132. Halal Fiesta =)

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamu'alaikum and Very Good Day Mates...!

Ahlan..!


THEME: 1HALAL 1 MALAYSIA
DATE: 12-16 October 2011
VENUE: PUTRA WORLD TRADE CENTRE (PWTC), Kuala Lumpur
OPERATING HOURS: 10 am – 7pm

Mates..!

How are you? Hopfully all of you are in the pink of health. So, regarding the picture above, I'm sure that all of know whats I am going to say in this entry. =)

Tak lain tak bukan mestilah halal festival yang sedang berlangsung di PWTC bermula 12/10/11 sehinggalah 16/10/11 (this coming Sunday). Seronok tak? Mesti itu persolannya kan. Try la pergi. Kalau tak pergi tak tau. Sebab lain orang lain perasaannya kan3x.. hehe.

So, bagi pandangan saya ok! Just nice. =) Banyak lah produk-produk yang di'promote'kan. Dan yang penting halal la kan. Nama pun halal festival. Besar gak halfest ni. Penat juga lah nak berjalan. Sebab dia ada banyak hall. Macam TPM dekat Tun Abdul Razak hall 1. Ada yang dekat hall 2 and ada gak dekat hall 3. So kalau nak pergi dinasihatkan pakailah kasut yang selesa pada anda semua. Kalau tak agak penat la sikit.

Di samping tu, kalau ada rezeki lebih, silalah bawa wang lebih. Memang banyak la produl-produk yang kita boleh beli dengan harga murah sikit berbanding market price. Selalunya memang resminya macam tu lah kan. Kalau ada festival ni harga murah sikit berbanding harga biasa kat supermarket tu. Pandai-pandailah ye membuat keputusan dalam membeli. Yang penting semuanya halal. =)

Okay..! Nak cerita pengalaman saya menjaga booth untuk TPM. So far, company ni tak ada jual produk sebab TPM Biotech ni hanya menyediakan servis. Contohnya macam pengilangan kontrak or contract manufacturer, halal analysis, product formulation and some sort like that. Mostly on services.

So, tak adalah jual beli di booth kitaorang. Masa saya jaga booth tu biasa-biasa ja lah. Tak ada yang menarik sebab saya kena jaga hari bekerja. Orang pun tak ramai yang datang. Kalau datang pun mostly pergi ke booth makanan, busana muslimah dan sebagainya. Hanya orang yang tau pasal analysis ja yang datang approach booth kitaorang.

Apa pun Alhamdulillah sebab dah selamat menjalankan amanah yang diberi. Selamat pergi dan selamat balik. Lepas ni dah tau dah macam mana nak g PWTC. Hehe.. Serius kesian dengan diri sendiri. Sekarang ni memang dah kena lebih banyak expose pergi mana-mana sendiri sebab dah tiba masanya untuk berdikari. Takkan nak harapkan orang lagi kan. Hmmm.. (",)

Peeps..!

Rasanya post ni dah panjang pun. Asalnya nak cakap pasal Halfest tu je. Tapi tiba-tiba terasa nak bercerita apa yang berlaku. Sepanjang minggu ni tak taulah kenapa rasa hectic sangat. Masa saya sorang-sorang kat lab sebab my partner gi jaga booth, saya kena buat extraction and at the same time kena ajarkan orang buat extraction. Waaa...luar okay..! Bereh..! Tapi dalam hatiiiiiiiiii... serius berdebar-debar. Hahahaha.. Tapi Alhamdulillah. Everything went well. Walaupun result tah apa-apa. Tak pe yang penting confident..! Wah banyak lagi ni nak kena belajar.

So far, everything macam okay je la. Sedar tak sedar tinggal lagi sebulan je kat sini. Harap-harap dapat belajar banyak lagi ilmu yang tak tau. Insya-Allah. Perancangan lepas ni masih samar-samar. Apa pun semoga Allah bukakan jalan. Tak tau macam mana ni. hmm.

Reader..!

Semoga bertemu lagi dalam entri yang lain jika diizin-Nya. Maaf atas kekurangan. Semoga yang baik jadikan teladan dan yang buruk jadikan sempadan, Kerana saya hanya khalifah yang serba kekurangan. Masih belajar untuk jadi yang sebaik-baik hamba. Ameenn.! Jaga diri semua. =)

Thanks for reading,
Take care..(^.^)

Ma'assalamah wa ilal liqa'...:)

Comments

Most Favor

109. Isu KFC

119. Khalidu Bil Quran

163. Panduan Temuduga DPLI-SR j-QAF Ambilan 2013

115. Pig and Its Derivatives

182. Ahmad Nusairi Wildan Syurga Abi dan Ummi :')