada bertepi. Biar hanya beberapa ketika kita berjumpa, tapi hampir 9 bulan 10 hari kita bersama. Ummi senang dengan kehadiranmu sayang. :')
Sayangku Nusairi,
Ummi iklas dan ummi redha akan pemergianmu. Ummi tahu Allah juga lebih menyayangimu. Ummi tau awak adalah harta dan aset ummi dan abimu di sana kelak. Cuma hati ummi masih rindu dengan kehadiranmu. Ummi sayang awak sepenuh hati ummi. Biar orang lain bonding dengan bercuti atau berjalan tetapi bonding kita lebih istimewa. Di pusaramu kita bertemu dan ummi percaya suatu hari nanti kita akan dipertemukan dalam suasana yang lebih indah. Bonding orang lain dapat mengucup mesra tapi bonding kita hanya nisan yang mampu ummi pegang. Bonding mereka adalah dengan berkata-kata namun bonding kita dengan yasin dan al-fatihah yang mampu ummi kirimkan.Bonding mereka berpakaian serba cantik tapi bonding kita lebih dari istimewa pakaianmu di sana. Allah.
Sungguh ummi rindu sayangku. Doakan ummi dan abimu kuat di sini. Semoga kita berjumpa lagi. Selagi kaki ummi mampu melangkah akan ummi lewati pusaramu untuk kesekian kalinya. Selamat tidur sayangku Nusairi. Awaklah kemenangan abi dan ummi dunia akhirat. :')
Ya Allah,
Sungguh aku hamba yang lemah
Sungguh aku hamba yang lelah
Bukan aku tidak redha
Bukan aku tidak ikhlas
Cuma rasa yang kau berikan padaku
Rasa rindu,
Rasa sayu,
Rasa seorang ibu,
Membuatkan aku menjadi selemah-lemah hamba.
Wahai Tuhan,
Pinjamkanlah aku kekuatan
Pinjamkanlah aku kesabaran
Pinjamkanlah aku keikhlasan dan
kurniakanlah hati yang benar-benar redha
Hanya engkau yang maha mengetahui apa yang hamba-Mu ini rasakan.
Ya Rabb,
Aku bersyukur kerana kau tidak lupakan ku
aku beruntung kerana kau masih sayang denganku
aku tahu kau masih mahu berbicara dengan ku
terima kasih Allah.
Sesungguhnya aku hamba-Mu yang amat bertuah
sesungguhnya aku hamba-Mu yang amat beruntung
moga redha mu sentiasa bersamaku.
Wahai anakku,
Kau anak bertuah
kau anak terpilih
kau anak yang amat Dia sayangi
sungguh beruntungnya duhai anak syurga.
kau merasa nikmatnya syurga
kau merasa pakaian yang diperbuat dari sutera
kau merasa segala-galanya yang indah-indah belaka
Ummi bersyukur kau bahagia di sana nak
Ummi tahu kau benar-benar gembira dengan kehidupanmu di sana
tenanglah duhai anak
damailah dikau di sana
moga kita bertemu lagi di alam yang lain
Allahu Rabbi
Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu
ampunilah segala dosa dan kekhilafanku selama ini.
pertemukanlah aku dengan puteraku kelak
hanya kau maha mengetahui dan maha mengkehendak
sungguh aku tenang dalam peluKan rahmat-Mu.
Ummi sayang Ahmad Nusairi selamanya.
Till we meet again my love :')
Aaminnn.
Ma'assalamah wa ilal liqa' :)
Comments