126. Bicara Hati =.="

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamu'alaikum and Very Good Day Mates...!

Ahlan...!

Salam Jumaat semua...! Hmmmm...

Soalnya hati, sukar untuk dimengerti.
Sejujurnya diri ini masih keliru dengan diri sendiri.
Terlalu sukar untuk digambarkan,
terlalu payah untuk diperkatakan,
dan terlalu susah untuk diluahkan.

Kadang-kadang diri ini cuba untuk melupakan sesuatu,
cuba untuk menerima takdir Ilahi.
Selalunya apa yang kita suka tidak semestinya akan menjadi milik kita.
kalau kita sayang sesuatu tak semestinya kita kena memiliki.
kadang-kadang kita perlu lepaskan apa yang kita sayang.
itulah lumrah kehidupan.

Tatkala diri ini cuba untuk bangun kembali dari sebuah kejatuhan,
ujian demi ujian itu pasti menjelma.
Kadang-kadang rasa dah tak sanggup untuk terima semua ini.
Bertahun masa berlalu tak tau kenapa ia kembali lagi.
untuk apa?
tolong jangan mainkan perasaan orang.
Seriously i'm totally blank.
I have no idea about this things.

Bila kita cuba untuk lupakan sesuatu, mesti akan ada halangan.
Bila kita cuba untuk mulakan sesuatu yang baru terasa kenangan lalu terlalu menghantui.
Habis tu sampai bila kita boleh move on dalam hidup ini?

Kita boleh tipu semua orang. Tapi kita tak boleh tipu dengan diri sendiri.
Kita tak boleh tipu dengan Allah.
Dia Maha Mengetahui setiap satu perkara yang nyata mahupun yang tersembunyi.
Tapi macam mana?

Orang cakap kalau kita tak buat salah kita takkan belajar dari kesilapan itu.
Tapi bila kita terbuat salah, rasa berdosa sentiasa menghantui.
Kita boleh sembunyikan semuanya, tapi ia tetap ada di situ.
Bila kita dah buat salah kita akan sentiasa berhati-hati.
Terlalu berhati-hati sampaikan kita rasa dah tak ada peluang lagi untuk diri kita.
Memang senang bercakap, tapi bila kita yang rasa, baru kita tahu.
Bibir senang je cakap sabar dan redha, benarkah hati kita seiring apa yang kita perkatakan.

Hmmm.. macam mana ni?
Tak taulah macam mana.
Worst things worst hidup tetap kena teruskan. (T.T)




Thanks for reading,
Take care...(^.^)

Ma'assalamah wa ilal liqa'...:)

Comments

Most Favor

109. Isu KFC

119. Khalidu Bil Quran

163. Panduan Temuduga DPLI-SR j-QAF Ambilan 2013

115. Pig and Its Derivatives

182. Ahmad Nusairi Wildan Syurga Abi dan Ummi :')