Tuesday, February 01, 2011

84. Apasal la Kau Malas Sembahyang..???

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum and Very Good Day Readers..!

Ahlan..!

Masa aku tengah kemas buku-buku lama yang tak lama sgt (ayat apa ni..), ala buku masa aku belajar kat matrik uia dulu, aku terjumpa satu pantun ni. Nostalgia...

APASAL LA KAU MALAS SEMBAHYANG..???

Apasal la kau malas sembahyang
Tuhan kasi engkau jasad siap dengan bayang-bayang
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang
Berdiri tanpa roh malam siang...

Apasal la kau malas sembahyang
Kerja dah best keluarga pun dah senang
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang
Takkan lima minit lima waktu pun kau tak boleh luang...

Kenapa la engkau malas sembahyang
Tuhan kasi otak supaya engkau tak bangang
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang
Tuhan kasi nikmat kenapa engkau tidak kenang...???

Kenapa la kau malas sembahyang
Tengok wayang sanggup sampai petang
Beli tiket konsert engkau sanggup beratur panjang
Apa engkau ingat masuk syurga boleh hutang...???

Apasal la kau malas sembahyang
Engkau kena ingat umur kita bukannya panjang
Pagi kita sihat, petang kita kejang
Nanti dalam kubur kau kena balun sorang-sorang...

Apasal la kau malas sembahyang
Seksa neraka cubalah kau bayang
Perjalanan akhirat terlalu panjang
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang..!!!

Ingatlah wahai rakan dan taulan
Sematkanlah kata-kata ini di hati kawan
Fikirkanlah sejenak pada orang tua-tua berpesan
Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan...

(Pantun ini ditujukan khas kepada orang yang ingin berfikir dan cuba mengingati betapa selama ini mereka menikmati segala kurniaan yang telah Allah limpahkan..)

Aku xtau lah siapa pengarangnya. Kalau tak salah aku risalah or pantun ni ada dalam kit (beg) ta'aruf matric dulu. Kalau korang ex-mciium (currently known as CFS) batch aku mesti korang pernah baca kan. Kalau tak pun pernah la tengok pantun ni.

Ah..! sebut pasal matric teringat aku life aku kat mciium. Macam2 perkara yang terjadi. Ada suka, ada duka. Satu permulaan sebuah perjuangan yang menuntut seribu satu pegorbanan. Every sem ada LEADTRAIN. 10% untuk subjek FKM dgn BTQ. Part qiamullail sangat BEST..!!! Waaa I miss all the good old days.. :')

Baru aku tau senang je nak dapat A untuk FKM and BTQ. Attend LEADTRAIN, attend HALAQAH dah dapat free2 20%. Assignment ade ke..? Quiz..? Serius aku tak ingat dah. Tapi seronok belajar kat sana..!Eh skrang ada lagi ke subjek ni..?!

Peeps...!

Aku pun dah mengantuk. Aku terasa nak share pantun ni je dgn korang. Selamat berfikir dan selamat beramal. Sama-samalah kita renungkan..! Muhasabah lah sahabat. Selagi ada kesempatan dan selagi diberi peluang. Semoga Allah ampunkan segala dosa-dosa kita yang lalu. Amin.. :')

Thanks for reading..
Take care.. (^.^)

Ma'assalamah wa ilal liqa..:)

Thanks for reading. Take care (^_^)

No comments: