112. Minggu Ini
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamu'alaikum and Very Good Day Mates..!
Ahlan..!
Apa khabar pembaca yang dihormati semua. Harapannya agar semoga semuanya baik-baik belaka. Post sebelum ini agak emotional kiranya. Jadi boleh la diabaikan. Saja sekadar meluah apa yang terbuku di hati dan bermain di fikiran. Semoga kita semua kuat dalam menempuh hidup ini yang penuh mehnah dan ujian.
Sekarang hari minggu sangatlah dihargai. Dulu masa menjadi penganggur terhormat hari minggu tak ada beza langsung dengan hari-hari biasa. Setiap hari bagaikan hari minggu. Tapi yang bestnya bila hari minggu ramai la sikit orang kat rumah walaupun sememangnya tidaklah berapa ramai. Hehehe. Okay tak naklah mengarut lebih-lebih.
Entri ini sekadar suka-suka juga nak bercerita. Tiada info yang dapat dikongsi bersama untuk sementara waktu ini. Padahal sangat banyak kalau difikirkan. Namun, disebabkan setiap trainer yang datang asyik cakap "P&C", "Jangan bagitau orang lain tau", "Ini sepatutnya tak boleh cerita" dan sewaktu dengannya, jadi timbul sedikit kekeliruan di minda sehingga dah tak tau membezakan mana yang boleh dikongsi dan mana yang tidak. Takut juga kalau terbocor atau ter'break' amanah yang diberi. Jadi, to play safe mana yang diyakini sahaja boleh la kiranya di kongsikan di sini. If syubhah lebih baik tinggalkan. Hehehe.. Ye dok kawan-kawan.
So, entri kali ini sekadar mengisi masa lapang disebabkan tak ada benda nak buat (padahal banyak kot kerja nak kena buat). Nak dijadikan cerita tiba-tiba dalam pukul 9 pagi tadi bekalan elektrik telah terputus di mahallah. Tengah seronok layan cerita kat laptop (lagho3x.. isk..isk..isk) tiba-tiba laptop padam sebab bateri tak ada plus plug pun tak boleh berfungsi, kitaorang sebilik pun bersepakat untuk keluar dari kawasan uia yang agak panas suam-suam kuku juga la. (api neraka lagi panas kot). Tak pergi jauh pun disebabkan semua orang pun agak cukup makan macam kais pagi makan pagi, kais petang makan petang (bila elaun mau masuk???) so JJ wangsa maju ja lah.
Dalam kais pagi makan pagi tu sempat la gak kitaorang makan KFC. Hahahaha. (padahal dah plan semalam). Eh sebab dah betul-betul yakin ni pasal KFC ni. Betul tak tipu. Banyak untold story yang baru diketahui. Apa pun syukur lah apa adanya. Dah abis menderma di KFC kitaorang pun pegilah MPH. Okay kat sini memang tak boleh control la. Bab-bab buku ni sangat la teruja nak beli. Dalam jimat-jimat tu terbeli gak satu buku. Padahal sebelum ni, ada lagi buku yang belum khatam lagi. Ish3x.. Apa nak jadi ni. Ilmu bukan sekadar tersususn cantik kat atas rak cik adik oii.. Hehehe. Okay2 akan cuba menghabiskan buku-buku yang telah dibeli sebelum ini dan juga hari ini.
Antara buku yang berada di tangan adalah:
1) Muhammad The Messenger
2) Ada Rahmat Disebalik Musibah
Nak bagi komen pun belum habis baca lagi. Insya-Allah kalau dah khatam akan diberi komentar kelak.
Untuk hari ini, buku berunsur novel pula menjadi pilihan. Disebabkan sudah lama tidak mengikuti dunia novel tak tau novel apa yang latest dan seronok. Just tengok tajuk yang tak pernah baca lagi dan tengok yang ada claim "Terlaris". Novel yang berada di tangan dan masih belum habis di baca adalah:
Bila Hati Berbisik.
Tadi dekat MPH memang terasa banyak sangat buku yang teringin sangat nak baca. Tapi disebabkan sumber ekonomi yang belum stabil kena satu-persatulah. Tadi dah aim satu buku ni. Kalau ada rezeki mau membelinya kelak. Insya-Allah. :)
Mates..!
Bila dah spend banyak di siang hari malam kenalah berjimat. Maggie lah menjadi dinner dan supper. Hahaha. Tak adalah. sebenarnya tak tau apa yang sedap untuk di makan, tambahan pula cafe kat mahallah tak buka sebab tadi sehari tak ada elektrik. Last2 makan maggie ja la. Sekali-sekala. Hehehe. Tapi lately ni, agak tinggi juga kekerapan makan maggie ni. Isk3x.. Bahaya-bahaya. Makan banyak-banyak monosodium glutamate (MSG) ni boleh bagi long life effect kot. Hmmmm... ;p
Jadi fikir-fikirkanlah sendiri. Hehehe. So disebabkan nak menunaikan hak buku yang telah dibeli tadi rasanya cukuplah sampai di sini cerita hikayat ini. Peace no war. Semoga kalau ada yang baik itu sama-samalah kita amalkan dan yang tak baik jadikan sempadan. Hidup baik-baik semua..! :)
Thanks for reading,
Take care... (^.^)
Ma'assalamah wa ilal liqa'...:)
Comments