110. Haiwan Al-Jallalah

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamu'alaikum and Very Good Day Mates...!

Ahlan...!

Alhamdulillah masih diberi nikmat Iman dan Islam dalam meniti hari-hari yang penuh dengan cubaan dan dugaan. Semoga Allah tetapkan hati-hati kita di dalam agama-Nya. Ameen. Berkesempatan untuk meng'update' blog untuk kesekian kalinya. Rasanya dah ramai yang tahu blog saya ni since entri sebelum ini telah dikongsi oleh sahabat saya merangkap sahabat blogger gak. Apa pun semoga bermanfaat bersama. Ilmu yang sedikit itu dapat dikongsi bersama. Insya-Allah.

Mates..!

Entri kali ini masih lagi mahu berkongsi tentang halal dan haram dalam makanan. Al-maklumlah dah join training halal ni, terlalu banyak yang tak tahu sebelum ni telah diketahui. Alhamdulillah. Dapat menambah ilmu Allah. Semoga Allah redha. Ameen.

Allah telah memberitahu kepada kita di dalam Al-Quran supaya memakan makanan yang HALAL LAGI BAIK (Halalan Toyyiban). Terdapat 27 ayat Al-Quran yang membicarakan tentang HALAL ini. Antaranya di dalam surah Al-Baqarah ayat 168,173,219, Surah Al-Maidah ayat 3,4,5,87,90,96, Surah Al-An'am ayat 118,119,121,145 dan banyak lagi.


Kali ini saya nak berkongsi tentang haiwan Al-Jallalah. Apakah yang dimaksudkan dengan Al-Jallalah? Pernahkah anda semua mendengarnya sebelum ini? Sejujurnya, saya hanya mendengar perkataan ini semasa join training ni je. Masih banyak lagi yang saya tidak tahu. Adakah anda semua suka makan ikan keli? Pastikah anda apakah makanan ikan keli tersebut untuk hidup? Dulu saya pun suka makan ikan keli ni. Tapi, since belajar pasal haiwan Al-Jallalah ini, timbul sedikit keraguan di hati untuk memamakannya. Kenapa??? Let's see.. Hehehe..

Pengertian haiwan Al-Jallalah

Ulama' mendefiniskan Al-Jallalah adalah haiwan yang memakan kotoran atau najis sama ada lembu, kambing, unta, ikan, ayam, itik atau jenis unggas seperti burung dan yang lainnya daripada haiwan yang boleh atau HALAL di makan.

Menurut Mazhab Hanafi, Al-Jallalah bermaksud haiwan yang diberi makan najis semata-mata tanpa makanan lain.

Menurut Jumhur, Al-Jallalah bermaksud haiwan yang kebanyakannya (majoriti) diberi makan najis.

Hukum Memakan Haiwan Al-Jallalah

Mengikut pandangan Mazhab Shafie dan satu riwayat mazhab Hambali menyatakan Al-Jallalah adalah HARAM dimakan. (Mughi al-Muhtaj, jilid 4. halaman 60). Bagaimanapun sekiranya najis tersebut boleh dihilangkan dengan cara menahannya (kuarantin) selama beberapa tempoh maka hukumnya kembali HARUS. (At'imah wal al-Zabaih Fi al-Fiqh al-Islami, halaman 73).

نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ أَكْلِ الْجَلَّالَةِ وَأَلْبَانِهَا


Maksudnya: Rasullullah s.a.w telah melarang memakan daging haiwan jallalah dan susunya. (HR Abu Daud, Ibnu Majah dan Al-Tirmidzi).

Sebab pengharaman Al-Jallalah adalah perubahan bau, rasa daging dan susunya.

Adapun begitu terdapat pandangan kedua iaitu daripada Imam Malik, Mazhab Hanafi, pendapat yang 'asah' daripada Imam Shafie dan riwayat mazhab Hambali berpendapat hukum memakan al-jallalah adalah MAKRUH (lebih baik tinggalkan). Ini berdasarkan pemahaman masing-masing dalam mentafsirkan hadis di atas. 

Haiwan al-Jallalah ini boleh dimakan apabila najis tersebut boleh dihilangkan dengan cara menahannya (kuarantin) selama beberapa tempoh seperti berikut:

a) Perlu dikuarantinkan selama tempoh sehingga hilang bau dan diberi makan yang tidak najis.

b) Harus memberi makanan kepada haiwan daripada najis yang telah bertukar sifatnya (melalui proses istihalah) atau jumlah najis yang berada dalam makanan ternakan itu sedikit. Sekiranya najis itu kekal dalam sifat asalnya atau jumlah najis dalam makanan itu lebih banyak maka haram diberi makan kepada haiwan ternakan tersebut.

c) Ukuran waktu itu ialah apabila bau kotoran tersebut hilang dengan diganti oleh sesuatu yang suci.

