125. Coretan Sebuah Kehidupan

Bismillahirrahmanirrahim... 
Assalamu'alaikum and Very Good Day Readers...!

Ahlan...!

Apa khabar sahabat semua? Semoga sihat hendaknya. Doakanlah saya semoga sihat selalu. Tak tau lah kenapa agaknya, sejak dua menjak ni asyik tak berapa sihat ja. Start dari hari raya sampailah dah nak habis Syawal dah ni. Kesihatan agak tidak menentu.

Sahabat semua..!

Dah lama tak menulis, terasa neuron-neuron telah beku untuk menyumbangkan ayat-ayat yang menarik. Sekarang dekat ofis. Hari ni, tak ada kerja lagi sebab sampel semua dah habis buat test tinggal nak repeat fat test je. Tapi maybe buat hari khamis dan jumaat ni. Esok dan lusa saya ada training sequencing. Erkk..! apakah itu? Naa.. saya pun tak tau. Masa belajar biotech dulu pernah dengar pasal DNA sequencing. Tapi training dua hari nanti tak taulah berkaitan apa. Cuak jugak rasa di hati. Tengok tentative full dari pukul 9-5. Last day siap ada Quiz. OMG..! Macam nak pengsan.. =.='. Debar2. Fuhh.. Semoga dipermudahkan untuk hari-hari yang mendatang. Amennnnnnnn. :D

Peeps..!

How's your life? Saya punya life sekarang agak pack. Dah tau dah macam mana penatnya orang yang bekerjaya ni. Tempat kerja saya ni office hour start pukul 9.00 am abis pukul 5.30 pm. Oh.. kononya la. Tapi kiteorang selalu je lambat balik. Biasalah kata kerja lab. Kalau run sample pukul 4.00 pm mau pukul 6.00 pm baru abis. Dah abis kene interprate data lagi, basuh2 equipment 6.30 pm baru boleh balik. Dah balik kiteorang mencari sesuap makanan la kan untuk makan malam. Kat area bukit jalil ni bukan main lagi susahnya nak jumpa kedai makan melayu. Kebanyakan chinese. Campur tolak darab bahagi semua almost 9.00 pm baru sampai rumah. Pergh...! 12 jam bekerja. Turun pukul 8.30 am paling2 lambat (sure punch card merah..!)  pastu balik pukul 9.00 pm. Ohhh bahagianya hidup di bukit jalil. T.T

Tapi apa pun boleh la dijadikan sebagai salah satu cabaran hidup.No more campus life yang agak senang berbanding real life ni. Dulu kat campus makan senang, class dekat, nak keluar pun ada public. Kira semuanya senang banyak berbanding sekarang. Dulu tinggal belajar dan belajar je (beribadat jua tidak dilupakan.ehe.) tapi sekarang nak cari makan susah plus mahal, public tak ade, sewa rumah nak kena bayar, nak berdepan dengan kerenah orang yang pelbagai lagi, dan macam-macam lagi nak kena consider mider ni. Opss.. tercipta word baru plak. 

Dan itu lah yang dinamakan KEHIDUPAN. Apa pun saya berdoa moga diri saya ini menjadi semakin matang, tabah dan sabar dalam menempuh hari-hari yang mendatang. Amenn..!

Mates...!

Tulis post ni sebab dah tak tau apa nak buat since hari ni tak ada kerja. Eh bukan ade report ke yang boleh dibuat???! Ngeee.. Nak buat la ni. Tapi................... cari mood kejap. Macam bosan la asyik2 report writing. Dalam log book ada la dekat seminggu dah kot duk tulis report writing je. Hehehe.. Sekarang nak berehat kejap. Jap lagi petang2 boleh sambung buat report. Hehehe.

Aish lambat plak nak pukul 1.00. Perut dah lapar ni. Hohoho. Minta ampun pada yang berpuasa ye. Saya belum habis lagi puasa 6. :( Sedih la macam ni. Kesihatan yang tak berapa mengizinkan. Insya-Allah akan saya cuba untuk abiskan lagi 4 hari puasa 6. Sempat lagi ni. ;)

Okay lah sahabat blogger yang dikasihi sekalian. Memandangkan entri kali ini tiada perkongsian yang bermanfaat dan tak menarik, saya rasa sampai di sini dululah coretan little caliph untuk kali ini. Semoga hari esok akan lebih baik daripada hari ini. Ameeennnn.! Ku mengharapkan sinar yang cerah menantiku di hadapan. Moga hati ini sentiasa thabat di jalan-Nya. Biarpun sukar mendidik hati ini, akanku cuba untuk menjadi hamba yang sebaik-baik hamba. Allah.. :') Moga Allah redha hendaknya. Amennn3x..! Salam juang untuk semua. Hidup baik-baik. Semoga dalam rahmat Ilahi selalu. :)

Thanks for reading,
Take care...(^.^)

p/s: ku mencari sesuatu dalam diri, 
ku mencari sesuatu dalam hidup ini,
moga diberi petunjuk dari Ilahi.

p/s: sukar mencari kepastian pabila hati berbolak-balik,
ku pohon moga diberi kekuatan dan petunjuk Ya Rabbi.
ku merayu dan terus merayu...:')


Ma'assalamah wa ilal liqa'...:)

Comments

Most Favor

109. Isu KFC

119. Khalidu Bil Quran

163. Panduan Temuduga DPLI-SR j-QAF Ambilan 2013

115. Pig and Its Derivatives

182. Ahmad Nusairi Wildan Syurga Abi dan Ummi :')