57. Banjir di Perlis


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum and Salam Sejahtera..


Dear Mates..!

Ahlan Wa Sahlan.. !

Musibah dan ujian. 

FirmanNya:
“Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.” (QS. Al Isra, 17 : 16)

Lagi,

FirmanNya:

“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu, maka adalah disebabkan oleh perbuatan tangan kamu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar dari dosa-dosamu.” (QS. As Syura, 42 : 30)
Seterusnya,

Firman Allah:

“Dan Tuhanmu sekali-kali tidak akan membinasakan negeri-negeri secara zalim, sedang penduduknya orang-orang yang berbuat kebaikan.” (QS. Hud : 117).

Sahabat sekalian berdasarkan ayat-ayat serta firman Allah ternyata sesuatu yang terjadi pasti ada sebab serta musababnya. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sekiranya mereka tidak berusaha untuk mengubah nasib mereka sendiri. Musibah yang terjadi itu adalah satu peringatan dan teguran Allah kepada hamba-hambaNya yang sangat di kasihi. Jadi sama-samalah kita renungkan bencana alam yang berlaku di negeri-negeri utara tanah air.

Banjir di Perlis:

Let's see thoose picture readeers.. :)


Arau: Bandar di Raja

Kangar: Bandar di Negeri Perlis

Lagi.. sekitar bandar Kangar

Kereta yang tak dapat diselamtkan.. hu2

Kangar, Perlis

Ambulance terpaksa bergerak..

Hospital Tuanku Fauziah, Kangar

 
Meredah banjir




Gambar-gambar di atas merupakan kejadian banjir yang berlaku di sekitar negeri Perlis Indera Kayangan merangkap negeri kelahiranku. Kejadian yang ke-2, banjir besar berlaku selepas tahun 2005. Namun begitu, setiap kali berlakunya banjir besar di Perlis, aku dan keluarga selalu tidak berada di Perlis. Allah sebaik-baik perancang dan ada hikmahnya setiap apa yang berlaku. Alhamdulillah.. Praise to the Almighty. Syukur pada-Mu tak terhingga. Selain tu, rumah aku juga Insya-Allah selamat. Selalu kalau banjir berlaku rumah aku excluded. Alhamdulillah ya Allah. Maybe sbb before buat rumah dulu, kiteorng da tambun byk2 kasi tinggi. Dengan izin Allah jugak umah aku x effect.

Bersabarlah wahai warga penduduk negeri Perlis. Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. In my opinion, inilah harga pengorbanan yang terpaksa kita lalui untuk sebuah pembangunan. Tak dinafikan ini adalah ujian Allah juga. Pembangunan dengan melaksanakan jalan raya serta projek keretapi berkembar. Erm.. tapi setakat itu sajalah. Lebih-lebih nanti orang kata aku anti-pembangunan n tak open-minded plak. Apa pun semoga kalian bersabar, tabah serta kuat untuk menghadapi musibah ini. 

Sebagai penutup, marilah sama-sama kita renungkan:

Firman Allah yang bermaksud:

”Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri Beriman dan Bertakwa, pastilah kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat kami) itu, Maka kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.” (QS. Al A’raf, 7: 96)

Wallahu'alam.

Marilah sama-sama kita berdoa semoga semuanya akan berakhir dengan selamat. Insya-Allah.

Thanks for reading..
Take care.. (^_^)

p/s: semoga mangsa banjir di negeri lain juga turut 
selamat dan bersabar atas ujian ini..:)
once again credit to:
person 1: for the Quranic verses  and 
person 2:  for the picture


Ma'assalamah wa ilal liqa'.. :)

Comments

Most Favor

109. Isu KFC

119. Khalidu Bil Quran

163. Panduan Temuduga DPLI-SR j-QAF Ambilan 2013

115. Pig and Its Derivatives

182. Ahmad Nusairi Wildan Syurga Abi dan Ummi :')