Posts

Showing posts from March, 2011

96. Layar Kehidupan

Image
Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum and Very Good Day Mates..! Ahlan..! layar kehidupan.. :) Hidup ini bagai arus, mengalir deras tanpa haluan, tersesat di jalan kemungkaran, kembali segera ke jalan Tuhan. Bersabarlah dengan dugaan, serta ujian yang pastinya, perlukan ketabahan dan kekuatan, tingkatkan azam penuh keyakinan. Inilah taman dunia, penuh dengan pelbagai keindahan, bak zahrah yang menawan, memikat pencintanya, dengan keindahan yang sementara, tapi awaslah teman ia pastikan layu, gugur di bumi Tuhan suatu masa. Bekalan hidup di maya ini, kasih Ilahi yang kita cari, Qu'ran dan Sunnah kita hidupkan, Iman dan taqwa jadi pegangan. Ayuh kawan marilah teman, janganlah kita ketinggalan, bersatu padu bergandingan tangan, tegakkan Islam ke seluruh alam. Hidup ini sementara, penuh dengan pelbagai pancaroba, bak layar di lautan, yang dipukul gelombang, terumbang ambing tiada haluan, maka ingatlah teman, carilah jalan pulang, menuju ...

95. Dengarlah Ketika Tuhan-Mu Berbicara...

Image
Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum and Very Good Day Readers..! Ahlan..! Dengar.. dengar.. dengarlah readers sekalian tatkala Tuhan-Mu berbicara denganmu. Apakah kamu sedar..? Atau masih lalai dan leka..? Masih nikmat tidur dalam limpah kekayaan dan kemakmuran tanpa peduli tentang apa pun yang berlaku di sekelilingmu..? Sedar.. sedar.. dan sedarlah sahabat-sahabat sekalian. Masihkah kau leka dalam nikmat dunia penuh kepalsuan. Di bumi Malaysia kau masih aman dan damai. Masih ada nikmat yang Allah kurniakan untuk kita. Kau beruntung ini kerana masih ada lagi insan yang melakukan 'Amar Ma'ruf Nahi Munkar . Kamu masih lagi merasa nikmat hujan di bumi sedangkan sudah BANYAK MAKSIAT yang berlaku ini kerana masih ada lagi orang yang beramal soleh. Tetapi..?! Apakah cukup hanya segelintir melakukan amal soleh sedangkan masih ramai yang 'asyik' hidup dalam kealpaan syurga duniawi..? Allahuakbar..! Readers..! Semua orang sedia maklum akan kejadian yang menimp...

94. Masa Lalu, Cermin Masa Depan...

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum and Very Good Day Readers..! Ahlan..! Kaifa ahwal? Apa khabar iman? Apa khabar hati? Semoga semuanya sihat, ceria dan indah di mata serta pandangan-Nya, Al-Khaliq. Insya-Allah. Ku update lagi untuk kesekian kalinya, kerana ku teringat kalimah-kalimah itu. Kalimah-kalimah yang kukenali lewat 12 tahun yang lalu, ku lafazkan seminggu sekali hari-hari persekolahan, selama 5 tahun lamannya. Kini, setelah 8 tahun berlalu, ku mula terkenang kalimah-kalimah itu kembali. Dulu, ku lafazkan hanya sekadar kata, mengikut teman tanpa banyak bicara, melontar suara tanpa penghayatan yang nyata. Tetapi kini, ku mula menilai kembali, apakah semua bait-bait itu ku lunasi, adakah sudah ku tunaikan lewat hari-hari yang ku lalui, semua ikrar dan janji itu..?! Dulu, ku tidak pernah cuba menghayati, sedikit pun ku tidak peduli. Tetapi kini, nyata ku mula menyesali, mutiara yang tidak sempat ku kutip seikhlas hati, kerana peluang itu ...

93. Kita Milik Allah, Rezeki Kita Jua Dia Yang Tentukan..:)

Image
Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum and Very Good Day Mates..! Ahlan..! Post kali ni aku nak share sesuatu dengan korang. Situasi 1: Si anak telah mendapat 2 panggilan temuduga pekerjaan pada HARI, TARIKH, dan WAKTU yang sama. Tawaran pertama datangnya daripada sebuah company GLC (badan berkanun), jawatan yang ditawarkan berkaitan dengan bidang yang dipelajari semasa di universiti dahulu. Tawaran kedua pula datangnya daripada jabatan kerajaan, jawatannya sementara dan tidak berkaitan dengan bidang pengajian si anak. Setelah berbincang, bertanya pendapat (tak sempat buat istikharah sbb dapat tawaran mendadak ala-ala on the spot dapat call), si anak memilih untuk menghadiri temuduga untuk tawaran pertama. Results interview: Dukacita di maklumkan anda TIDAK BERJAYA. Perasaan: Shattered into pieces. Kerana terlalu mengharap. Tetapi atas sokongan parents, saudara-mara dan rakan taulan, si anak redha dan ikhlas. Mungkin itu bukan REZEKI si anak. Mungkin ada yang lebih baik mena...

92. Mejadi Matang Itu Bagaimana..

Image
Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum and Very Good Day Mates..! Ahlan..! Izzaiyiku..? 'Ala kulli hal rasa bersyukur sangat-sangat kerana masih diberi kesempatan untuk menghirup udara, melihat keindahan ciptaan Allah serta menjalani hidup meniti hari-hari yang mendatang dengan sebaik mungkin. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Insya-Allah. Sandarkan segalanya kepada Yang Berkuasa. Readers..! Post kali ini aku terasa nak tahu bagaimanakah yang dikatakan MATANG. How to be a matured person..? Pada pendapat korang yang dikatakan matang itu macam mana ye? I never discuss this matter with people personally. Before this I never imagine that I want to know and think about this. But sometimes, I do realize when I see some of my friends, I admire their style, behavior, the way they are talking, their soft skills of course as well as their self-confidence. Impressive..! That's the word. Don't know how to describe. After ...