35. Sinergi
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum and Very Good Day to All Readers..;)
Today I feel uneasy actually. Maybe long time not refresh and recharge 'iman'. What a looser. Huhu.. ;(( Thus for this entry wanna share with all of you about a book that I already finished read few days ago. The title of this book is Sinergi by Hilal Asyraf. Ok la I wanna proceed this post in Bahasa.
Pertama-tama sekali bersyukur aku ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya dan keizinan-Nya aku masih lagi di beri kesempatan untuk bernafas di atas muka bumi ini dalam nikamat iman dan islam. Semoga iman ini sentiasa mantap dan bertambah seiring dengan peningkatan usiaku yang semakin hari semakin bertambah. Sesungguhnya Ya Allah aku bersyukur pada-Mu dan hambamu ini berharap jangan Kau palingkan hati ini setelah Engkau berikan aku nikmat iman serta islam. Tunjukkanlah jalan kebenaran serta bimbinglah hati ini semoga sentiasa tunduk serta tawadduk kepada perintah-Mu dan menjauhi larangan-Mu.
Setelah aku membaca novel remaja yang begitu Islami ini aku benar2 tersentuh. Penulis benar2 menekankan aspek 'iman'. Bagaimana menjalani kehidupan sebagai orang yang beriman, bagaimana persahabatan di atas keimanan serta masyarakat yang begitu harmoni. Masya-Allah. Begitu sekali penulis menggarap ceritanya sehingga aku benar2 kagum serta tersentuh. Lalu aku bertanya setakat manakah diriku, apa khabar iman ku, dan apakah selama hidup di atas muka bumi ini aku benar2 faham tujuan hidup aku? ;((
Aku benar2 tersentuh, terasa dan benar2 insaf dengan gaya penulisan penulis yang banyak memperingati bahawa hidup ini akhirnya tidak ke mana. Akhirnya kembali kepada-Mu, Tuhan pencipta alam. Rasa2 mahu menangis apabila sedar akan kekurangan ilmu di dada dalam bab2 iman. Rasa diri ini terlalu rendah dari pandangan-Mu Ya Allah. Selama ini aku juga bersekolah di sekolah agama tetapi sebagai hambamu yang lemah terkadang diri ini leka jua, alpa serta berlaku nista pada-MU. Ya Allah hambamu ini banyak berdosa pada-Mu.
Aku benar2 menyarankan untuk kalian membaca novel remaja ini. Apakah yang di maksudkan dengan sinergi? Mengapakah 1+1 = 3 bukannya 2? Semuanya terjawab apabila kalian membaca Sinergi. ;'))
Aku tertarik dengan kata-kata ini:
"Kalau kau terjun ke neraka sekalipun, aku akan terjun juga, untuk tarik kau semula agar kita dapat berpimpin tangan masuk ke syurga".
Begitu indah sekali kata-kata ini. Lagi indah sekiranya sesebuah persahabatan di atas keimanan. Ianya akan teguh dan utuh. Begitulah yang digambarkan oleh penulis dalam penulisannya dan begitulah jua persahabatan Irfan Hakimi dan Rasyid Zakwan. Atas nama keimanan mereka berjaya menempuh segala dugaan dan cabaran atas izin-Nya. Alangkah indahnya jika aku mampu menjadi seperti Irfan Hakimi dalam keperibadianya yang sentiasa menjaga akhlak seperti yang dituntut syara'. Lagi indah jika aku mempunyai sahabat seperti Rasyid Zakwan yang sentiasa berada dalam susah mahu pun senang. Segalanya atas nama keimanan.. :'))
Sekiranya kalian inginkan lebih kefahaman, penghayatan eloklah sekiranya kalian sendiri yang membaca novel yang bertajuk 'Sinergi'. Have a nice day and have a wonderful readings. Trust me.
Syabas dan tahniah kepada penulis kerana mampu menghasilkan karya yang bermanfaat kepada pembaca-pembaca terutama sekali remaja di luar sana. Tarbiyyah itu yang utama. Bermula dari tarbiyyah serta iman yang mantap maka lahirlah insan yang elok budi pekertinya dengan izin-Nya. Insya-Allah. Semoga Allah merahmati segala usaha penulis. Insya-Allah.
Buat sahabat2ku di luar sana.. Uhibbukifillah abdan abada.. ;))
That's all for this entry. Till we meet again.
Thank for reading.
Take care.. (^_^).
Ma'assalamah wa ilal liqa' ;)
Comments