105. Things Happen Around :)
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum and Very Good Day Readers...!
Ahlan...!
Salam juang buat semua. Apa khabar Iman kita pada hari ini? Semoga semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja dan semakin bertambah hari demi hari. Insya-Allah. Almost a week blog tidak di update atas sebab-sebab tertentu. For sure la within a week ni many things happen. It doesn't matter if I use both language kan. Walaupun percampuran bahasa memang selalu menjadi isu. Bahasa rojak la katakan. Tapi since, this is a personal blog as well as unofficial site, hopefully it's okay with you mates.! Perhaps.. :D
Dah lama tak menulis rasa macam banyak plak nak cerita. To be look like more organized lets write in point form. Hehehe.
1. If all of you perceive, I change my layout of my blog again. Hehehe.. Biasalah bila orang-orang yang kurang pekerjaannya memang beginilah jadinya. Maybe sebab dah bosan dengan template-template before ni, so itulah yang tukar. Tapi tak delah cantik pun. Simple2 je la. Sebab malas nak serabut2 blog. Asalkan cepat dia loading. Kalau tak lembap je. Yela banyak gadgets etc2. Tapi serius la buruk. Tak kisahlah. Hahaha.. No offense. :D
2. I just come back from KL few days back. Pergi interview untuk Halal Executive Programme. Saja je give a try. If dapat tak tau lah nak join or tak. Yelah, bila join training ni dia cakap bound la dgn dia about 6 months. Means that, tak boleh apply keje within the training. If you got any offers and decide to leave you need to pay them berapa yang diaorang dah bayar. Bab2 nak bayar balik maybe la boleh saving kan masa training tu. Tapi part yang tak best tu, there is no promises job la after the training. Depend la pada company yang kite pergi practical tu nak amik kite kerja or not. Part ni la yang TAK BEST..! =.=' I don't know la. Result dia pun belum keluar. Just wait and see je lah.
3. Masa nak pergi and balik dari UIA tu lots things happen. Bila ingat balik sangat kelakar. Terasa nak gelak kuat2. Hahaha. Tapi no need to tell la. Oleh sebab kurang rajin nak taip panjang2 so drop this part. Ngeee... :D Jangan marah la. Cool okay. Tapi apa yang boleh dikatakan banyak yang dah berubah. So, mmg terpinga-pinga la kejap. Tapi dengan slumbernya buat muka tak bersalah. Hahaha.. Mesti korang tak faham. Okay mehla aku bagi satu contoh. Sekarang ni bas rapid KL dari stesen LRT Gombak nak gi UIA dah tak pakai bayar2 cash macam zaman belajar dulu. Kena beli kad dekat kaunter khas dia pastu main touch2 je. Mcm touch n go la lebih kurang. Tapi sebab tak tau boleh tak nak bayar RM 1 kat driver bas tu. Nasib tak kena gelak. Still buat muka tak bersalah. Tapi brother tu ckp 'lain kali kena beli kad la adik, tapi tak pe lah sebab bas nak jalan dah ni'. Hahaha... Gila tak updated aku ni. Terasa nak nanges...! :') Tapi nasiblah nak buat macam mana. So jauh perjalanan luas pemandangan. Pengalaman ni. So kepada sape2 lepas ni take note ye. If nak naik bas rapid KL sila beli tiket kat kaunter dulu sebelum naik. Jangan jadi macam saya...! Sapa suruh tak tanya. Malu bertanya sesat jalan. ngeh3..;p
4. Masa on the way nak pergi rumah abang dekat Putrajaya, tiba-tiba dapat call dari CWA untuk job briefing and interview sekali keesokannya hari, Sabtu 23/4/2011. Korang tau tak CWA ni apa. CWA ni Cimb Wealth Advisor. Kira agensi yang cimb lantik untuk cari orang invest or melabur dengan bank ni la. So, dah alang-alang kat KL pergi je lah kan. Mana tau tiba-tiba berminat nak tukar bidang plak. Tapi bila dah pergi job briefing dia rasa-rasa macam tak boleh nak join la. Mula-mula tu ingat kerja dengan Cimb la kan Tapi rupanya kerja dengan agensi dia. So macam kurang berminat di situ. Dia macam kena buat sales la. Masa pergi tu totally blur la. Tak faham langsung term2 marketing yang digunakan since tak de basic dalam finance ni. Haish...! Susahnya nak cari kerja ni. Memang la tak nak memilih kerja dalam situasi sekarang. Tapi since that job really2 not suite me atas beberapa sebab jadi tak boleh nak go on. Sedih la... :( Apa pun still believe in Him. Ada rezeki nanti adala kerja. >.<
5. Okay nak cerita pasal Pesta Buku pula. Haish part ni sangat2 regret. Sedih gile...:'( Sebab tak sempat pergi. Waaaaaaaa... Sebab dah beli tiket balik hari ahad pagi tu. So memang la tak sempat nak pergi. Sangat kesian kan sebab sepanjang hidup ni sekali pun tak pernah pergi PESTA BUKU. Rugi sangat2. Memang teringin sangat2 nak pergi. Tu la sebab tak plan awal2. Jadilah macam ni. Bila fikir balik buat apa beli tiket awal sangat. Bukannye ada kerja pun kat rumah. Nak stay seminggu pun boleh kat rumah abang aku tu. Boleh tumpang dia balik Sabtu ni sebab dia memang nak balik cuti buruh. Hrmmm... entahlah. Tak faham betul aku. Tapi tak pelah mungkin ada hikmahnya kot. Mungkin lain kali plak. Ada rezeki bolehla pegi Pesta Buku lagi.
