106. Choice is Yours.. =.='
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum and Very Good Day Mates...!
Ahlan...!
Lama sudah tak update blog due to some reasons. Short update here sebab banyak sangat benda berlaku. Allahuakbar..! Hanya mampu bertakbir tatkala dugaan yang datang melanda. Untuk kesekian kalinya diri ini diuji dan terus diuji. Hanya DIA Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hamba-Nya.
Dalam perjalanan hidup ini memang terlalu banyak perkara-perkara yang tidak disangka. Tatkala hati bulat dan tekad untuk memulakan satu langkah halangan demi halangan pasti akan menjelma. Meletakkan diri di dalam dilema. Tidak dapat tidak pasti ada satu keputusan sahaja di dalam hidup kita dalam memilih sesuatu perkara. Cuma harapanku agar Allah membimbingku dalam setiap gerak langkah dan keputusan yang di ambil. In the end, LIFE IS ABOUT MAKING A CHOICE..! =.='
Allahuakbar..! Situasi selalu membuatkan aku tewas. Astaghfirullah. Kadang-kadang tanpa sedar kita akan berkeluh-kesah, kita selalu mempersoalkan kenapa ianya terjadi pada kita, kenapa itu dan kenapa ini. Bukan hanya resah di bibir namun detik di hati jua. Susahnya mahu menjaga hati. Ya Allah..! Bagaimanakah hambamu ini Ya Allah. Khilaf aku, dosa yang semakin bertambah hari demi hari. Ya Rabb..! Sungguh aku malu berdepan dengan-Mu.. >,<
Mana sabar yang selalu diperkatakan, di manakah redha dan ikhlas yang seharusnya kita praktikkan dalam mengharungi ujian. Sahabat..! Tatkala Allah mengujimu itu tandanya DIA amat sayangkan kita. Jadi bersyukurlah seadanya. Belajarlah untuk redha dan ikhlas. Allah. Allah. Allah..! Ya..! Mudah untuk menaip, menulis, berkata-kata tapi payah untuk kita lakukan apatah lagi bila terkena pada diri kita sendiri. Jadi ingatlah sahabat-sahabat sekalian Allah berfirman di dalam surah Al-Baqarah ayat 286.
"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakanya dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya....."
Peeps..!
Sepertinya post kali ini lebih kepada luahan rasa serta perkongsian jiwa. Sama-samalah bermuhasabah diri. Semoga yang baik kita amalkan dan yang buruk kita tinggalkan. Allah ampunkanlah hambamu yang hina ini. Semoga langakah kakiku kali ini di bawah lembayung redha-Mu. Moga keputusan yang di ambil ini adalah yang terbaik untukku. Semoga aku lebih kuat dalam menghadapi dugaan-Mu kelak. Amin Ya Rabb..! :')
Rasanya cukuplah sekadar ini perkongsian ku untuk entri kali ini. Yang baik itu semua daripada-Nya dan yang lemah itu datangnya daripada diri saya sendiri. Till we meet again readers..!
"Tidak kita diciptakan di atas dunia selain menyembah sujud kepada-Nya.... ALLAH YANG ESA.." >.<
Thanks for reading,
Take care... (^.^)
Ma'assalamah wa ilal liqa'... :)
Comments