5. Salam Maulidur Rasul

Bismillahirrahmanirrahim..

In this post let's me write in the Malay Language la plak ek..

Ehem..ehem.. (betulkan suara)..

Sebelum tu saya nak paste satu lirik lagu yang berkaitan:

Muhammad
Muhammad
Muhammad Musthofa

Ibunya bernama Aminah
Ayahnya bernama Abdullah
Dilahirkan di Mekkah Mukaromah
Ibu susunya Halimatus Sa`diah

Ayahnya meninggal dunia
Ketika Nabi di dalam kandungan
Alangkah sedih pilunya
Ibunya menjaga bayinya

Semasa di dalam perjalanan
Pulang dari makam suaminya
Aminah jatuh sakit di 'Abwa
Kembali ke alam baka

Tinggallah Nabi seorang diri
Hilang insan yang dikasihi
Tinggallah Nabi seorang dari
Mengajarnya hidup berdikari

Anak yatim anak yang mulia
Dilindungi Allah setiap masa

Terpadam api biara majusi
Runtuhlah istana Kisra Parsi
Mekkah diterangi cahya putih
Tanda lahir Nabi anak yatim

Shalallahu 'alaa Muhammad
Shalallahu 'alaaihi wassalam

Hidupnya yatim, yatim piatu
Tiada ayah tiada ibu
Hidupnya yatim, yatim piatu
Namun dialah manusia agung

Bersempena dengan hari maulid nabi saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1431H kepada seluruh kaum Muslimin dan Muslimat di mana jua anda berada di atas muka bumi Allah ini.

Semoga hidup kita sentiasa berada di bawah mawaddah wa rahmah serta di bawah keredhaan-Nya sentiasa.. Insya-Allah..

"Mamantap Ukhwah, Memeperkasa Ummah" merupakan tema tahun ni right??
Tak kisah la apa pun temanya marilah kita bersama-sama mencontohi sifat serta akhlak Rasullullah S.A.W.

Perbanyakkanlah selawat junjungan ke atas baginda. Semoga kita mendapat syafaat daripada baginda di akhirat kelak..


Sabda Nabi S.A.W " Dari Ibnu Mas'ud r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku" (Hadith Riwayat At-Tarmizi).


Walaubagaimanapun tidak semestinya kita berselawat hanya pada hari ini sahaja. Seelok-eloknya sentiasalah berselawat ke atas Nabi selalu. Di dalam hadith yang lain manyatakan:


Sabda Nabi s.a.w: "Barangsiapa berselawat kepadaku waktu pagi sepuluh kali dan waktu petang sepuluh kali, maka ia akan mendapat syafaatku di hari kiamat" (Hadith Riwayat Thabrani)


Betapa sayangnya Rasulullah kepada umatnya (kita) sehinggakan di akhir hayatnya bibir sentiasa menyebut ummati.. ummati.. Marilah kita sentiasa berselawat ke atas Baginda S.A.W.


Dalam satu riwayat hadis, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Beruntunglah mereka yang melihat aku dan beriman kepadaku (Nabi mengungkapkannya sekali) dan beruntunglah mereka yang tidak melihat aku dan boleh beriman kepadaku (Baginda mengulang ungkapan ini sebanyak tujuh kali).

Wallahu'alam


p/s: credit to adeqshah.multiply.com/journal/item/94




Comments

Most Favor

109. Isu KFC

119. Khalidu Bil Quran

163. Panduan Temuduga DPLI-SR j-QAF Ambilan 2013

115. Pig and Its Derivatives

182. Ahmad Nusairi Wildan Syurga Abi dan Ummi :')