6. So, sekarang aku dah kat rumah. Bermulalah routine harian yang sangat bosan..! >.< Apa lagi kalau tak kerja rumah, layan internet, tengok TV, makan dan tido. Gila tak bermanfaat betul life aku ni. Sob3.. Nak nangis betul. Ada satu phrase ke apa tah cakap 'DEDICATE YOUR LIFE TO HELP OTHERS'. Kalau kes-kes penganggur macam aku ni macam mana erk..??! Hrmm.. tak taulah. Sekarang jangan berhenti berharap dan kena teruskan usaha apply lagi dan lagi. Jangan pernah putus asa dari rahmat-Nya. Ayat sedapkan hati ni. Biasalah kalau aku cerita kat orang lain pun macam ni lah ayatnya. Standard la ni. Hanya insan-insan terpilih saja yang mengalami situasi2 macam ni yang faham apa rasanya. Hehehehe.Tapi dalam hati hanya Allah saja yang tau. Okay la drop the topic. Nanti merepek2 la plak.
7. Tiba-tiba terbaca satu berita ni. 'Bio-XCell Secures RM250 Million Islamic Funding From Maybank'.
.......... Malaysian Bio-XCell Sdn Bhd has secured RM250 million in Islamic funding from Maybank to fund the first phase development of the Bio-XCell biotechnology ecosystem and park in Iskandar Malaysia........
.......... The first phase, which is to be fully completed by 2013, will see the completion of the central hub, the central utility facility, and eight manufacturing facilities........
Untuk berita penuh korang boleh klik sini :)
Apa yang aku nak emphasize kat sini COMPLETED BY 2013. So, untuk graduates2 bio sekarang boleh pergi 'makan angin' dulu. 2013 baru ada banyak peluang2 pekerjaan dalam bidang korang. (Eh macam termasuk aku je graduate bio). Jadi bersabarlah duhai hati dan perasaan. Kerja lah apa pun sekarang ni yang penting HALAL. Tapi nak 'kerja apa pun' susah nak dapat. Dan segalanya bergantung kepada rezeki. :) :) :) Senyum banyak2. Sebab senyum ni boleh merawat hati yang sakit. Hehehe..
Peeps..!
Serius la entri kali ni panjang sangat. Eh panjang sangat ke sangat panjang...? Dah lama tinggal tatabahasa. Subjek predikat. Belajar time form 1. :)
Rasa-rasa nak pengsan tak baca post kali ni. Sebab orang yang taip ni pun rasa berbintang-bintang dah kepala. Hahaha.. Biasa lah kalau seminggu tak update macam-macamlah nak kongsi. So, better stop now. Rasanya dah tak tau nak kongsi apa lagi. Semoga yang bermanfaat tu amal-amalkanlah dan yang tak tu tinggal-tinggalkanlah. Semoga hidup kita di berkati-Nya selalu. Amin.. :) That's it mates..! Salam juang semua...! :)
Thanks for reading,
Take care... (^.^)
Ma'assalamah wa ilal liqa'... :)
Comments
saya ada nashat, kalu dah xtau nak buat pe, pe kata buat research ape2 ke sementara tunggu nak dpat kerja..maybe social researh, anything where the information u can get from the journal2..then tulis dan publsih kat u punya blog. u punya ayat bm pun ok gak, bagus...he ^-^..
Eh terima kasih dropping by dan bg good suggestion. menarik jugak cadangan tu. insya-Allah kalau ada kelapangan dan yang penting ke'RAJIN'an. hehe.. eh part ayat BM tu perli ke??? hahaha.. no offense. thanx once again.. :)
mmg sebijik kehidupan penganggur ko hehe