97. Hidup Ini...

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum and Very Good Day Mates..!

Ahlan..!

Kaifa ahwal ya as-diqaai..? 'Ala kulli hal syukran lillah masih diberi nikmat Iman dan Islam. Rasanya dah lama tak update blog ni. Aku sebenarnya tak tau apa nak update. Bak kata pepatah 'Jauh perjalanan luas pemandangan'. Masalahnya aku ni "dok tang ni jugak..!" (bak kata org utara). Hahaha.. Itu alasan saja kan..?! Padahal masih banyak lagi topic yg boleh ditulis. Tapi apa..?! Ish3x... sah-sah aku ni stok "rajin melampau" dalam bab-bab membaca ni sampai tak tau nak update. Maklumlah banyak sangat isu sampai tak terkongsi kat blog ni. =.='

Peeps..!

Serius stuck dah ni. Da tak tau apa nak update. Sob..sob..sob.. :(

Haaa.. meh la aku story pasal banjir kilat yang berlaku di negeri aku ni. Mana lagi semestinya Perlis Indera Kayangan. Start ari selasa hujan turun non-stop satu ari. Then, keesokannya air dah mula naik kat kawasan-kawasan yang rendah termasuklah rumah tok aku. Rumah aku Alhamdulillah setakat aku hidup lebih kurang 25 tahun ni belum pernah lagi banjir. Kalau rumah aku banjir agak-agak apa akan jadi pada negeri aku..? Hrm.. tak taulah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat dengan apa adanya.

So, oleh kerana rumah aku tak banjir, tok aku dan pak cik aku yang stay dgn tok aku pun berpindah seketika ke rumah aku hari selasa malam sementara tunggu air surut. Hujan turun lagi. Keesokannya family pak cik aku yang rumah diaorang kat Kangar plak call ckp nak tumpang sebab rumah diaorang air dah start naik kat porch kete. Rabu petang diaorng datang. Kira rumah aku dah jadi mcm pusat pemindahan banjir. Tapi aku xkesah. Sebab aku suka ramaiiiiiiiiiiii org kat rumah aku. Meriah...! Serius seronok. :) :) :) Dalam seronok2 pun aku tau deep in their heart mesti susah hati kan. Ya lah time2 banjir mcm ni byk kerugian yg akan ditanggung.

Contohnya, pak cik aku ni keja sendiri, as a contractor. Banyak projek kene hold sekejap, barang2 untuk projek kne make sure selamat. If tak nanti habislah berkarat, xboleh guna. Kos lagi. Sawah padi pun kene tenggelam air. Rugi lagi. Kesian sgt..! Lainlah pada yang makan gaji. Walaupun cuti, gaji tetap jalan. Itulah pentingnya keikhlasan dan kesabaran dalam menjalani hidup ini. Hidup ini tidak lepas daripada cubaan dan dugaan. Jadi sebgai orang Islam kita dituntut untuk redha dan ikhlas dalam menerima ujian ini. 

Aku pelik jugak, lately ni Perlis selalu pula banjir. Dulu kalau dalam bulan 3,4 mcm ni panas sangat. Tapi sekarang hujan pula dan menyebabkan banjir kilat. Hari tu punya banjir pun still masih dalam recovery phase, pastu banjir lagi. Innalillah. Ujian Allah kenala sabar banyak2. Pasti ada hikmah untuk semua yang terjadi. Mungkin beberapa fenomena-fenomena alam yang terjadi menyebabkan perubahan-perubahan ini berlaku. Atau pun mungkinkah ini tanda-tanda akhir zaman...?! Yang membawa maksud kiamat semakin hampir..???! Allahuakbar.. Hanya DIA yang Maha Mengetahui. Jadi tak ada apa yang pelik. Segala yang berlaku adalah aturan-NYA. Pokoknya adakah kita semua sudah bersedia...???! Aku sendiri pun gerun memikirkannya. Sebab amal ibadah aku masih lagi tak mencukupi. Allah..! Jadi marilah kita muhasabah kembali.

Meh ushar-ushar gambar sket. Tak banyak yang boleh aku kongsikan. Ni pun ehsan dari blog org. hehehe.. Credit to tuan punya gambar.. ^.^


empangan timah tasoh. satu-satunya empangan di Perlis.




Kalau nak tengok lagi gambar banyak2 boleh KLIK DI SINI dan DI SINI...

Mates..!

Dalam menghadapi ujian ini, macam-macam aku dapat lihat dan dapat aku belajar. Ada sedih di hati, ada insaf diri, ada azam baru di hati, ada pengalaman yang tak mampu aku coretkan di sini, dan banyakkkkkkk sangat tak ternilai. Ada yang kita tak bole nak cerita pada semua tapi pengajarannya sangatttttttt besar. Aku sedih sangat, dan insaf bila aku dengar, lihat dan alami. Apa yang boleh aku kongsikan di sini,

HARGAILAH ORANG YANG KITA SAYANG KETIKA HAYATNYA MASIH ADA SUPAYA SUATU HARI NANTI BILA DIA SUDAH TIADA KITA TIDAK AKAN MENYESAL... :') :') :')

Inilah yang dikatakan..1 tarbiyah..1 ibrah..1 hikmah..1 muhasabah. Mungkin bagi sesetengah pihak banjir adalah satu perkara biasa bg mereka. Tapi tidak bagi aku, mungkin tidak juga bagi rakyat Perlis. Apa pun semoga semuanya kembali pulih seperti sedia kala. Moga sabar bersama-sama kita. Amin.. :)

Keta ayah aku pun stuck dalam banjir. Sampai sekarang tak g amik sebab still tak bole lalu. Jalan ade air. huhu.. semoga selamatlah dikau di sana wahai kereta.. ;)

Readers..!

Cukuplah aku rasa cakap pasal banjir. Sekarang aku nak cite pasal life aku plak. Eh2 tadi ckp idea tak de nak update. Sekarang nak cerita pasal life la pula. Haaaih..

Hahaha.. surprise tak.. Bila aku fikir-fikir balik tak jadilah nak cerita. Hahaha.. Sure korang bengang. Tak taulah. Tapi bila aku fikir, balik-balik benda yang sama je. So xnak la cite. Hrm... Kalau boleh la senang kan kalau boleh mcm gambar kat bawah ni...................................
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

best kan kalau bole mcm ni... bole on off, on off je....:')

Hrmmm.... senang la hidup kalau macam ni kan. Kalau sedih boleh off kan button, kalau heppy on je selalu. Boleh ke mcm ni..????????? It's nonsense rite..!

Tahlah aku rasa macam pelik dah post ni. Sudah2 la takut nanti banjir dah surut, banjir lain pula jadinya.

“Wahai Allah yang boleh membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas jalan agama-Mu”

Peeps..!

Semoga hari esok lebih baik dari hari ini. Insya-Allah.

Thanks for reading...
Take care.. (^.^)

Ma'assalamah wa ilal liqa'... :)

Comments

Most Favor

109. Isu KFC

119. Khalidu Bil Quran

163. Panduan Temuduga DPLI-SR j-QAF Ambilan 2013

115. Pig and Its Derivatives

182. Ahmad Nusairi Wildan Syurga Abi dan Ummi :')