124. Cerita Dari Teman

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamu'alaikum and Very Good Day Mates...!

Ahlan...!

Salam hari Jumaat semua. Apa khabar iman anda pada hari ini? Harapannya ia semakin subur hari demi hari. Insya-Allah. Sebenarnya dah start time kerja ni. Tak boleh la curi masa kerja untuk tujuan peribadi seperti macam yang saya buat ni, update blog, facebooking dan sebagainya. Sebab keberkatan itu akan hilang. Tapi disebabkan saya hanya praktikal di sini, tak ada kerja nak buat, dan diberi kebenaran daripada supervisor dan di sinilah saya. Terasa mahu meng'udpadate' blog dari tak buat apa-apa kan. Sahabat di luar sana janganlah tiru macam saya ni ye. Tak baik. =.=

Peeps..!

Ujian hidup itu satu lumrah kan. Takkan terasa manisnya hidup andai tak di lambung gelora. Perghh.. ayat melankolik. (masuk bakul angkat sendiri la kamu ni..hehehe). Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya kan. Ayat ni standard dah kan. Selalu kita dengar. Tapi sejauh mana kita percaya dan yakin?? Tepuk dada tanyalah iman kita semua. Kenapa cakap pasal ujian ek? Tah lah saya pun tak tau. Mungkin dalam dua tiga hari ini macam serba tak kena semuanya. Perkara biasalah kan dalam hidup tu. Ada masa kita di atas dan ada kalanya kita di bawah. Jatuh bangun dalam perjuangan itu yang akan membuatkan kita semakin matang dalam meniti hari-hari yang mendatang. Fuhhh... menaip memang mudah. Realitinya? Tak perlu jawab la. Simpan jawapan untuk diri sendiri dan muhasabah la diri kita balik. :)

Readers...!

Terfikir-fikir nak kongsi apa dalam post kali ini. Hmmm... teringat satu perkara. Masa blog walking terjumpa satu blog ni dan post dia agak menarik untuk saya kongsikan bersama. Tapi saya tak kenal pun tuan punya blog itu. Memang la ada profil tapi dah nama pun blogwalking so kiranya saya cakap hamba Allah je la ye. Kita semua kan makhluk ciptaan-Nya. Penulisan beliau agak santai tapi penuh pengajaran. Bekas pelajar Darul Quran dan masih menuntut di CFS IIUM. Cara penyampaian beliau agak mudah untuk difahami dan disertakan dengan analogi yang agak dekat untuk capaian akal kita. Tapi saya dah tak ingat link blog dia sebab saya blogwalking pun dah lama. Sekarang baru teringat nak kongsi kat sini. So minta maaf semua. Heee.. ;)

Sahabat dunia akhirat yang dirahmati sekalian,

Al-Quran. Ya Al-Quran yang dibicarakan oleh penulis blog itu. Memandangkan dia adalah penghafaz Al-Quran, beliau diminta untuk menjadi fasilitator dalam satu sesi di CFS IIUM untuk mendengar bacaan peserta program. Saya tak ingat la apa nama programnya. Kalau tak salah pemahaman saya, lebih kurang macam tadarus Al-Quran macam tu dalam bulan Ramadhan yang lepas. Beliau menceritakan pengalaman beliau menjadi fasilitator untuk mendengar dan sama-sama membetulkan bacaan Al-Quran semua. 

Apa yang beliau kongsikan dan diringkaskan oleh saya la ni. Masa beliau menjadi fasi untuk program itu, beliau agak terkejut kerana 10 orang ahli kumpulannya membaca Al-Quran tetapi panjang, pendek habis dipendekpanjangkan, dengung, izhar, semuanya dilanggar habis, tajwid yang tidak betul dan sebagainya. Sebagai huffaz beliau berasa sedih dan bertanggungjawab untuk membetulkan bacaan mereka.

