29. Diari hati

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t dengan izinya dapat lagi kita bersua sihat selamat dan masih diberikan peluang untuk bernafas di atas muka bumi ini. Bersua lagi kita dalam entri yang baru. Namun entry kali ini masih lagi berkisarkan perjalanan seorang insan kerdil, hamba Allah yang masih mencari sinar, harapan serta peluang dalam mempertingkatkan kualiti hidup pada ibu bapa, keluarga, bangsa serta AGAMAnya. Sesungguhnya amat perit menjadi seorang yang tidak berwawasan serta tidak bekerjaya. Entah mengapa hati ini terlalu rapuh dan mudah patah sekali oleh apa-apa jua isu sensitif yang berkaitan diri ini. Hati ini sering tertanya di manakah silapnya. Dari manakah ia perlu dimulai. Apakah yang perlu dilakukan..

Entah mengapa hati ini terlalu sensitif dan mudah terasa atas perkara-perkara kecil. Sesungguhnya diri ini mahu menjadi seorang yang tabah serta sabar. Secara jujurnya, tika saat dan waktu ini.. hati ini teralalu sedih. Mungkin mengenangkan nasib diri. Namun bukan tidak ku syukuri segala nikmatmu Ya Allah. Tapi entah mengapa ada air jernih mengalir. Sesungguhnya hati ini terlalu mengikut emosi. Apakah sebenarnya yang akan terjadi pada diri ini. Bagaimanakah masa depan yang Engkau janjikan untuk hambamu ini Ya Allah.Sesungguhnya aku memohon petunjuk serta rahmat dan rahim-Mu. Aku bersyukur dengan keluarga yang kau kurniakan untukku, kesederhanaan dalam keluargaku serta kecukupan yang telah engkau kurniakan pada diriku serta ahli keluargaku. Aku bersyukur tak terhingga. Namun sampai bilakah aku nak jadi macam ni. Kenapa sukar untuk aku mencari dan mendapatkan pekerjaan. Ya Allah sesungguhnya hambamu ini memohon supaya engkau jadikanlah hati ini tabah, sabar serta tegar untuk meneruskan perjuangan ku yang masih jauh. Ya Allah aku pohon engkau murahkanlah rezeki hambamu ini.

Aku sedar, aku insan yang kerdil lagi hina. Aku telah banyak lalai serta leka dalam mengerjakan suruhanmu. Aku seringkali leka serta alpa. Ya Allah kau ampunkanlah hambamu ini. Aku tidak mahu menjadi hamba yang kufur padamu. Sesungguhnya engkau berilah petunjuk pada hambamu ini. Jangan kau palingkan hati ini sesudah egkau tunjukkan kebenaran. Engkau kurniakanlah aku sekeping hati yang suci serta jauhkanlah hati ini dari sifat2 mazmumah seperti dengki, iri hati, bongkak, riak, takabbur dan sebagainya. Kurniakanlah aku sekeping hati yang di penuhi sifat2 mahmudah. Amin ya rabbal 'alamin.

Entah mengapa setiap kali aku buka fb aku jadi sedih tengok status kawan2 yang dah dapat keja. Sepatutnya aku kena bergembira atas kejayaan mereka2 itu. entahlah. mungkin diri ini x dapat masih tak dapat sebarang pekerjaan membuatkan rasa rendah diri n sedih. Atas sebab tu jugak aku dah jarang bukak fb. Rse sedih sbb tgk org lain berjaya. Sedangkan aku masih di sini. seperti ini.. Tak terlintas nak iri hati ataupun dengki tapi terasa sedih. Kadang2 status2 diaorng tu cam nak menunjuk2. Kalau dah dapat kerja pastu still nak tnye pendapat2 kat fb pasal keje lain, training itu, training ni.. erm tahlah.. kenapa aku berperasaan seperti ini ya Allah.. mungkin aku yang tak pandai nak express feeling aku kot. Kalau kat fb mmg aku x selalu express feeling aku. Aku lebih suka diam je. Kenapa aku jd mcm ni. Terasa nak jauhkan diri dari semua org.. huhu.. tak tau la kenapa n mengapa. Terasa hati ini sedih dan sunyi. Terasa perlukan seorang teman yang boleh aku kongsikan rasa hati ini.

Perasaan hati.. itu juga menjadi salah satu persoalan yang tak ada jawapan. Entahlah.. mungkinkah aku tak berjodoh di dunia ini? atau mungkin jodoh ku belum tiba masanya..Ataupun adakah aku ini terlalu memilih? terlalu takut membuka pintu hati ini pada sesiapa sahaja.. Erm entahlah. Entry kali ini bukan hendak membicarakan soal cinta serta jodoh. Tapi lebih kepada future. Tapi soal pernikahan juga dikatakan masa depan. sigh.. tah la.. xtau nak cakap apa lagi..

Rasa2nya setakat ini dulu kot cerita seorang insan yang bergelar penanggur.. (+_+)

p/s: post ni untuk diri sendiri.. bukan untuk suma..sekadar meluah apa yang terpendam di hati.. huhu.. :(
p/s/s: saya sangat sedih rite now.. =(

Comments

Most Favor

109. Isu KFC

119. Khalidu Bil Quran

163. Panduan Temuduga DPLI-SR j-QAF Ambilan 2013

115. Pig and Its Derivatives

182. Ahmad Nusairi Wildan Syurga Abi dan Ummi :')