108. Kekasih Terulung
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamu'alaikum and Very Good Morning Readers...!
Ahlan...!
'Ala kulli hal, Alhamdulillah kerana masih lagi dikurniakan peluang untuk menjalani kehidupan dalam nikmat Iman dan Islam. Semoga nikmat yang tiada bandingan yang Allah berikan ini tidak disia-siakan dan bersyukur seadanya. Untuk kesekian kalinya, terasa terpanggil untuk meng'update' blog. Kalau tengok pada tajuk entri kali ni, siapakah yang sedang bermain di fikiran anda...??! Siapakah kekasih terulung yang dimaksudkan..??! Sudah pasti anda semua juga sedia maklum bukan..? Sebelum itu, sama-samalah kita tengok video ni dulu.
Sahabat...!
Apakah perasaan anda tatlaka menonton video tadi? Saya pasti paling tidak ada pasti ada sekelumit rasa tersentuh, sedih dan terharu. Tahukah anda siapakah geranganya kekasih agung ini? Semestinyalah baginda Rasulullah s.a.w. Sejujurnya apabila saya menonton videoklip yang hanya lebih kurang 10 min ini sudah memadai untuk mengalirkan air mata. Subhanallah..! Betapa baginda sangat mengasihi kita..!
Apabila Jibril menyampaikan bahawa baginda telah dijanjikan syurga, namun riak baginda tetap tidak berubah, apa yang baginda risaukan adalah UMATKU iaitu KITA. Bagaimanakah nasib UMATKU..??? Masya-Allah. Tika baginda di ambang kematian pun, baginda masih risau akan UMATnya. Betapa besar cintanya kepada kita. Kitalah UMATnya itu. Lalu, bagaimanakah kita....?? Tepuk dada tanyalah minda. Anda semua warga intelek, ilmu di dada sudah mantap, apa yang tidak boleh anda cipta di zaman moden ini...?!
Mates..!
Ku terkenang sebuah hadis yang bermaksud:
Pernah suatu ketika Rasulullah bersama-sama sahabatnya,.tiba-tiba baginda menangis. Justeru sahabat pelik dan Saidina Abu Bakar R.A bertanya "Ya Rasulullah mengapa engkau menangis YA Rasulullah,.? Rasulullah menjawab " Aku menangis kerana aku rindukan para ikhwanku,.", Saidina Abu Bakar bertanya lagi, "Ya Rasulullah bukankah kami ini ikhwan-ikhwanmu Ya Rasulullah", Rasulullah menjawab "Bukan, kamu semua bukan ihkwanku, tetapi kamu semua adalah sahabatku, ikhwanku adalah mereka yang TIDAK PERNAH MELIHATKU, TIDAK BERSAMAKU, TIDAK MENDENGAR KALAMKU, TETAPI MEREKA PERCAYA DAN BERIMAN KEPADAKU,.", selepas mendengar jawapan dari baginda, para sahabat turut sama-sama menangis.
Pembaca yang dihormati sekalian,
Apa yang anda rasa apabila anda membaca hadis ini? Apakah yang anda faham? Pernahkah kita menangis mengenangkan dan merindui baginda seperti mana baginda menangis merindui kita? Atau air mata kita mudah ditumpahkan hanya apabila dilukai oleh orang yang kita sayang suami/isteri sahaja?
Sama-samalah kita fikir sejenak. Termasuklah diri saya sendiri. Mengapa air mata kita mahal untuk kekasih Agung Muhammad S.A.W serta pencipta kita yang Maha Tinggi Allah S.W.T. Sedangkan begitu banyak nikmat yang telah kita kecapi pada hari ini. Nikmat Iman dan Islam, nikmat aman dan damai, nikmat kesenangan dan perpaduan dan terlalu banyak nikmat yang tidak terhitung. Mengapa masih berbalah sesama sendiri sedangkan perpaduan ummah itu sangat penting. Sama-samalah kita fikirkan sejenak.
Jadi, itu saja entri yang saya nak kongsikan dengan pembaca sekalian. Sekadar peringatan untuk diri sendiri terutamanya, dan kepada anda semua di luar sana. Segala yang baik itu datangnya dari Allah, yang buruk dari kelemahan diri saya sendiri. Selamat berfikir semua...! Wallahu'alam.
Thanks for reading,
Take care.. (^.^)
Ma'assalamah wa ilal liqa'... :)
Comments