140. Untunglah

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamu'alaikum and Very Good Day Mates!

Ahlan!

Kaifa ahwal? Apa khabar anda semua pada hari ini? Semoga sentiasa ceria bersama peningkatan iman sehari-harian. Insya-Allah.

Untunglah?

Ini post bukan mau bicara soal untung rugi, jual beli, dunia saham atau bisnes.
Sekadar luahan yang saja mahu dilontarkan dengan tulisan.

Untung,
pada mereka yang mendapat rezeki melimpah ruah.

Untung,
pada mereka yang Allah permudahkan jalan untuk kehidupan

Untung,
pada sebuah kerjaya yang hebat

Untung,
pada sebuah keluarga yang bahagia

Untung,
pada kekayaan yang melimpah ruah

Untung,
pada kejayaan yang tidak pernah padam

Untung,
pada kesenangan hidup

Masya-Allah.
Untunglah mereka.



Segala apa yang diberikan dan dicapai adalah dengan izin Allah yang Maha Pengasih.
DIA yang Maha Berkuasa dan Maha Berkehendak sesuatu ke atas hamba-Nya.

Maka pada mereka yang beruntung, sentiasalah bersyukur.
Pada yang tidak bernasib baik tidak bermakna anda RUGI.

Malah anda lagi UNTUNG kerana di sebalik kesusahan dan kepayahan yang anda lalui, 
mengajar anda erti KESABARAN, KETABAHAN serta KECEKALAN hati.

Lagi UNTUNG kerana anda akan sentiasa lebih dekat dengan Allah.
Lagi UNTUNG kerana anda akan sentiasa bersyukur dan menghargai setiap apa yang anda dapat.
Lagi UNTUNG kerana ia mengajar anda erti sebuah perjuanagan dalam mendapatkan sesuatu.

Dan sesungguhnya, 
janganlah anda berputus asa dengan rahmat-Nya
janganlah anda beriri serta dengki dengan kejayaan orang lain
kerana
Allah telah menetapkan apa yang terbaik untuk setiap hamba-Nya
Allah telah menyusun jalan yang indah dan aturan-Nya adalah yang terbaik untuk kita.
Allahu Rabbi.

Semoga kita dikurniakan hati-hati yang sentiasa sabar dan ikhlas dalam semua perkara.
Hidup dan mati amat indah jika semuanya kerana Allah.
Insya-Allah.

Sekian coretan dan lakaran sebuah kehidupan. Semoga apa yang baik dijadikan tauladan dan yang tak baik ditinggalkan. Wallahu'alam. Hiduplah dengan sentiasa mencari keredhaan Allah kerana sesungguhnya hati itu akan damai. :')

Thanks for reading,
Take care...(^.^)

Ma'assalamah wa ilal liqa'... :)

Comments

Most Favor

109. Isu KFC

119. Khalidu Bil Quran

163. Panduan Temuduga DPLI-SR j-QAF Ambilan 2013

115. Pig and Its Derivatives

182. Ahmad Nusairi Wildan Syurga Abi dan Ummi :')