22. Renungan 2.5 minit..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum and very good day to all valued readers..

It's about a week this blog in silence mode.. to be said dat i'm busy I think not at all.. Alhamdulillah, I already submitted the final draft repot for fyp.. now waiting for da presentation in dis coming friday.. neves2.. rite now i'm preparing for da slide n read again da repot.. owh..really make me scared.. O Allah pliss help me.. Today also i'm waiting for da result.. really unbelievable.. hoho..anyway i did my best and now really 'tawakal' to Him.. xoxo.. juz realize i'm in da mood of writing rite now.. actually want to share an article.got from somebody long time ago.. hmm.. let's see wat is it..

Renungan 2.5 minit..
 
Katalah kita ni polis, sedang duduk dalam kereta peronda kita sambil minum kopi. Tiba-tiba 
radio kita berbunyi, mengatakan ada dua kes yang diminta kita menangani 
salah satu darinya. Dua-dua kes orang kena tangkap mencuri.
 
Kes pertama di kampung hulu:
 Seorang lelaki ditangkap mencuri duit seringgit.
 
Kes kedua di kampung hilir:
Seorang warga asing kena tangkap mencuri duit 20 ribu ringgit.
 
Kes mana yang kita kejarkan dulu?
 
Agaknya tentulah kita segera berkejar ke kampung hilir, ye tak?  I mean, 
apalah sangat duit seringgit, itupun nak report polis ke?
 
Tapi bagaimana kalau lepas tu kita tahu hakikatnya begini:
Dalam kes pertama, duit itu kepunyaan seorang anak yatim piatu peminta sedekah, dan duit itu sajalah yang ada padanya untuk digunakan membeli roti setelah beberapa hari tak makan. Sedangkan dalam kes kedua, duit itu kepunyaan orang kaya bakhil yang seumur hidupnya tak pernah keluar zakat?
 
Tiba-tiba, baru kita sedar perbezaannya, antara prinsip dan appearance. 
Kalau ikut prinsip, tentulah kes pertama lebih berat, walaupun hanya 
melibatkan duit seringgit. Tapi sebab kita hidup ini dah biasa 
menghakimkan orang serta peristiwa dari segi luaran, maka selalu 
minda kita tertipu. 
 
Stephen Covey, dalam bukunya "Seven Habits of Highly Effective People" 
menceritakan pula begini:
 
Kita sedang duduk di sebuah bangku dalam taman. Sedang kita enak 
menikmati sandwic dan Coke kita di tengah taman  dengan udara bertiup 
lembut itu, tiba-tiba datang seorang lelaki bersama 2 orang anak kecilnya 
duduk di sebelah kita. Lelaki itu hanya menung panjang melihat ke tasik 
dan mendiamkan diri sementara anak-anaknya berlarian menjerit-jerit 
sekuat hati. Orang yang lalu lalang semuanya melihat dengan kening 
berkerut-kerut perangai budak-budak yang tak tahu hormat pada orang 
lain tu. Kita pun lama-lama semakin bengang. 

Apahal mamat ni diam je, tak nak tegur ke anak-anak dia ni? 
Lepas dah tak tahan sangat, kita pun tegur lelaki itu.
 
Boleh tak encik suruh anak-anak encik tu dok diam-diam, 
saya tengah nak makan sandwic ni! 
 
Lelaki itu melihat pada kita seketika sebelum tersenyum sedikit.
 
"Maafkan saya," kata lelaki itu.
 
"Dan maafkan anak-anak saya tu. Sebenarnya, isteri saya - ibu mereka 
baru meninggal dunia sebab kanser di hospital, dan saya tak tahu 
macamana nak terangkan pada mereka hal ini.
 
Kemudian dia sambung lagi, "Biarlah saya bawa mereka ke tempat lain 
supaya tak menganggu anda makan."
 
Apa rasa kita masa itu.
 
Sebab itulah bila teringat ayat Qur'an mengatakan:
 
Beza antara manusia itu hanyalah iman dan taqwa.
 
Saya sering berasa menyesal. Sebab saya selalu menghukum orang melihat 
keadaan luarannya.
 
Bagaimana dengan anda?
 
Wallahualam.
 
The value of dis story:
In my opinion, don't just judge a book by it's cover.. And don't even ignore da small things 
without think deeply. 

Comments

Most Favor

109. Isu KFC

119. Khalidu Bil Quran

163. Panduan Temuduga DPLI-SR j-QAF Ambilan 2013

115. Pig and Its Derivatives

182. Ahmad Nusairi Wildan Syurga Abi dan Ummi :')