143. Monolog
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamu'alaikum and Very Good Day Mates!
Ahlan...!
Penat dan lelah
Dalam hidup ini terkadang terasa penat dan lelah dalam melakukan sesuatu perkara. Ini yang dirasakan sekarang. Lihat dan renung mungkin di pertengahan jalan itu ada sesuatu yang pincang. Misalnya, lupa akan tujuan dan matlamat kita dalam hidup. Apa itu tujuan dan matlamat? Mudah kiranya mengatakan mahu mendapat kerjaya yang mantap, mahu cemerlang dalam peperiksaan, mahu menjadi kaya, mahu berkeluarga dan bermacam-macam matlamat kita. Namun, ada sesuatu yang hilang. Apakah kita hidup di dunia ini selamanya? Adakah kita tidak punya agama? Tepuk dada tanyalah Iman.
Tujuan dan Matlamat
Dunia ini hanya persinggahan. Tiada yang kekal dan hanyalah pinjaman. Pengakhiran kita merupakan rahsia. Syurga atau Neraka. Tetapi sebenarnya ia bukanlah rahsia yang tidak dapat disingkap. Ia boleh berubah mengikut apa yang kita kerjakan. Sekiranya negara ini punyai undang-undang. Jadi begitulah jua pengakhiran kita. Jika kita patuh dan sedaya upaya mengikut undang-undang Allah, InsyaAllah pengakhiran kita baik tetapi jika sebaliknya? Na'uzubillah. Anda mampu mengubah kerana anda masih berpeluang untuk berpatah balik dari jalan yang bengkok. Pintu taubat itu masih terbuka selagi kiamat belum tiba. Ayuh segerakan melakukan kebaikan dan mencari tujuan dan matlamat kita yang sebenar. Allahu Rabbi.
Sukar dan Payah
Ini lah kehidupan. Dalam mencapai sesuatu tidak ada yang mudah. Apa yang ada hanyalah jalan dan liku yang amat sukar dan payah. Penuh dengan onak dan duri. Pahit dan perit. Namun, natijahnya sangatlah manis. Begitu jualah hidup ini, dalam mencari redha TuhanMu bukan lah mudah. Perlukan mujahadah dalam melawan nafsu yang pelbagai, kuat dalam menempuh mehnah ujian apatah lagi godaan dari Iblis yang tidak pernah putus asa menghasut ke jalan kemungkaran. Allahuakbar!
Putus Asa
Di pertengahan jalan hidupmu pasti ada masa-masa yang terjentik di hati. Saya sudah putus asa, I'm give up dan pelbagai rasa bermain. Menangis, meraung dan merenung nasib kenapa dan mengapa semua ini terjadi. Kenapa dan mengapa? Kerana anda perlu yakin dengan ketentuanNya. Percaya pada Qada dan Qadar Allah. Dia tau apa yang terbaik untuk hambaNya. Pernah anda terfikir, Iblis itu tidak pernah berputus asa dalam menghasut dan menggoda umat manusia. Kenapa kita yang telah dijanjikan Syurga mudah berputus asa. Tepuk dada tanyalah Iman. Mudah menulis apatah lagi bertutur tetapi tanya pada diri apa yang anda rasa. Mampukah tersenyum biarpun pahit?
Akhirul kalam,
Maaf andai ada yang kurang senang dengan permainan kata ini. Ini adalah sindiran dan cabaran untuk diri penulis sendiri agar sedar kan sesuatu.Tidak perlu mengenang pada yang tiada tetapi hargailah apa yang anda dan teruskanlah usaha dalam memperbaiki. Allahu Rabbi. Moga Engkau membimbing langkah hamba-Mu yang amat lemah ini. Ameenn :')
Thanks for reading,
Take care... (^.^)
Ma'assalamah wa ilal liqa'... :)
Comments