12. Sekadar Berkongsi.. Renungkanlah..

Hai guys.. Erm tgh2 study tbe2 rase nak post something kat blog ni.. Post kali ni saya sekadar nak berkongsi satu kisah yang benar2 menyentuh serta menggetarkan hati kecil ini.. Membuatkan saya terfikir sepanjang hidup ini sudah cukupkah amalan diri.. adakah amalan saya diterima.. Only God knows everything.. Sama2lah kita renungkan kisah "ANAK KECIL YANG TAKUT API NERAKA".

Kisah ini pendek je.. jom sama2 kita baca dan sama2 kita hayati..


Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu’ sambil menangis.  

Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun bertanya,“Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?” 

Maka berkata anak kecil itu, “Wahai pakcik saya telah membaca ayat Al-Quran sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi,"Yaa  ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum” yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu’.Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka.”
          
Berkata orang tua itu, “Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka.”
          
Berkata anak kecil itu, “Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa.”
           
 Berkata orang tua itu, sambil menangis, “Sesungguhnya anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa. Maka bagaimanakah keadaan kami nanti?”

*******************************************************
Subhanallah.. sesungguhnya saya benar2 terpegun apabila membaca kisah ini.. Saya menilik diri ini apakah layak saya bergelar seorang hamba?? Apakah liku2 kehidupan yang saya lalui selama ini sudah cukup untuk bekalan diri ini untuk membebaskan diri dari api neraka.. Ya Allah sesungguhnya aku tak layak untuk syurgamu..tapi aku tak sanggup menghadapi api nerakamu.. Ampunkanlah dosa2 hambamu yg sering leka dan lalai ini..
 
Sahabat.. telah Allah ciptakan neraka itu yang bahan bakarnya terdiri daripada batu dan  manusia. Maka janji Allah pasti terlaksana. Cuma menunggu masanya.Pernahkah kita terfikir akan panasnya neraka itu? Adakah kita berasa bahawa kita akan selamat daripadanya?
              
Sahabat.. lihatlah diri kita dengan penglihatan yang suci daripada sifat ujub dan bangga diri. Amal kita ketika ini menuju syurga atau neraka Allah? Solat kita. Apakah solat itu terbang tinggi ke sisi Tuhan atau sekadar tiba di langit pertama lantas dilempar keras ke muka kita semula?
              
Berbaktilah kepada tuhan sementara kita masih diberi masa. Mati tidak menanti tua dan sakit. Ramai orang yang hidupnya tanpa sakit tetapi pergi meninggalkan secara tiba-tiba.
               
Semoga kita sentiasa berada di kalangan orang-orang yang ruku’ dan sujud kepada Tuhan alam semesta ini.
               
 Wallahua’lam……

Comments

Most Favor

109. Isu KFC

119. Khalidu Bil Quran

163. Panduan Temuduga DPLI-SR j-QAF Ambilan 2013

115. Pig and Its Derivatives

182. Ahmad Nusairi Wildan Syurga Abi dan Ummi :')