Tuesday, March 06, 2012

138. Kufur Nikmat

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamu'alaikum and Very Good Day Readers!

Ahlan...!

I'm here again. Lately ni rajin pula update blog. Mungkin hari-hari sepi dan sendiri yang dilalui boleh terubat dengan update blog. Who knows. Merawat hati yang rawan. Pergh macam parah! Actually nothing seriuos. But it's me feel uncomfortable with the feelings. Hati terasa kosong. Padah apabila kurang menghadiri majlis ilmu. Isk3. 

Tertarik dengan status one of my friend kat fb. Minta izin copy paste ye Ana. 

"Saya dah penat mencuba,bukan saya tak sabar,awak senangla ckp,awak tak duduk tempat saya." Statement hamba yg kufur nikmat. Astaghfirullahalazim.ya Allah ampunilah daku..

Hmm serius saya pernah juga terdetik macam ni. Tapi saya tak sedar plak bahawasanya ia merupakan hamba yang kufur nikmat. Seriously. Forgive me Allah. Sesungguhnya hamba-Mu ini bertaubat kepada-Mu. :'(

Sahabat semua,

Saya bukan bijak pandai dalam membincangkan soal agama. Takut tersalah sekira ada bicara yang tidak benar. Jadi sama-samalah kita saling ingat mengingati, nasihat dan saling bertegur andainya ada kesalahan.

Hmm, tapi tajuk entri macam serius nak bincang pasal kufur nikmat kan. Tak adalah cumanya saya hanya sekadar memberi ingatan kepada diri saya sendiri. Kalau rasa mahu berkongsi pendapat silakanlah. Dialu-alukan.

Berbekalkan sedikit ilmu dan kefahaman saya ulaskan sikit la pasal kufur nikmat ni.

Em, sebenarnya terlalu banyak nikmat yang Allah bagi pada kita. Tak perlu pergi jauh lihat pada diri kita sendiri. Alhamdulillah, kita dikurniakan Tangan yang berfungsi, kaki yang melangkah, mata untuk melihat, telinga untuk mendengar, hidung untuk menghidu, mulut untuk berbicara dan segalanya cukup indah. Kita tak mampu pun untuk mencipta anugerah yang Allah berikan kepada hamba-Nya. 

Tapi, apakah kita menggunakan segala nikmat yang Allah berikan ini dengan sebaiknya? Sudahkah kita bersyukur dengan kesempurnaan kita pada hari ini berbanding daripada mereka yang diuji cacat penglihatan, pendengaran dan pertuturan? Adakah? Allahu akbar. Tepuk dada tanyalah iman. Anda umat teknorat, mampu berfikir secara baik.

Jadi apa kaitan dengan kufur nikmat?

Hmm, macam mana ye nak cakap. Dengan kesempurnaan anugerah yang Allah berikan kepada kita apakah Dia tidak boleh menguji kita sedikit dengan ujian? Tidak bolehkah Dia menguji kita dengan dugaan? Apakah Dia tidak adil dengan kita?

Tanyalah pada diri kita. Apakah kita bersyukur dengan nikmat yang lain yang Allah berikan pada kita? Atau hanya memandang pada sesuatu yang kita impikan tetapi tidak menjadi milik kita? Allah. 

Saudara yang dikasihi sekalian,

Saya juga mengingatkan diri saya sendiri. Saya terlalu malu dengan Allah. Berulang kita lakukan kesalahan dan dosa. Berulang kita bertaubat dan berjanji tidak mahu melakukan lagi. Dan berulang pula kita memungkiri janji-janji kita. Tapi Allah tetap Maha Pengampun. Dia masih memberi ruang dan peluang untuk kita sentiasa memperbaiki diri.

Jadi, ingatlah saudaraku, jangnlah hanya dengan dugaan yang sedikit, hilang semua nikmat lain yang kita miliki. Kita sudah tidak nampak betapa Maha Pemurah dan Maha Pengasihnya Allah pada tiap hamba-Nya. Kita mengeluh dan merungut dengan ujian. Kita lupa bersyukur kerana ujian itu sebenarnya adalah tanda Dia kasihkan kita. Dia tidak pernah lupa pada kita.

Hargailah dan sentiasalah bersyukur dengan apa yang ada. Islam tidak melarang kita mengumpul kekayaan. Tetapi biarlah dengan cara yang betul dan sentiasa ingat apa yang kita miliki hari ini semuanya tidak akan kekal kerana satu hari nanti kita akan kembali kepada Allah jua.

Dear Little Caliph,

Keep remember Allah. Whatever happens is always has a reasons behind that. Allah knows very best for you. He knows what is suits you most. So never underestimate others. Try your very best to be a good servant. Insya-Allah. T.T



Sampai di sini sahaja coretan hamba yang lemah ini untuk kali ini. Maaf andai ada yang terkurang dan tersalah. Mohon ampun dari Pencipta. Semoga dapat berkongsi apa yang baik dan tinggalkan yang tidak baik. Wallahu'allam.

Thanks for reading,
Take care... (^.^)

Ma'assalamah wa ilal liqa'...:)

Thanks for reading. Take care (^_^)

3 comments:

bukuLatihan.com said...

syukran sahabat ..ats ingatan...kekadg teman lupa juga :)

Little Caliph said...

afwan.sama-samalah kita ingat-mengingati. :)

bukuLatihan.com said...

cuba baca link ni..http://wardinasafiyyah.com/penulisan/surat-pilihan/39-surat-pilihan-2 ....mane tau dpt mgisi kosong hati heee.... ;)