139. Permulaan Hari Yang Tidak Baik
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamu'alaikum and Very Good Day Readers...!
Ahlan...!
Permulaan hari Jumaat yang menyedihkan diriku. Allahu Rabbi. Atas kelalaian dan kesilapanku sendiri. Redha la hati untuk terima semua ini. Redha dan ikhlas. Fuh.
Hmm, bila cakap nampak macam senang kan. Tapi dalam hati macam mana? Tepuk dada tanyalah diri dan iman. Ya Allah! Apa hikmah yang mahu ditunjukkan daripada kejadian ini?
Di sebalik musibah masih lagi ada sedikit kegembiraan. Apakah? Alhamdulillah. Segala puji bagi-Mu Ya Allah. Engkau memberi dan Enngkau berhak untuk mengambil semula dalam pelbagai cara. Mungkin ini salah satu caranya. Allah. Sesungguhnya aku bermohon agar Engkau ampunkan hamba-Mu ini dan redhailah perjalanan hidupku.
Itulah rencana Dia yang Maha Mengetahui. Mungkin musibah ini mengajar diri supaya lebih berhati-hati. Terima kasih Ya Allah atas musibah ini. Sesungguhnya hamba-Mu ini tahu setiap ujian itu pasti ada teguran, hikmah dan pengajaran yang dapat diambil.
Semoga hari-hari mendatang diri ini lebih berhati-hati dan tabah dalam menjalani kehidupan. Semoga dipermudahkan apa jua urusanku selepas ini. Lembutkanlah hati pemilik kereta itu. Ameeenn.
Peeps!
Belajarlah bersyukur walau ujian yang diterima. Kerana disebalik tiap kejadian itu pasti ada hikmah-Nya yang tersendiri. Mari belajar bersyukur. Ucaplah Alhamdulillah.
Moga memberi manfaat. Ini sekadar monolog dalaman. Salam Jumaat dan selamat beramal. :')
Thanks for reading,
Take care. (^.^)
p/s:semoga Allah permudahkan urusanku nanti. Ameen..
Ma'assalamah wa ilal liqa'...:)
Comments