Pembaca sekalian,

Ingin saya ringkaskan topik ini untuk memudahkan kita semua faham. Sekiranya dibahaskan dari seorang ulama' kepada seorang ulama' memang pelbagai interpretation yang ada. Setiap ulama' ada dalil dan pemahaman mereka sendiri. Cukuplah sekadar kita berpegang kepada pandangan Imam Shafie. 

Berapa lamakah penahanan dilakukan?

Dalam mazhab Shafie tidak ada tempoh khusus bagi penahanan tersebut. Yang perlu ialah ia ditahan sehingga diyakini hilang najis atau bau najis dari dagingnya.

Menurut pendapat Ibnu Umar r.a.;

"Hendaklah ditahan dan diberi makan makanan yang suci; jika unta selama 40 hari, jika kambing selama 7 hari dan jika ayam selama 3 hari".

Ketahuilah para pembaca yang dihormati sekalian, haiwan al-jallalah ini tidak akan menjadi bersih atau suci dengan hanya membasuhnya sehaja atau dengan memasaknnya atau dengan dicampur rempah-ratus dan sebagainya untuk hilang bau najis atau bau busuknya. Ia hendaklah dikuarantin dengan memberi makanan halal beberapa hari sehingga diyakini bersih.

Sebab itulah, kalau kita perhatikan orang tua-tua dahulu kala yang membela ayam dan ingin menyembelih, mereka akan mengurung ayam tersebut di dalam reban selama beberapa hari dan memberi makanan dan minuman yang bersih. 

Mates..!

Sebelum post ini saya akhiri, biarlah sekali lagi saya ringkaskan. Haiwan al-Jallalah adalah haiwan yang halal dimakan oleh manusia tetapi TIDAK SENGAJA memakan NAJIS. Oleh itu, untuk membolehkan kita memakan haiwan tersebut, hendaklah kita mengkuarantinkan haiwan tersebut untuk beberapa hari dan memberi makanan yang halal sehingga diyakini suci. Jangan terkeliru dengan haiwan yang SENGAJA diberi makan NAJIS. Haiwan yang SENGAJA diberi makan najis bukanlah tergolong di dalam haiwan al-Jallalah dan ia adalah HARAM di makan. Walaupun kita mengkuarantinkan haiwan yang SENGAJA diberi makan NAJIS, ia tetap HARAM di makan.

Jadi saya harap, pembaca sekalian dapat memahami dengan jelas dan selamat berfikir. Sekadar ini sahaja yang mampu saya kongsikan. Sekiranya ada penambahan atau pembetulan serta perbezaan pendapat daripada anda semua adalah sangat dialu-alukan. Ilmu yang ada kita kongsikan bersama. Supaya hidup kita sentisa dilimpahi rahmat dan kasih sayang-Nya. Kerana apa yang kita makan pada hari ini akan menjadi darah daging kita. Jika kita tidak menjaganya dengan baik, adakah ibadah kita akan diterima? Apa pun Allah itu maha Pengampun dan Maha Penyayang. Selalulah kita semua sentiasa bertaubat kepada-Nya. Tepuk dada tanyalah Iman.

Saya akhiri entri kali ini dengan satu quote yang saya petik daripada salah seorang trainer yang mengajar saya dalam training ini untuk sama-sama kita berfikir dan membuat pilihan yang betul. Wallahu'alam.

"We are what we eat"

Thanks for reading,
Take care...(^.^)

Ma'assalamah wa ilal liqa'... :)

Comments

tRoublemekawaii said…
terime kaseh imtinan krn melawat, membaca dan memberi komen dlm blog sye. sungguh terharu. malu. blog imtinan pon hebat! semoga sukses juga dlm ap jua bidang yang imtinan ceburi. ameen ~
tRoublemekawaii said…
terime kaseh imtinan krn melawat, membaca dan memberi komen dlm blog sye. sungguh terharu. malu. blog imtinan pon hebat! semoga sukses juga dlm ap jua bidang yang imtinan ceburi. ameen ~

Most Favor

109. Isu KFC

119. Khalidu Bil Quran

163. Panduan Temuduga DPLI-SR j-QAF Ambilan 2013

115. Pig and Its Derivatives

182. Ahmad Nusairi Wildan Syurga Abi dan Ummi :')