117. Sekian Kali

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamu'alaikum and Very Good Day Mates...!

Ahlan...!

Ini adalah yang pertama kalinya,
kaki melangkah, hati gundah, jiwa resah,
entah mengapa diri berperasaan seperti ini,
rasa kosong, sepi dan sunyi.

Namun,
ku cuba kuatkan hati,
sabar menempuh cabaran dalam hidup ini,
yang terkadang tak seperti yang diimpi,
tak tergapai dek akal ini.


Terkadang,
dalam langkahan kaki,
ada masa tersungkur dan ada jua masa gembira,
dahulunya diri umpama batu kerikil,
keras dan kental dalam menghadapi segala tohmah dan fitnah.

Tapi kini,
entah mengapa hati dan diri semakin rapuh,
mudah benar ia tersentuh,
apakah ini tanda rasa tidak peduli itu sudah semakin hilang?

Allah,
ku tidak upaya dalam menyembunyikan rasa hati lagi,
terasa payah untuk menipu diri sendiri hari demi hari,
apakah ini kesannya kesan dari yang lalu.


Semoga aku menjadi hamba yang sabar,
semoga aku menjadi hamba yang tegar,
semoga aku menjadi hamba yang cekal,
dalam menepuh hidup ini.

Allah,
bantulah hamba-Mu yang kerdil dan lemah ini,
ku tak upaya kiranya tanpa bantuan daripada-Mu,
bantulah aku Allah, bantulah hamba-Mu yang hina ini, bantulah,
Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Rabbul 'alamin.

Nukilan by Little Caliph
7 Ogos 2011 bersamaan 7 Ramadhan 1432 H
11.18 PM.

Thanks for reading,
Take care...(^.^)

Ma'assalamah wa ilal liqa'...:)

Comments

Most Favor

109. Isu KFC

119. Khalidu Bil Quran

163. Panduan Temuduga DPLI-SR j-QAF Ambilan 2013

115. Pig and Its Derivatives

182. Ahmad Nusairi Wildan Syurga Abi dan Ummi :')