98. Sabarlah Duhai Hati

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum and Very Good Day Readers...!

Ahlan...!

Terasa nak update blog untuk kesekian kalinya. Tiba-tiba aku nak cakap Welcome April..! Logik atau pun tak walhal post sebelum ni merupakan post pertama aku dalam bulan April. Hehehe.. Apa-apa jelah. Even this is second entry for this month, I think it shouldn't given any harm to greet Welcome April. Tak salah pun polis tak tangkap. Hahaha.. teringat favorite tag line cikgu Add Math aku dulu. ADD MATH...???!! Apakah itu... Dulu fail memanjang subjek ni. Tapi bila masuk matric, eh kenapa calculus jadi favorite subject aku plak.. ?! Hahaha.. Bila hati dalam keadaan resah dan gelisah memang la aku senang sangat buat post mengarut di sini. =.='

Peeps..!

OMG...! Dah masuk bulan APRIL...???!!! Dahsyatnya.. Apa yang dahsyat..?!

oh budak kecik pun pandai stress ke..??
Tahniah...! Tahniah...! Tahniah..! :')
Wah it's ssssooooooooo greaaaaatttttttt..!
Almost A YEAR being UNEMPLOYED PERSON..!!!!  +.+

Haiih.. Expression aku ni korang tafsir macam mana agaknya. Sedih ke, gembira ke, bangga ke, riak ke..???! No.. no.. no... RIAK dan BANGGA tak bole. Strictly prohibited and forbidden. Na'uzubillah.. Tuhan marah la.. Jauhkanlah 3x..!

Aku ingat lagi bulan April 2010, time-time ginilah aku berhempas-pulas study untuk final. Then, stay for a month untuk settlekan FYP segala and May I went back to my hometown for good. But then, until now mmg la betul for good gitu. Duduk rumah mmg seronok, itu fakta, tapi lama-lama ............................. can't find the suitable words to explain it. Mungkin bagi expertise 'para penganggur' saja yang mengerti dan memahami. Am I right..?!


Oh hati.... bersabarlah duhai hati...

Bila mak cik aku ckp tadi, "Tension no duk umah xdapat keja lagi..."

Aku hanya mampu tersenyum. Dah tak boleh nak kata apa lagi dah. Bukan tension lagi dah mak su ooiiiiii, tok nyang segala tension dah aihh.. Sampai aku dah tak mampu nak ekspresikan dirimu. Hahaha.. Serius dah tak tau nak kata apa lagi. Segalanya kemas tersimpan di hati... :) :) :') Senyum sajalah, tak perlu nak kata apa-apa lagi.

Seperti biasa la kan. Semuanya bergantung kepada rezeki. Ya itu aku tahu. Setiap orang ada rezeki masing-masing cuma cepat atau lambat. Sebagai hamba, kita kenalah sentiasa yakin dan sabar. Sebab itulah orang-orang yang sabar itu tinggi nilainya. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini. Ayat ni pun aku tahu dan seringkali aku dengar.

SABAR, SABAR, SABAR...!

Penting ooh sabar ni. Dulu masa FYP aku praktikkan SABAR ni. Masa tu mmg sabar menempuh segala onak duri, liku ranjau dalam menyiapkan FYP. Alhamdulillah akhirnya aku boleh tempuhinya juga walaupun result FYP terokkkkkk..! Penat aku.. hahaha.. Eh Astghfirullah.. Istghifar 3x.. Dulu punya cerita cukuplah. Sekarang punya cerita lagi banyak menuntut KESABARAN daripada aku.. :)

Bibir sangat mudah menutur SABAR, tapi HATI...???! Ya Allah susah weh. Susah sangat. Tolonglah macam mana nak buat bagi HATI ni SABAR. Aku berusaha dan terus berusaha. Aku manusia biasa, bergelar hamba, banyak melakukan kesilapan, dosa yang tak terhitung dan sering alpa dan leka. Sedihnya...! Selalu berazam nak menjadi lebih baik. Tapi SUSAHNYA......! Kenapa susah sangat nak jadi BAIK ni..?!! Aku sedih teramat sedih ni.. :'(

Allah itu membolak balikkan hati manusia. Tapi Ya Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku ini dalam agama-Mu. Amin...333x..!

Jadi, untuk HATI...

Bersabarlah duhai hati..!
Jangan terlalu emosi menurut kata hati.

Mungkin DIA mahu berikan sesuatu yang lebih baik kelak.
Mungkin DIA mahu menguji tahap kesabaran dan keimananmu.
Lambatnya rezekimu itu, mungkin juga atas kafarah dosamu yang lalu. Siapa tahu kan..
Sukarnya hidupmu lagi sukar hidup umat Islam di Palestin.
Kenapa nak tengok cubaan yang sedikit ni..?
Kenapa tak hitung nikmat yang DIA bagi padamu yang terlaluuuuuuu banyakkkkkkkkkk...!

Tetapi inilah manusia kan,
tak pernah bersyukur dengan nikmat kurniaanNya,
selalu mahu meminta lebih dan lebih,
terkadang di waktu senang lupa dan lalai,
di waktu susah baru nak ingat Tuhan.

Adooiiii... terasa aku ni... !!!

Jadi tolonglah wahai hati. Belajarlah bersabar. Aku tau memang susah, susah sangat. Memang di bibir kita boleh cakap, nak buat masya-Allah. Hanya DIA yang tahu. Think positive la. Try.. try.. and try. Tolonglah hamba-Mu ini ya Allah. Hanya pada Engkau aku pertaruhkan segalanya. Pinjamkanlah aku sedikit kekuatan dalam menempuh dugaan yang tidak seberapa itu. Jauhkanlah aku dari putus asa. Jauhkanlah 3x..!

Readers..!

Aku harap apa yang aku tulis ni dapat jadikan pengajaran. Yang baik jadikanlah teladan dan yang buruk kita tinggalkan. Sekadar itu saja yang mampu aku ekspresikan. Walaupun dalam hati ada taman.. Eh2 no laaaaa.. Dalam hati ada cerita yang hanya Allah sahaja yang tau. Hahaha.. Apa la aku mengarut ni.

Meh aku tulis ni.

Ingatlah..!
sabar itu iman,
duit bukan kawan,
dunia hanya pinjaman,
dan 
mati itu tidak berteman...!

Alamak sebut pasal mati aku jadi gerun. Mati itu pasti. Tapi bersediakah aku..???!!!

Naaa... oke la tak nak cakap apa-apa lagi. Semoga ada sinar menanti di hadapan. Inysa-Allah. Think positive..! Always guys..! Till we meet again.

Thanks for reading...
Take care... (^.^)

p/s: Alhamdulillah banjir dah semakin pulih.. :)
Mohon doa kalian semua...:)

Ma'assalamah wa ilal liqa'... :)

Comments

Most Favor

109. Isu KFC

119. Khalidu Bil Quran

163. Panduan Temuduga DPLI-SR j-QAF Ambilan 2013

115. Pig and Its Derivatives

182. Ahmad Nusairi Wildan Syurga Abi dan Ummi :')