73. Perjalanan Itu... (2)

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum and Very Good Day Readers..!

Perjalanan itu..!

Perjalanan itu,

adalah satu sejarah, 
perjalanan suka dan duka sebuah kehidupan.

Perjalanan itu,
adalah satu kenangan, 
perjalanan yang mencoretkan pelbagai kisah.

Perjalanan itu,
tiada hentinya, 
kecuali dipanggil pencipta. 


Perjalanan itu,
mematangkan diri.

Perjalanan itu,
tersimpan seribu satu memori.

Perjalanan itu,
banyak mengajar erti kehidupan.

 

Kini, 
perjalanan itu masih diteruskan, 
sebuah perjalanan hidup seorang insan kerdil, 
perjalanan yang masih samar hujungnya, 
perjalanan yang masih kabur misinya. 

Tetapi, 
berkat kesabaran dan ketabahan, 
berkat sokongan dan peringatan, 
oleh insan-insan tersayang, 
aku kembali bangkit, 
kembali bangun dari mimpi dunia, 
kembali berjuang melawan hasutan 
syaitan yang durjana.

Dugaan, 
Ya..! dugaan itu mematangkan diri, 
dugaan itu rencah kehidupan, 
dugaan itu tanda Dia menyayangi hamba-Nya, 
dugaan itu terlalu manis,
andai..
diri bisa mengerti, 
andai diri bisa memahami,
dugaan itu adalah tanda Pencipta yg sentiasa mengingati kita.

Tuhan, 
aku pohon,
Kau berilah kekuatan yang berterusan, 
untuk aku terus melawan mehnah, 
Kau berilah aku kesabaran yang tinggi,
agar dapat ku tempuhi hidup yang penuh ranjau ini.

Tuhan, 
aku merayu, 
janganlah Kau campakkan rasa putus asa dalam diriku, 
janganlah Kau berikan secebis kebencian untukku,
dalam menempuh dugaan hidup.

Tuhan, 
apalah sangat dugaan yang kau kirimkan padaku, 
berbanding dugaan Nabi-Mu itu, 
di mana Baginda yang sabar dalam menerima caci-maki, 
umpat keji dalam menyampaikan dakwah,
Baginda sabar ketika di baling batu oleh penduduk Thaif,
hanya demi untuk menyampaikan ajaran Islam.

Tuhan, 
dugaan Kau padaku tidak sehebat,
dugaan umat-umat yg terdahulu, 
tidak seberat saudara se-Isamku di bumi Palestin, 
tidak sehebat Summayyah dalam mempertahankan akidahnya, 
tidak setanding Bilal Al-Rabah mempertahankan syahadahnya,
dan dugaanku ini,
tidak sekuat Masyitah tukang sisir puteri Firaun,
Subhanallah.

Tuhan, 
aku sedar itu, 
jadi aku benar-benar mengharap simpati-Mu, 
agar Kau kuatkan dan tabahkan hatiku,
dalam meniti titi dunia yang penuh kepalsuan,
dalam menjalani sisa hidupku ke arah kebaikan,
moga aku tabah meniti perjalanan itu,
sebelum aku kembali menemui-MU,
Tuhan yang SATU. 
Allahuakbar.

Coretan hati tentang perjalanan itu..
perjalanan hidup aku.
Semoga aku menjadi hamba-hamba yang sabar. Amin.
Sabtu, 25/12/2010,7.52 pm

Thanks for reading..
Take care.. (^.^)

p/s: aku jua seperti kamu..
gemar berpuisi kadangkala.

p/s: aku jua seperti kamu..
suka mencoret apa yg terlintas dari akal fikiran.

p/s: aku jua seperti kamu..
masih banyak kekurangan yg perlu diperbaiki.

p/s: dah jadi mcm lg satu puisi la plak. hehe.

Ma'assalamh wa ilal liqa'.. :)

Comments

Most Favor

109. Isu KFC

119. Khalidu Bil Quran

163. Panduan Temuduga DPLI-SR j-QAF Ambilan 2013

115. Pig and Its Derivatives

182. Ahmad Nusairi Wildan Syurga Abi dan Ummi :')