96. Layar Kehidupan

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum and Very Good Day Mates..!

Ahlan..!


layar kehidupan.. :)

Hidup ini bagai arus,
mengalir deras tanpa haluan,
tersesat di jalan kemungkaran,
kembali segera ke jalan Tuhan.

Bersabarlah dengan dugaan,
serta ujian yang pastinya,
perlukan ketabahan dan kekuatan,
tingkatkan azam penuh keyakinan.



Inilah taman dunia,
penuh dengan pelbagai keindahan,
bak zahrah yang menawan,
memikat pencintanya,
dengan keindahan yang sementara,
tapi awaslah teman ia pastikan layu,
gugur di bumi Tuhan suatu masa.

Bekalan hidup di maya ini,
kasih Ilahi yang kita cari,
Qu'ran dan Sunnah kita hidupkan,
Iman dan taqwa jadi pegangan.

Ayuh kawan marilah teman,
janganlah kita ketinggalan,
bersatu padu bergandingan tangan,
tegakkan Islam ke seluruh alam.

Hidup ini sementara,
penuh dengan pelbagai pancaroba,
bak layar di lautan,
yang dipukul gelombang,
terumbang ambing tiada haluan,
maka ingatlah teman,
carilah jalan pulang,
menuju keberkatan keredhaan,
kepada Allah.

Thanks for reading..
Take care.. (^.^)


Ma'assalamah wa ilal liqa'..:)

Comments

Most Favor

109. Isu KFC

163. Panduan Temuduga DPLI-SR j-QAF Ambilan 2013

115. Pig and Its Derivatives

165. Majlis Konvokesyen ke-10 USIM

147. Awareness on Halal Pharmaceuticals