93. Kita Milik Allah, Rezeki Kita Jua Dia Yang Tentukan..:)
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum and Very Good Day Mates..!
Ahlan..!
Post kali ni aku nak share sesuatu dengan korang.
Situasi 1:
Si anak telah mendapat 2 panggilan temuduga pekerjaan pada HARI, TARIKH, dan WAKTU yang sama. Tawaran pertama datangnya daripada sebuah company GLC (badan berkanun), jawatan yang ditawarkan berkaitan dengan bidang yang dipelajari semasa di universiti dahulu. Tawaran kedua pula datangnya daripada jabatan kerajaan, jawatannya sementara dan tidak berkaitan dengan bidang pengajian si anak.
Setelah berbincang, bertanya pendapat (tak sempat buat istikharah sbb dapat tawaran mendadak ala-ala on the spot dapat call), si anak memilih untuk menghadiri temuduga untuk tawaran pertama.
Results interview:
Dukacita di maklumkan anda TIDAK BERJAYA.
Perasaan:
Shattered into pieces. Kerana terlalu mengharap. Tetapi atas sokongan parents, saudara-mara dan rakan taulan, si anak redha dan ikhlas. Mungkin itu bukan REZEKI si anak. Mungkin ada yang lebih baik menanti. Insya-Allah. Kembali mengumpul semangat dan kekuatan menghadapi hari-hari mendatang.....
Selepas beberapa bulan,
Situasi 2:
Si anak sekali lagi telah mendapat 2 panggilan temuduga pekerjaan pada HARI, TARIKH, dan WAKTU yang sama.Tawaran pertama datangnya daripada sebuah company GLC (badan berkanun) lagi, jawatan yang ditawarkan juga berkaitan dengan bidang yang dipelajari semasa di universiti dahulu. Tawaran kedua pula datangnya daripada jabatan kerajaan (yg pernah si anak TOLAK sebelum ini), masih jawatan yg sama iaitu sementara dan tidak berkaitan dengan bidang pengajian si anak.
Kali ini si anak memilih untuk menghadiri temuduga tawaran kedua.Sebab rasa tak sedap hati dah 2 kali tolak Still, tak sempat membuat solat istikharah kerana tawaran itu datang mendadak.
Result:
Tiada jawapan. Sudah 2 minggu berlalu. Bak kata interviewer dalam masa 2 minggu tiada jawapan dikira ANDA TIDAK BERJAYA. =.'= ... sigh..~
Pada suatu petang:
Si Ayah: Macam mana, tak ada apa-apa berita untuk interview aritu?
Si Anak: Hrmmm.. tak ada. (sambil menggeleng-geleng kepala). Agaknya salah pilih lagi la kot..
Si Ayah: Ish.. tak salah lah. Mungkin belum REZEKI. Setiap orang ada rezeki masing-masing cuma cepat atau lambat. Bersabarlah. Ujian Allah bagi untuk uji. Patut bersyukur, tak semua orang dapat ujian mcm ni. Hanya insan-insan terpilih. Tandanya Allah masih inagt dan sayangkan kita. Sebab itu dia uji.
Si Anak: Terdiam...
Hati:
Terasa bagai ada siraman air di hati. Sejuk, tenang dan damai. Subhanallah. Nasihat daripada seorang ayah yang tak banyak berbicara, namun sekali dia berkata-kata, terasakan bagai mahu menitis air mata. Bagai mutiara yang sangat berharga. Pernah hati itu mendengar nasihat ibu, sokongan sahabat-sahabat, tetapi mutiara azimat lahir dari bibir sang ayah benar-benar membuatkan hati itu terkesan. Terima kasih Ya Allah.. :')
Perkongsian tuan tanah untuk hari ini:
Apabila kita mengalami kesempitan penghidupan atau kesulitan rezeki, maka ada sebab-sebab yang menjadikan rezeki itu dimudahkan oleh Allah. Ketahuilah, ada amalan-amalan yang kita kerjakan dapat menghalanigi rezeki atau memperlancarnya. Kerana itu, hendaklah kita masing-masing menelusuri apa saja perbuatan kita yang ada hubungannya dengan sebab-sebab dimudahkannya atau dilancarkannya rezeki kita (atau sebaliknya) oleh Allah.
Allah says:
"Katakanlah, ‘Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki-Nya).’ Dan barang apa saja yang kamu infakkan, maka Allah akan menggantinya dan Dialah sebaik-baik pemberi rezeki." (Surah Saba: 34:39)
"Dan barang siapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupinya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." (Surah Al-Thalaaq: 65: 2–3).
"Dan hendaklah kamu memohon ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. (Jika kamu mengerjakan yang demikian), niscaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus menerus) kepadamu sampai kepada waktu yang telah ditentukan dan Dia akan memberikan kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan) keutamaannya. Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya aku takut kamu akan ditimpa siksa hari kiamat." (Surah Hud: 11: 3).
"Dan barang siapa yang bertakwa kepada Allah, niscaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya." (Surah Al-Thalaaq: 65: 4).
"Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambahkan (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (Surah Ibrahim: 14:7).
Dan terlalu banyak untuk diterokai. Subhanallah. Sesungguhnya apakah kita telah menghadami, menerokai dan memahami ayat-ayat Allah?? Tepuk dada tanyalah iman. Aku sendiri terkesan dan terkedu..! Betapa Allah itu Maha Mengetahui, Maha Tinggi lagi Maha Agung.
Sahabatku yang ku kasihi,
“Dan janganlah kamu berasa lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang yang beriman.” (Surah Ali- Imran: 3 : 139).
Sahabatku,
Jikalau kau berasa kau bersendirian, ketahuilah bahawa kau tidak bersendirian…
Masih ada yang sentiasa mendengar keluh kesahmu…
Janganlah dikau takut dan bersedih hati, kerana DIA sentiasa bersamamu…
“Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang yang khusuk.” (Surah Al-Baqarah: 2 : 45).
Ingin ku sampaikan untuk peringatan diriku dan juga dirimu agar kita mampu bersama-sama untuk terus mengorak langkah, menelusuri denai-denai kehidupan, menjalani pinjaman sebuah kehidupan dan dalam menjadikan diri seorang hamba yang sebenar-benar hamba. Terlalu banyak ayat-ayat yang memberi semangat, namun hanya sekadar ini sahaja yang mampu ku kongsikan sebagai tanda ingatanku untukmu jua untukku.
Sahabat..
Kita semua milik Allah. Hanya DIA yang berhak ke atas kita.
Kepada-Nya jua kita akan kembali.
Reanung-renungkanlah..
Wallahu'alam.
Thanks for reading..
Take care.. (^.^)
p/s: sekadar perkongsian bersama... :)
tiada kaitan yg hidup mahupun yang pergi..
Ma'assalamah wa ilal liqa'..:)
Comments