95. Dengarlah Ketika Tuhan-Mu Berbicara...

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum and Very Good Day Readers..!

Ahlan..!

Dengar.. dengar.. dengarlah readers sekalian tatkala Tuhan-Mu berbicara denganmu. Apakah kamu sedar..? Atau masih lalai dan leka..? Masih nikmat tidur dalam limpah kekayaan dan kemakmuran tanpa peduli tentang apa pun yang berlaku di sekelilingmu..?

Sedar.. sedar.. dan sedarlah sahabat-sahabat sekalian. Masihkah kau leka dalam nikmat dunia penuh kepalsuan. Di bumi Malaysia kau masih aman dan damai. Masih ada nikmat yang Allah kurniakan untuk kita. Kau beruntung ini kerana masih ada lagi insan yang melakukan 'Amar Ma'ruf Nahi Munkar. Kamu masih lagi merasa nikmat hujan di bumi sedangkan sudah BANYAK MAKSIAT yang berlaku ini kerana masih ada lagi orang yang beramal soleh. Tetapi..?! Apakah cukup hanya segelintir melakukan amal soleh sedangkan masih ramai yang 'asyik' hidup dalam kealpaan syurga duniawi..? Allahuakbar..!

Readers..!

Semua orang sedia maklum akan kejadian yang menimpa negara matahari terbit iaitu Jepun. Gegaran yang menggegarkan Jepun ini merupakan gegaran yang terbesar penah direkodkan sejak 140 tahun dahulu. Akibat daripada gegaran itu, tsunami setinggi lebih kurang 30 kaki tinggi telah terhasil dan membadai Persisir Pantai Sendai, Miyagi.

sekadar gambar hiasan..

sekadar gambar hiasan.. ^.^

Bencana alam yang menggegarkan seluruh umat manusia, rata-rata orang mengatakan, menceritakan dan membincangkan isu ini. Aku pasti korang juga update dengan apa yang berlaku di sekeliling dunia mu. Jadi aku tak perlu memberikan details mengenai kejadian ini. Korang boleh melayari rentetan peristiwa melalui youtube, Google, Yahoo dan laman sesawang yang lain. Pastinya lebih details dan lebih terperinci.

Mates..!

Apa yang ingin aku kongsikan di sini. Aku terbaca artikel ini. Dan aku ingin kongsikan di blog ini. Sama-samalah kita renungi dan fikirkan. Betapa segala bumi dan isinya Allah Maha Mengetahui. DIA Maha Mengkehendaki. Kun Fa Ya Kun.. Maka jadilah..! Sumber aku dapat dari link ni. Boleh klik sini .

Malapetaka di Jepun (11/3/2011) adalah suatu ketetapan Tuhan : dan telah di nyatakan di dalam Al-Quran

1. Tarikh yg berlaku adalah pada  11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijah or 6/4/1432.
2. Jadi dengan tahun 1432 di pecahkan 14 || 32.
3. Jawapanya Juzu' ke 14 dalam Al-Quran.
4. Dan bulan 4.

Rahsia  angka tahun ini :  Juzu' 14 Ayat Al-Quran yang ke- 4.

Rujuk di Al-Quran.

1. Juzu' 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke  4 dari surah Al-Hijr menyatakan:

"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya".

2. Rahsia seterusnya yang menunjukan malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Seedai pada kedudukan geografi bagi ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138).

Jadi dalam 1432, 14 dah di ketahui Juzu' Al Quran. maka yang di pecahkan 14 || 32 so di pecahkan lagi 3|2,  now secret number adalah 3.

Di ambil pula lokasi latititude dan longitude.

3+6+1+3+8 = 21
so next 2+1 = 3
proved *. yg di maksudkan dengan no 3 adalah negara jepun.

Dan di dalam Jepun jugak terdapat banyak wilayah. Maka wilayah yang akan di turunkan malapetaka itu..? Wilayah Seedai pada kedudukan geografi Latitiude 38'15 dan Longtitude 140'53

makanya 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30
so next 3+0 = 3.
*proved wilayah yang Tuhan maksudkan dengan angka 3 adalah Wilayah Seedai di Jepun.

3. Rahsia seterusnya dengan tarikh 6.
Masa yang di laporkan oleh Jabatan Meteorologi Rusia. Gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun..

so 1+4+4+6 =15
so next 1+5 = 6
*proved 6 membawa maksud masa yang akan berlaku.

4. Dan yang seterusnya 1432 apabila di pecahkan 14||32, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 1||4 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. Maksudnya di dalam Islam, Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. Jadi angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat.

5. Lihat...!!! Betapa benarnya ayat Al-Quran. Segala yang  di nyatakan tetap berlaku walaupun sudah berabad kitab Quran di turunkan.

6. Walaupun zaman berubah sejauh mana sekalipun..... Al-Quran tetap bagi sepanjang zaman.

7. Di percayai banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat di ketahui di dalam tarikh ini. namun sekadar ini pun telah membuatkan kita lihat dengan mata kita sendiri betapa mulia Al-Quran. dan segala yang di ungkapkan di dalamnya.

WauAllahhu' Allam.

Di persilakan untuk share. Bagi mengingatkan diri kita kembali tentang segala perkara yang terkandung di dalam Al-Quran adalah benar buat selamanya. mahupun di dunia atau pun akhirat. 

Masya-Allah..!

Hebat bukan...?!!!

Jadi....

Dengarlah ketika Tuhan-Mu berbicara denganmu...
Lihatlah dengan mata hatimu...
Pandanglah dengan pandangan tawadduk dan insaf...
Tundukkanlah keegoanmu, sifat bongkak, takabbur dan bangga dengan kekayaanmu di dunia sementara ini...
Kikislah kekaratan di hatimu dengan taubat nasuhamu, alunan Al-Quran yang sentiasa dan basahkan lidahmu dengan zikirullah..

Mari muhasabah bersama sahabat-sahabat sekalian..!

Masih ada kesempatan untuk kita kembali,
masih ada ruang dan peluang untuk mengkoreksi diri dan kembali ke jalan-Nya.

Allahuakbar..!

Post kali ini aku tujukan untuk diri aku, aku, aku dan kamu..!

Aku bukan insan sehebat mana, masih punyai sifat hamba di mana iman yang sentiasa turun dan naik, masih punya nafsu kejahatan, masih sukar  melawan hasutan syaitan. Tapi aku mahu menjadi lebih baik. Tuhan tidak minta kita menjadi sempurna tetapi DIA meminta hamba-hamba-Nya sentiasa menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Subhanallah. DIA sangat BAIK..!

Jadi.. sama-samalah kita renungkan bersama. Selamatkah kita di Malaysia ini..? Cukupkah amalan kita untuk dipersembahkan kepada-Nya bagi menampung segala kejahatan..? Fikir-fikirkanlah.

Bagi mangsa bencana, semoga sabar, redha dan ikhlas sentiasa bersama kalian dalam menepuh dugaan ini. Bagi kita umat Islam yang melihat marilah bersama kita ambil iktibar dan....

DENGARLAH KETIKA TUHAN-MU BERBICARA...!!!

Thanks for reading...
Take care... (^.^)

Ma'assalamah wa ilal liqa'.. :)

Comments

Most Favor

109. Isu KFC

119. Khalidu Bil Quran

163. Panduan Temuduga DPLI-SR j-QAF Ambilan 2013

115. Pig and Its Derivatives

182. Ahmad Nusairi Wildan Syurga Abi dan Ummi :')