82. Doa Senjata Mukmin..
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum and Very Good Day Mates..!
Ahlan..!
Hi peeps..! How are you today..?! Kaifahaluk..?! Hopefully everything goes well. Insya-Allah. Hari ni tiba-tiba aku terasa nak update and share something dengan kamu. Since I had nothing to do and before go to sleep suddenly I feel wanna write something.
Skip intro panjang2 mates..!
Apa yang aku nak share dgn kalian adalah pasal DOA.
Aku tau korang pun dah tau benda ni tapi saja aku nak share gak sekadar ingatan untuk diri aku dan kalian if korang terlupa.. peace no war.. (:
Let's check it out. I'll keep this thing as simple as I can.
DOA..
Berdoa ertinya memohon atau meminta sesuatu yang baik daripada Allah S.W.T yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Allah S.W.T sendiri menyuruh manusia berdoa atau meminta sesuatu kepada-Nya. Terdapat banyak firman Allah dalam Al-Quran mengenai suruhan berdoa ini. Di antaranya :-
Maksudnya: Dan Tuhan kamu berfirman " Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina". Al-Mu'min, 60.
Lagi...
Maksudnya: Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul. Al-Baqarah, 186.
Readers..!
Penerimaan Allah akan doa permohonan hamba-Nya itu adalah berdasarkan peraturan atau undang-undang Allah yang telah ditentukan. Tiap-tiap doa dan permohonan itu hendaklah diiringi dengan amal usaha yang bersungguh-sungguh, mengikut fitrah undang-undang Allah yang berlaku kepada sekalian alam ciptaan-Nya.
To make it simple kan..
Cuba imagine, kat dunia ni setiap sesuatu tu mesti ada rules and regulations, undang-undang, akta-akta untuk sebuah organisasi. Barulah sesebuah organisasi tu nampak efficient and bagus. Macam tu jugaklah dgn doa. Kalau kita nak kejayaan tanpa usaha itu bukanlah sesuatu yang akan terjadi. Kita kena la usaha sehabis mungkin, tawakkal seiring dengan doa. Barulah betul caranya.
Lets continue..
Nak tau fadilat dan faedah berdoa..?!
1. Dapat selalu menghadapkan muka kepada Allah S.W.T dengan tawadu' dan rendah diri.
2. Mendapatkan keredaan Allah dan rahmat kurnia-Nya.
3. Menghasilkan hajat-hajat dan keperluan seseorang.
4. Menjadi perisai diri dari sebarang bencana, termasuk tekanan perasaan dan tipu daya musuh.
5. Memudahkan segala pekerjaan / urusan yang susah.
6. Memperteguh iman dan meningkatkan taqwa kepada Allah S.W.T.
7. Menghilangkan perasaan sombong, bangga diri dan sombong.
Tapi....
Kalau nak buat sesuatu mesti nak kena ada cara dan kaedahnya kan. Contoh: bila korang jumpa pakwe makwe korang mesti nak cantik-cantikla, nak baju smart2 aje, control2 lagi..bla... bla... bla.. Takkan nak minta sesuatu kat KEKASIH AGUNG main redah je, selekeh2 je.. pasti kena ada cara dan gaya yang betul.
Bagaimana..?!
Kaedah dan tatatertib berdoa ialah:
1. Hendaklah dalam keadaan suci dari hadas kecil dan besar serta suci pakaian dan tempat berdoa.
2. Hendaklah menghadap Kiblat.
3. Berdoalah dengan penuh khusyu' dan tawadu' (merendah diri kepada Allah S.W.T).
4. Mulai berdoa dengan memuji Allah seperti membacadiikuti membaca Selawat ke atas Nabi.
5. Kedua tapak tangan menadah ke atas.
6. Sapukan kedua tapak tangan ke muka setelah selesai berdoa.
7. Berdoalah dengan yakin bahawa Allah akan memperkenankan doa kita.
8. Berdoalah dengan suara yang perlahan (termasuk mengaminkan ketika berjemaah).
9. Amalan berdoa hendaklah dilakukan selalu, walaupun semasa senang supaya Allah memperkenankan doa ketika dalam keadaan susah.
10. Untuk memohon sesuatu hajat tertentu, ulangi doanya sehingga sekurang-kurangnya tiga kali.
11. Jangan berdoa untuk meminta sesuatu keburukan atau kejahatan.
12. Begitu juga jangan berdoa meminta sesuatu yang mustahil; misalnya mohon lulus pelajaran tetapi malas belajar; atau pun memohon wang jatuh dari langit tanpa bekerja.
13. Jangan sesekali merajuk berhenti berdoa apabila doanya belum dikabulkan oleh Allah. Sebaiknya hendaklah kita bersabar, teruskan berdoa di samping bertawakal (berserah diri) kepada Allah.
14. Sebelum diakhiri dengan ucapan Amin, setiap doa hendaklah ditutup dengan Selawat Nabi serta puji-pujian kepada Allah seperti mana pembuka doa.
Macam dah panjang...
Tapi kalau berminat teruslanlah membaca.. :)
Waktu-waktu berdoa yang mustajab. Antaranya:
1. Doa ketika tengah malam atau sepertiga malam yang akhir. (ayuh qiam..!!!).2. Doa setiap lepas solat fardhu.3. Doa ketika dalam peperangan atau darurat.4. Doa ketika sujud.5. Doa ketika dizalimi atau dianiayai orang.6. Doa ketika dalam musafir.7. Doa bapa untuk kebaikan anak.8. Doa ketika wukuf di padang Arafah.9. Doa selepas solat Subuh sebelum terbit matahari.10. Doa selepas solat Asar.11. Doa ketika hendak berbuka puasa.12. Doa seorang yang sedang sakit.13. Doa pada malam Lailatul-Qadar.14. Doa dalam Masjid Al-Haram, Mekah.15. Doa dalam Masjid Nabawi, Madinah.16. Doa dalam masjid Al-Aqsa di Baitul-Maqdis.17.Doa anak yang taat kepada bapanya.18. Doa apabila khatam membaca Al-Quran.19. Doa di Multazam (dalam Masjid Al-Haram, Mekah).20. Doa ketika tawaf di Mekah.
Peeps..!
Selamat beramal dan selamat berdoa..! :)
Janganlah kamu putus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar setiap satu apa yang kamu inginkan. Sabarlah sekiranya doa anda belum dimakbulkan. Teruskan berdoa.. berdoa.. dan berdoa...!!
YA ALLAH BERILAH AKU MENDAPAT PEKERJAAN YANG BAIK..!YA ALLAH BERILAH AKU MENDAPAT PEKERJAAN YANG BAIK..!YA ALLAH BERILAH AKU MENDAPAT PEKERJAAN YANG BAIK..!YA ALLAH BERILAH AKU MENDAPAT PEKERJAAN YANG BAIK..!YA ALLAH BERILAH AKU MENDAPAT PEKERJAAN YANG BAIK..!MURAHKANLAH REZEKIKU DUNIA DAN AKHIRAT..!AMIN..AMIN..AMIN.. :) :) :)
That's it mates..! Abis sudah..(:
Thanks for reading..
Take care.. (^.^)
p/s: sumber: Amalan zikir & doa untuk pelajar.
karangan: Hj. Johari Hj. Alias.. :)
Ma'assalamah wa ilal liqa'..:)
Comments