49. Musykilah.. Musykilah.. :)


Assalamualaikum and Very Good Day Mate..!


Salam Ramadhan..!

Ahlan.. !

Alhamdulillah because we still alive in this temporary world before we reach to the permanent world (hereafter). Hopefully we will bring sufficient good deeds and enough  'amalan' to ensure we capable to buy ticket to enter the wonderful paradise that we will never seen before. Let's try harder together mate..! Insya-Allah. Hayya bina..! :)

Actually, today I don't have much story for this post. Just terpanggil untuk menulis 'musykilah', perkongsian pendapat dan sekurang-kurangnya dapat merungkai sedikit sebanyak 'musykilah' saya ni. Entri kali ini bukan untuk condemn mana-mana pihak atau menunjuk kepandaian sendiri. Cuma terfikir untuk kepastian. Saja-saja nak tulis ketidak pastian. 


Musykilah Al-Awwal.. :)

Sahabat sahabiah yang saya kasihi kerana Allah. Saya sekadar nak berkongsi satu masalah yang terjadi dan saya tak pasti di tempat lain. Tapi di tempat saya ianya terjadi. Ianya berkenaan saf. Ya saf ketika menunaikan solat secara berjema'ah. Baiklah sebelum saya cakap lagi, saya nak memohon kemaafan sekiranya apa yang bakal saya tulis menyinggung hati, limpa, hempedu dan perasan mana-mana pihak. Saya tak bermaksud demikian. Saya sekadar nak luahkan senario yang seringkali saya perhatikan.

Baiklah pertama-tama sekali mari kita lihat hadis-hadis ini,

Rasulullah s.a.w bersabda :
 
"Solat berjemaah itu lebih afdal (baik) daripada solat  bersendirian dengan 27x darjat". ( H.R.Bukhari dan Muslim).

Lagi..

Rasulullah s.a.w bersabda :

"Sesiapa yang solat berjemaah kemudian duduk berzikir hingga terbit matahari kemudian solat 2 rakaat (sunat dhuha) maka ia akan mendapat pahala haji dan umrah yang sempurna". ( H.R.Tarmizi).



Baiklah berdasarkan hadis di atas ternyata solat berjemaah itu besar ganjarannya.Tambah-tambah lagi di bulan Ramadhan yang mulia ini. Apa yang ingin saya perkatakan di sini ialah masalah saf di bahagian wanita, perempuan atau muslimah. Terus terang saya keliru dan kasihan. 

Kenapa? Pasti anda tertanya-tanya. Shabat sahabiah lillahita'ala sekalian, saya bukan bijak pandai dalam bab-bab hukum ini. Mind this, if I'm wrong it's your pleasure to correct me. Once again, correct me if I'm wrong..! Betulkan kalau saya salah.

Berbekalkan Pendidikan Islam, PSI dan PQS serta pertanyaan saya kepada seorang yang 'arif dalam bab-bab hukum ini, saya sekadar nak berkongsi kedudukan saf wanita ini. 

Sebenarnya saf wanita bermula daripada tengah dan para jemaah yang lain hendaklah menyambung saf tersebut kiri dan kanan sehingga penuh. Ya..! betul pahala pada saf sebelah kanan lebih banyak berbanding di kedudukan yang lain tetapi sekiranya saf itu tidak penuh saf itu seharusnya seimbang. Tidak berat sebelah kanan atau pun kiri sahaja. 

Masalah saf seringkali saya hadapi apabila saya solat berjemaah di masjid. Saya serba salah dan tidak tau cara apa yang perlu digunakan untuk memberitahu para jemaah muslimah akan hal ini memandangkan kebanyakan para jemaah ini sudah berusia. Saya tidak mahu di katakan tidak menghormati orang yang lebih tua. Ya.. betul tugas kita memberitahu secara berhikmah. Tapi saya memang tidak berpengalaman berbual serta bercampur dengan masyarakat yang lebih tua. Jadi ia menyukarkan  keadaan untuk saya memberitahu.


sekadar gambar hiasan..;)

Ketahuilah wahai sahabat sahabiah yang saya kasihi, saf yang tidak sempurna seumpama pahala ataupun ganjaran salat berjemaah tidak kita perolehi. Bukan seorang, bukan dua orang tetapi semua orang yang terdiri di dalam saf yang tidak sempurna tersebut. Dalam kata yang mudah, kita tidak mendapat pahala solat berjemaah seperti yang kita ketahui. Wallahu'alam.

Saya menulis ini adalah untuk mengajak para sahabat serta sahabiah renungkan serta tanamkan di dalam diri sekiranya kalian terbaca post untuk entri kali ini, ajarlah serta beritahulah kepada anak-anak kita, kakak kita, adik perempuan, saudara-saudara perempuan serta sesiapa sahaja yang berkaitan agar apabila tua kelak mereka tidak melakukan kesalahan kecil ini. Mungkin para jemaah di masjid tempat saya bersolat itu tidak faham atau tidak tahu. Tugas kita yang tau inilah sepatutnya memberitahu agar mereka faham. Kita tidak boleh salahkan mereka kerana mereka tidak tau. Jadi sama-samalah kita ambil iktibar.

Berkenaa saf brecampur kanak-kanak yang belum mumayyiz (kanak-kanak yang tau membezakan yang baik dan yang buruk)  serta dewasa juga adalah isu yang sukar untuk saya perkatakan. Ada pendapat yang mengatakan ianya boleh, ada juga pendapat yang mengatakan jika kanak-kanak yang belum mumayyiz berada pada saf yang sama dengan dewasa, maka terputuslah saf tersebut. Saya tidak berani untuk mengeluarkan apa-apa hukum kerana terdapat khilaf (saya sendiri tpun idak tau) untuk ini seperti yang pernah di tulis oleh Ustaz Asri (Bekas Mufti Perlis) yang mengatakan saf kanak-kanak yang sudah mumayyiz boleh berada bersama-sama orang dewas. Wallahu'alam.

Tetapi bagi saya, apa yang saya tau, serta berbekalkan ilmu yang sedikit saya hanya tahu kanak-kanak yang belum mumayyiz seharusnya berada di belakang dan tidak bercampur. Tetapi sekiranya para ibu bapa khuatir anak mereka hilang, maka ia boleh berada sebaris dengan syarat kanak-kanak itu tadi harus berada di tepi sekali tidak kira kanan mahupun kiri. Itu apa yang saya tahu. Selebihnya saya tak berani la nak cakap sebab saya bukan pengkaji agama. Wallahu'alam. 


Musykilah Al-Thani...:)

Kawan-kawan serta pembaca sekalian (if I have some..hehe), saya rasa pelik dengan salah satu rancngan tv yang secara xsengaja saya tonton. Satu rancangan yang bertajuk 'Haiwan Teladan'. 

Wonders..?

Why I say like that..?

Ok la saya nak share satu benda yang saya rasa tak sepatutnya berlaku ataupun saya yang silap. Saya sekadar nak kongsi. Segala kesilapan saya sedia ditegur..:) 

Pada ketika saya menonton rancangan itu, ada satu segmen iaitu mengenal jawi. Haiwan teladan yang di pilih pada hari itu ialah LALAT. Ok apa yang saya tau ejaan LALAT dalam jawi ( LAM-ALIF-LAM- TA). Tapi mereka mengeja LALAT dalam jawi adalah (LAM-ALIF-LAM-ALIF-TA)

Ah..! satu kemusykilan telah muncul di benak fikiran saya. Adakah ianya daftar ejaan jawi yang baru..?

Kepada readers yang mengetahui atau terbaca post ni bolehlah berkongsi dengan saya. Ejaan manakah yang betul..? 

Saya telah merujuk kepada ustaz serta ustazah yang pernah mengajar saya. Ya..! mereka sependapat dengan saya. 

Ejaan LALAT ialah (LAM-ALIF-LAM-TA) bukannya (LAM-ALIF-LAM-ALIF-TA). sigh..

Secara logiknya kita menyebut lalat ialah LALAT bukanya LAALAAT. hrm... apakah pendapat kalian..? Konfius sudah. Sekiranya ianya salah tidak sepatutnya ianya terjadi. Ia boleh diklasifikasikan sebagai ajaran sesat lor... :D Apa pun saya sekadar berkongsi saja. Tak berniat nak tunjuk pandai ataupun nak condemn mana-mana pihak. 

Rasa-rasanya tu je la kot benda yang saya nak kongsi untuk post kali ini. Sekali lagi saya memohon maaf sekiranya apa yang saya tulis ini menyentuh atau menyinggung hati, perasaan, limpa dan hempedu pembaca sekalian.. :) Maaf, asif, sorry, biyanei.. ~ Semoga bertemu lagi di lain entri sekiranya diizin-Nya. Apa yang baik itu daripada Allah dan yang buruk itu adalah kelemahan saya sendiri.. :) Wassalam.


Thanks for reading..
Take Care and Happy Fasting.. (^_^)


p/s: post kali ni ayatnya sungguh skema..
aku tau xpyah cakap..
prektis BM la.. hahaha..~

p/s: awal je semangat tulis BI.. last2 BM gak yg kuar..
ceh.. berlagak lebey..wink2..
do I care.. suke ati la.. huh..

p/s: sebenarnya lost word lorh and malas nak pk word BI..wakaka..
ek eleh cakap ar xtau kan3.. still nak bg reason..
whatever..! lalalala..~

Ma'assalamah wa ilal liqa'.. :)

Comments

Most Favor

109. Isu KFC

119. Khalidu Bil Quran

163. Panduan Temuduga DPLI-SR j-QAF Ambilan 2013

115. Pig and Its Derivatives

182. Ahmad Nusairi Wildan Syurga Abi dan Ummi :')