Maka apa beliau lakukan masa tadarus Al-Quran itu adalah beliau selang selikan dengan penerangan ringkas tentang tajwid paling asas. Tidaklah beliau katakan hukum ini namanya apa dan apa. Tetapi cuma katakan yang ini bacanya begini dan begini, bila masa kita kena baca panjang, bila masa pula kita baca dengung. Ya, cuma itu. Cukup simple, macam masa emak beliau mengajar masa kecil dulu. 

Mates...!

Analogi yang beliau gunakan sangat mudah. Saya masih ingat lagi apa yang beliau gunakan. Lebih kurang beginilah bunyinya.

"Macam inilah senang cerita, ya. Ana ada satu analogi. Katakan kita ingin meminta sesuatu daripada seseorang. Kita katakan kepadanya begini; Tol onglahsa sa yaen ciksa yabet tulbetul per lu kandu itse karangbo lehtak ka lauen cikpin jam kansa ya du it?( Tolonglah saya encik. Saya betul-betul perlukan duit sekarang, Boleh tak kalau encik pinjamkan saya duit?) Susah tak kita nak faham?. Tentu sahaja kita sangka orang ni mesti tak betul ni. Malaslah nak layan. Nampak tak? Macam itu jugalah dengan kita yang membaca Al Quran. Membaca Al Quran bermakna kita sedang berkomunikasi dengan Allah. So, kena jaga adab-adabnya. Jaga tajwidnya, jaga waqaf dan ibtida`nya."

Masya-Allah. hebat bukan. Beliau masih muda mungkin dalam usia belasan tahun kiranya sebab masih menuntut di CFS. Tetapi saya? Umur sudah menjangkau suku abad, apa yang sudah saya lakukan untuk masyarakat? Allah. Malu dengan diri sendiri. :( Bila difikirkan balik adakah bacaan saya betul tajwidnya atau masih seperti mereka ini? Saya sendiri pun masih banyak yang perlu dipelajari. Apabila membaca post itu, membuatkan saya berfikir dan terus berfikir. Beruntunglah beliau kerana diberi kesempatan mendalami ilmu Al-Quran sedalam itu, tetapi jangan kita lupa, selagi kita hidup, kita masih boleh belajar. Masih belum terlewat selagi ajal belum menjemput. 

Rakan-rakan yang saya kasihi,

Apa yang saya kongsikan adalah peringatan untuk diri saya sendiri. Dan kalau anda semua juga mahu berubah, jom kita cuba pertingkatkan lagi kualiti bacaan Al-Quran kita. Bukan hanya sekadar membaca, tetapi memahami, mengamalkan dan jika mampu kita boleh juga sampaikan kepada orang lain. Apa pun cubalah mengubah diri kita sendiri dahulu sebelum kita menegur orang lain. Allah. besar niatku ini, adakah hanya menjadi catatan di sini sahaja atau mampu ku laluinya. Moga Allah permudahkan segalanya. Subhanallah.

Eh, panjang plak enri untuk kali ini. Saya rasa cukup lah sampai di sini dahulu perkongsian saya. Sekiranya ada terkasar bahasa dan terguris perasaan mohon diampunkan sempena Syawal yang masih berbaki lagi. Moga apa yang baik itu menjadi pedoman dan yang tak baik itu ditinggalkan. Mohon ampun kiranya ada tersalah tafsiran atau yang tak dapat menerima sebarang nukilan dan penulisan di sini. Yang baik itu adalah dari pencipta dan yang lemah itu dari yang dicipta. Semoga kita bertemu lagi di lain entri. Renung-renungkanlah dan selamat beramal semua...! Salam juang semua. Hidup baik-baik. :) Wallahu'alam.


Jadikan Al-Quran sebagai imam kita. Moga kita mati dalam petunjuknya. :')


Thanks for reading,
Take care...(^.^)

Ma'assalamah wa ilal liqa'...:)

Comments

Most Favor

109. Isu KFC

119. Khalidu Bil Quran

163. Panduan Temuduga DPLI-SR j-QAF Ambilan 2013

115. Pig and Its Derivatives

182. Ahmad Nusairi Wildan Syurga Abi dan Ummi :')