94. Masa Lalu, Cermin Masa Depan...

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum and Very Good Day Readers..!

Ahlan..!

Kaifa ahwal? Apa khabar iman? Apa khabar hati? Semoga semuanya sihat, ceria dan indah di mata serta pandangan-Nya, Al-Khaliq. Insya-Allah.

Ku update lagi untuk kesekian kalinya,
kerana ku teringat kalimah-kalimah itu.

Kalimah-kalimah yang kukenali lewat 12 tahun yang lalu,
ku lafazkan seminggu sekali hari-hari persekolahan,
selama 5 tahun lamannya.

Kini,
setelah 8 tahun berlalu,
ku mula terkenang kalimah-kalimah itu kembali.

Dulu,
ku lafazkan hanya sekadar kata,
mengikut teman tanpa banyak bicara,
melontar suara tanpa penghayatan yang nyata.

Tetapi kini,
ku mula menilai kembali,
apakah semua bait-bait itu ku lunasi,
adakah sudah ku tunaikan lewat hari-hari yang ku lalui,
semua ikrar dan janji itu..?!

Dulu,
ku tidak pernah cuba menghayati,
sedikit pun ku tidak peduli.

Tetapi kini,
nyata ku mula menyesali,
mutiara yang tidak sempat ku kutip seikhlas hati,
kerana peluang itu tidak akan terulang lagi.

Allahuakbar...!

Bait-bait yang kurindui..
itulah dia...
bait-bait serta kalimah di bumi wakaf itu..
itulah dia...
IKRARRU THALIBAT..!

IKRAR PELAJAR..!


Uqirru Bismillahi,
an akuna mukminatan solihah,
Muti'atan liwalidaiya,
Mukhtarimatan limu'alimin,
Mujtahidatan fitta'alumi,
Multazimatan bil'ismati,

Mutafailatan lilmustaqbali mustabiqatan fi dini wa dunyaya,
ibtigha amardhotillahirabbil alamin warasulilamin....!





Allah..Allah..Allah..

Seseungguhnya ikrar yang dimulai dengan nama Allah,
janji yang pernah aku lafazkan..
sudahkah tertunai..?????????!

Buat sahabat-sahabatku yang sama menuntut di bumi wakaf SMKA (P) KANGAR
apa sudah jadi dengan JANJI dan IKRAR ini????
apa sudah jadi dengan diri kita....?
Masih sihatkah semuanya..?
Masihkah kau ingat bait-bait yang sering kita lafazkan setiap hari ISNIN ini?

Masya-Allah...

Sekali lagi aku tergolong dalam golongan orang yang MUNAFIK..! :"( 

Allahuakbar..

Astaghfirullahal'azim..

Kau ampunlah hamba-Mu yang hina lagi fakir ini,
Ampunkanlah orang-orang yang pernah sama-sama melafazkan kalimah itu,
andai kami lalai dan leka,
Engkau berilah petunjuk kepada kami.
Janganlah Kau pesongkan hati2 kami dari kebenaran-MU..
Allahumma Amin.... -.-

Ku masih teringat kata-kata ustazah aku masa kat SMKAP dulu,

"Sedarkah anti ikrar yang anti lafazkan itu dimulai dengan nama Allah?
Tahukah anti telah bejanji dan bersumpah dengan nama Allah?
Tidakkah anti terfikir akan dosa yang anti tanggung sekiranya anti memungkiri janji dan sumpah anti??!"

Masya-Allah.. Allah.. Allah..

Aku takut menjadi hamba-Mu yang MUNAFIK.
Aku tidak mahu menjadi hamba-Mu yang MUNAFIK.
Ampunkanlah aku Ya Allah.. Ampunkan hamba-Mu yang hina ini.. :"(

Sabda Rasulullah s.a.w.:

“Tiga perkara, barangsiapa yang berada di dalamnya, maka ia dicap munafik, sekalipun ia puasa, sembahyang dan mengaku dirinya seorang Muslim, iaitu; Bila berbicara ia bohong, bila berjanji ia mungkiri, dan bila menerima amanat ia khianat.”


Sahabat yang kukasihi sekalian,

Ayuhlah kita bangun dan bangkit kembali..
Sama-samalah kita muhasabah kembali..
Masih belum terlewat....





Sabdanya yang lain:

“Empat perkara yang jika seseorang manusia ada di dalamnya, maka ia menjadi munafik, dan barangsiapa mempunyai salah satu dari sifat-sifat itu, samalah seperti ia mempunyai sifat kemunafikan, sehingga ia menjauhinya lagi: Jika berbicara ia dusta, jika berjanji ia mungkiri, jika membuat pengakuan ia belot dan jika menuntut ia curang.”


Peeps..!


Sekadar ini sahaja perkongsian tuan tanah untuk post kali ini.
Kalaupun kamu bukan bekas pelajar SMKAP...
tetapi ingatlah...
seandainya kamu pernah ber'JANJI' tunaikanlah haknya..
tepatilah JANJI kamu..
nescaya kamu dijauhkan dari golongan orang-orang yang MUNAFIK..
Insya-Allah..



Muhasabah.. Muhasabah.. dan Muhasabah lagi...........
Hidup Mulia atau Mati Syahid.......T.T
Wallahu'alam.


Thanks for reading...
Take care.. (^.^)

p/s: nostalgia punya tuan tanah...
tiba-tiba terkenang zaman sekolah... =.'=

p/s: moga diri ini menjadi lebih baik.
transformasi diri itu perlu..

Ma'assalamah wa ilal liqa'..:)

Comments

Anonymous said…
salam...

x tahu kenapa harini terasa sgt nak dgr ikrar time kat smka.. google n came across ur post..
whn i baca post ni.. perasaan exactly similar.. thanks 4 sharing anyways!
Little Caliph said…
W'salam,

Thanks for dropping by. Sama-samalah kita ingat-mengingati. Kenangan di smka sangat bermakna dan tak ternilai. bila dah lama tinggal teringat dan terasa rindu suasana sekolah kan.. :)

Most Favor

109. Isu KFC

119. Khalidu Bil Quran

163. Panduan Temuduga DPLI-SR j-QAF Ambilan 2013

115. Pig and Its Derivatives

182. Ahmad Nusairi Wildan Syurga Abi dan Ummi :')