100. The 100th Post

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum and Very Good Day Mates...!

Ahlan...!

Wah..! Happy 100th post dear. :D (ala kecoh pula dia..). Ala suka hati la. Saya nak tulis macam mana pun kan. Hehehe.. Alhamdulillah kerana masih lagi dikurniakan nikmat iman dan islam. Harap-harap lepas ni boleh la terus menulis sesuatu yang bermanfaat. Walaupun baru setahun jagung dalam dunia blog, tiba-tiba terasa nak bertukar nawaitu. heh..! Apakah..?! Hrmmm...

Dulu masa mula-mula buat blog saya tidak pasti tujuan sebenar. Tiba-tiba ja buat blog. Bila tengok balik first post pun memang tak tau apa tujuan dan niat buat blog ni. Sekarang....tiba-tiba terfikir nak menulis dengan lebih serius dan menulis perkongsian yang bermanfaat. Chewah...! boleh percaya ke ni...?! Hahaha.. we'll see ya. Saya suka baca blog-blog orang. Setiap orang ada pendapat dan gaya yang tersendiri. Ada menulis perkara-perkara serius, perkara berat, bermanfaat, celoteh harian dan bermacam-macam lagi. Dan I'm impress..! Kagum dengan setiap kelebihan orang. Subhanallah..! :)

So, bersempena dengan entri yang ke-100, saya nak try berkongsi cerita-cerita or pengalaman yang boleh memberi teladan dan pengajaran kepada pembaca sekalian. Ehem..ehem..! Sekali lagi macam tak berapa nak percaya je. Terasa nak gelak kuat-kuat. Hahaha.. Ya Allah buruk betul perangai. Haaa.. Okay lah, trying harder. Insya-Allah..! You can do it. ;D

Peeps..!

Sekarang saya berada di Kulim,Kedah merangkap rumah my sis. Saja-saja je datang menziarahi kakak saya sekeluarga. Rindu dengan si comel Afaf merangkap satu-satunya anak buah yang saya ada. Buat masa sekarang. Insya-Allah for the next becoming months bertambah lagi seorang anak buah saya. Alhamdulillah.. :)

Cerita pasal budak-budak ni kan, terasa tenang saja bila melihat. Yalah, budak-budak ni hati diaorang bersih lagi suci dari dosa. So, bila kita tengok rasa macam tenang ja kan. :) Terasa skema la pula ayat-ayat di atas. hehe.

Mari melihat ciptaan Allah...!

Nurul Afaf Musyhfiqah... :)

Inilah dia anak sedara saya nan seorang. Tapi ni gambar lama la. Kalau korang perasan gambar 3 tahun lepas. Sekarang dia dah 4 tahun lebih dah. Gambar latest saya tak de lah. Ngeh3x.. Sekeping ni je pun yang boleh dikongsikan di sini. Jangan marah oke..! Sebab saya memang lemah sket bab-bab nak bergambar dan berkongsi gambar. Bukan malas tapi kurang rajin je. Heeeeeeee... :p

Mates...!

Rasanya dah tak ada apa nak di perkatakan. Saja terasa nak update untuk hari ni. Tak tau apa nak buat. Till we meet again peeps..! See you soon. Hidup baik-baik semua.. :)

Thanks for reading,
Take care... (^.^)

Ma'assalamah wa ilal liqa'... :)

Comments

Khalifah Kecil said…
ooo...little caliph gi ziarah anak saudara....baguslah...merapatkan silaturrahim....
Little Caliph said…
yup.. betul2.. merapatkan silaturrahim.. :)

Most Favor

109. Isu KFC

119. Khalidu Bil Quran

163. Panduan Temuduga DPLI-SR j-QAF Ambilan 2013

115. Pig and Its Derivatives

182. Ahmad Nusairi Wildan Syurga Abi dan Ummi :')