Thursday, June 18, 2015

183. Ramadhan Tanpamu Sayangku

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum and Very Good Day Mates!

Salam Ramadhan,

Alhamdulillah. Allah masih beri peluang untuk kita berjumpa lagi dengan bulan yang penuh keberkatan.

Sayangku,

Impian ummi untuk menyambut Ramadhan bersamamu tidak kesampaian. Tuhan itu lebih mengetahui. Sungguh ummi rindu akanmu wahai putera kesayangan ummi. Terawikh semalam adalah terawikh pertama ummi dan abi di masjid tempat bersemadinya kamu duhai anak syurga. Demi Allah, ummi mu ini rupanya masih lemah. Berjujuran air mata ummi mengalir setiap saat. Puas cuba ummi bertahan namun akhirnya ummi tewas juga.

Sayangku,

Maafkan ummi nak. Bukan ummi tidak redha cuma ummi masih perlukan lebih banyak masa. Kehilanganmu dalam sekelip mata cukup membuatkan ummi benar-benar tersentak. Tapi ummi tahu kamu bahagia di sana. Ummi berharap ummi mampu terus berdiri dan bersabar. Biar air mata menjadi peneman ummi buat seketika. Tenang dan damailah dikau di sana Ahmad. Ummi sayang Ahmad sampai bila-bila. :')

Ramadhan kareem semua! Selamat beramal dan terus istiqamah.



Ma'assalamah wa ilal liqa'... :)

Thanks for reading. Take care (^_^)

No comments: