51. Ketika Hati Berbicara..
:(( |
Di kedinginan malam,
aku terpaku..
sepi..!
sendiri..!
ya.. aku sunyi..!
hati ku walang..
ah.. mengapa..?
aku jua tidak pasti.
Tuhan..
aku insan hina,
aku insan lemah,
aku insan yang seringkali mendustai janjiku pada-Mu,
aku kaku sendiri,
aku layu.
Aku..
masih di sini,
masih diam tanpa melakukan apa-apa,
masih sendirian meniti titi-titi kehidupan,
masih mencari-cari cahaya serta sinar di hadapan,
untuk menyinari hidup ini.
Teman..
hadirmu ku nanti,
nasihatmu ku rindui,
basah bibirmu dengan senyuman sering ku ingati,
masihkah kau ingat.
sahabat... |
Teman..
dulu,
kau di sisi tika ku luka,
tika ku jatuh..
tika ku kecundang,
tika ku kecewa,
tika ku buntu,
tapi kini..
aku sendirian,
kau telah jauh mengorak langkah dalam hidupmu,
jauh di persada kejayaan,
jauh meninggalkan aku di sini.
seringkali mencemburuimu,
seringkali merintih hiba,
biarpun tidak pernah ku perlihatkan,
namun..
aku bukan berdiam tanpa berfikir,
bukan ku sunyi tanpa usaha,
bukan ku serah tanpa berdoa,
aku punya harapan,
aku punya impian,
aku punya cita-cita.
Pun begitu..
aku belum punya rezeki,
aku masih ternanti-nanti,
aku masih mengharap,
aku masih.. masih.. dan masih,
masih berharap agar satu hari nanti
aku jua mampu berjaya,
aku jua mampu berdiri bersamamu di panca persada kejayaan,
biarpun penantian itu pahit,
biarpun penantian itu pedih
dan satu penyiksaan,
akan ku telan jua.
Tuhan..
ujian mu ini ku reda,
aku pasrahkan kepada-Mu,
aku pertaruhkan segalanya kepada-Mu,
kerana aku percaya,
percaya bahawasanya,
hanya Engkau yang maha mengetahui segala isi hatiku.
tenanglah wahai hati..:) |
Tuhan..
sekiranya ini adalah,
ujian kesabaran,
ujian ketabahan,
ujian keimanan,
serta ujian hidupku,
aku terima dengan hati yang terbuka,
kerana aku pasti setiap rencana-Mu,
tersimpan seribu satu rahsia,
yang aku tidak ketahui,
Tuhan..
aku tahu Engkau merindui rintihan hamba-Mu,
Ya.. aku tahu,
satu hari yang pasti itu,
akan kunjung tiba,
aku yakin Tuhan,
Kau tidak akan mengecewakan hamba-hamba-Mu,
aku pohon Tuhan,
dalam aku melayari ujian ini,
kau kuatkanlah iman ku,
ketaqwaanku,
kau berilah aku petunjuk,
tinggikanlah kesabaran ku,
dan..
jangan kau campakkan rasa putus asa ke dalam hatiku.
Tuhan..
aku tau Kau sayang padaku,
aku tau Kau tidak akan menduga sekira aku tak mampu,
aku tau Kau mahu menguji kebergantunganku pada-Mu.
:-' )) |
Maafkanlah aku Tuhan..
jika aku seakan tidak reda,
jika hati aku khilaf,
tika perasaan aku salah sangka,
aku bukan mengeluh,
apatah lagi mengeji,
aku manusia,
manusia biasa,
yang punya perasaan,
yang seringkali goyah,
namun..
aku percaya pada-Mu..
aku pasrah dengan segala ketentuan-MU.. :'))
Tinta hati..
(Rabu, 25/08/10, 12.36 a.m)
Comments